3E Karangan Ekspositori 19 Julai 2017 Sarankan cara-cara untuk memudahkan kehidupan warga emas di Singapura

PENDAHULUAN

Pada masa moden ini, ramai warga emas menghadapi masalah-masalah. Antara masalah-masalah yang wujud adalah seperti masalah fizikal ataupun masalah dengan hubungan keluarga. Ada juga yang menghadapi penyakit-penyakit yang boleh berjejas kehidupan mereka. Ramai warga emas tidak dapat menjaga diri mereka kerana kesihatan dan imun sistem mereka yang semakin merosot. Oleh itu, kehidupan warga emas di Singapura perlu dimudahkan.

ISI SATU:(NEGARA)

AYAT UTAMA: Cara pertama untuk memudahkan kehidupan warga emas di Singapura adalah untuk mengadakan skim bayaran tambahan.

HURAIAN SATU: Dengan adanya skim bayaran tambahan bagi warga tua, mereka yang menghadapi penyakit boleh menggunakan wang untuk insurans. Selain itu, wang boleh digunakan untuk bil rumah dan makanan.

HURAIAN DUA/TAMBAHAN: Di samping itu, mereka yang belum bersara boleh menggunakan wang untuk perniagaan atau perkerjaan mereka.

CONTOH 1: Menurut sebuah artikel, warga emas yang bergaji rendah akan menerima bayaran tambahan. Sekitar 150,000 warga tua akan menerima bayaran tambahan suku tahunan.

CONTOH 2: Ia akan dinikmati oleh golongan itu, setelah Akta Skim Ihsan Senja diluluskan di Parlimen hari ini. Warga emas yang berusia 65 tahun dan ke atas akan menerima bayaran antara $300 dengan $750 setiap tiga bulan.

ISI KEDUA:(NEGARA)

AYAT UTAMA: Selain daripada itu, cara untuk memudahkan kehidupan warga emas adalah untuk membina kemudahan-kemudahan di flat hdb.

HURAIAN SATU: Dengan membuat demikian, warga tua akan berada dalam keadaan yang selamat. Kurang masalah akan berlaku.Mereka dapat menjalankan rutin mereka seperti biasa.

HURAIAN DUA/TAMBAHAN: Warga emas yang bergaji rendah tidak mempunyai kemudahan-kemudahan yang mencukupi. Mereka tidak mempunyai cukup wang untuk membeli semua kemudahan yang diperlukan di rumah mereka dan mereka sering jatuh.

CONTOH 1: Peningkatan Aktif Warga Emas (EASE)
Program EASE adalah sebahagian daripada Program Peningkatan Rumah (HIP), yang ditawarkan dari Julai 2012.

CONTOH 2: Melalui EASE, warga tua boleh menikmati subsidi sehingga 95% untuk memasang barang-barang penambahbaikan seperti tiang dan lantai bilik mandi yang menahan kejadian seperti tergelincir.

MASALAH-MASALAH YANG WUJUD

Pekerjaan

Kesihatan

Hubungan keluarga

Fizikal

Kewangan

Kemudahan-kemudahan yang tidak sesuai/mencukupi

PENUTUP:

Secara keseluruhan, setiap individu harus memainkan peranan untuk membantu warga emas di Singapura. Kita tidak seharusnya mengabaikan mereka kerana mereka juga memerlukan bantuan daripada masyarakat dan negara. Perkara ini penting kerana kita harus cuba memahami perasaan mereka dan masalah yang dihadapi oleh mereka. Oleh yang demikian, kita harus mencari cara-cara untuk memnudahkan kehidupan warga emas di Singapura.

ISI KEEMPAT:(INDIVIDU/MASYARAKAT)

AYAT UTAMA: Di samping itu, sukarelawan boleh menghantarkan keperluan ke pintu warga emas.

HURAIAN SATU:Permakanan sihat adalah komponen yang penting dalam memastikan kesejahteraan fizikal dan emosi.

HURAIAN DUA/TAMBAHAN: Ini boleh mencergaskan dan menyihatkan tubuh warga emas yang lemah. Mereka akan dapat memperolehi vitamin dari makanan yang sihat lalu mengurangkan masalah penyakit yang lazim di Singapura.

CONTOH 1: Hari ini, kedai runcit dalam talian membenarkan pelanggan membuat senarai membeli-belah untuk penyesuaian semula yang mudah.

CONTOH 2: Lawatan ke katalog dalam talian menjadikan kehidupan lebih mudah untuk individu yang lebih tua.

ISI KETIGA:(INDIVIDU/MASYARAKAT)

AYAT UTAMA: Tambahan pula, cara yang seterusnya adalah untuk memastikan penjagaan kesihatan terjaga.

HURAIAN DUA/TAMBAHAN: Ini sangat penting untuk memahami keperluan perubatan mereka, termasuk berapa kerapkah perlakuan doktor, dan cara melaksanakan rejimen senaman intensiti rendah.

HURAIAN DUA/TAMBAHAN: Pada akhirnya, ini penting untuk perubahan dalam kesihatan mereka, untuk membantu memantau apabila hidup secara bebas bukan lagi pilihan terbaik.

CONTOH 1: Memastikan Langkah Penjagaan Kesihatan~
Sukarelawan digalakkan untuk Tetap berhubung dengan doktor, ahli farmasi dan / atau jururawat yang dikasihi orang tua.

CONTOH 2: Sukarelawan bagi rumah warga emas boleh memberikan sokongan tambahan untuk menggalakkan mereka untuk proaktif dalam menjaga kesihatan mereka.