Elemen-elemen yang terdapat dalam Tamadun Melayu

Akidah Islam

Keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT

Merupakan perkara yang paling penting dalam agama Islam.

Ia melibatkan banyak perkara yang menjadi asas pegangan hidup, pemikiran atau falsafah kepada kehidupan manusia di dunia ini.

Mentaati segala yang dituntut dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah SWT adalah sebahagian daripada cara bagaimana orang Melayu mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Adat Resam

Kepatuhan kepada undang-undang dan adat

Masyarakat Melayu adalah satu kumpulan manusia yang patuh kepada undang-undang dan adat istiadat, seperti yang boleh dilihat dalam hukum-hukum adat.

Orang Melayu memahami kedaulatan hukum-hukum adat sejak dahulu lagi dan mengikut peraturan serta undang-undang akibat daripada pemahaman mereka terhadap kedaulatan hukum-hukum adat.

Dalam pepatah Melayu ada menegaskan, adat dikelek dan hukum dijunjung.

Ketaatan Kepada Sultan

Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin

Subtopic

Subtopic

Sejarah tamadun Melayu berkait rapat dengan kesultanan Melayu.

Masyarakat Melayu taat setia kepada Sultan atau Raja sejak zaman-zaman awal tamadun Melayu lagi.

Ia merupakan sifat turun-temurun yang diikuti dan diajar oleh orang Melayu sehingga ke hari ini.

Masyarakat Melayu juga amat menghormati pemimpin.

Subtopic

Subtopic

Nilai-nilai ini adalah nilai-nilai yang asas dalam tamadun Melayu.

Apabila Islam sampai ke alam Melayu, ia memperkukuhkan nilai ketaatan dengan memberi penghormatan kepada pemerintah sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi, manakala para sultan atau raja hendaklah ditaati oleh rakyat selagi tidak bercanggah dengan syariat.

Subtopic

Subtopic

Islam menggesa supaya sultan atau raja berlaku adil dalam pemerintahan.

Dalam pepatah Melayu ada menyebut, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.

Main topic