Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Latar Belakang

meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik

memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat

perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan

menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara

Rasional

menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini

Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar

Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

Objektif

Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;

Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan

Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi

Subtopic

Strategi

Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya

Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan

Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia

Memenuhi keperluan sosiobudaya

Meninggikan taraf dan mutu kesenian