SEJARAH ZAMAN KEEMASAN ISLAM( AGAMA, SAINS & BUDAYA DI EMPAYAR ABBASIYAH)

KETOKOHAN AL-RAZI

BIODATA

Nama sebenar ibn Razi ialah Abu Bakar Muhammad binZakaria al-Razi (محمد زکریای رازی) .

Beliau dikenali sebagai Rhazes di dunia barat

Al-Razi dilahirkan di Rayy, Iran pada tahun 865 AD (251 Hijrah).

Beliau meninggal di Rayy pada 925 AD (313 H)

Beliau berbangsa parsi dan digelar sebagai Jalinus Arab (Galen of the Arab).

KEISTIMEWAAN

Beliau adalah seorang ahli perubatan, falsafah, dan sarjana Parsi

Beliau dikenali sebagai ‘Father of Islamic Medicine’

Menuntut ilmu matematik, kesusasteraan, astronomi, sastera, kimia serta ilmu falsafah.

Berusaha membaharui kaedah perubatan yang tidak ada pada zaman sebelumnya.

Beliau adalah seorang doktor pakar paling tersohor berbanding tokoh-tokoh doktor pakar semasa yang lain.

Al-Razi juga merupakan seorang tokoh awal Islam yang turut menerokai pelbagai cabang ilmu yang berkaitan dengan bidang perubatan.

SUMBANGAN

Beliau menulis lebih dari 200 manuskrip dalam pelbagai bidang perubatan.

Dalam bidang perubatan, beliau merupakan orang pertama yang menemui penyakit campak dan cacar.

Beliau juga memperkenalkan penggunaan alcohol untuk tujuan perubatan.

Beliau juga orang pertama yang menggunakan opium untuk tujuan bius.

Beliau membincangkan tentang penyakit katarak iaitu sejenis penyakit mata dan beliau juga pernah menjalankan pembedahan untuk memulihkan selaput mata dengan mengeluarkan lensa.

KETOKOHAN IBN SINA

BIODATA

Nama sebenar: Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Ali Ibn Sina.

Beliau dikenali sebagai Avicenna di barat.

Beliau dilahirkan pada 370 hijrah bersamaan dengan 980 masihi di Afshana yang pada hari ini terletak di negara Uzbekistan.

Berbangsa parsi dan beliau wafat pada 428 hijrah bersamaan dengan 1037 masihi.

KEISTIMEWAAN

Menguasai bidang ilmu seperti perubatan, falsafah dan sastera

Dikenali sebagai "Father of Early Modern Medicine"

Belajar ilmu perubatan ketika berusia 13 tahun dan mengamalkannya pada 16 tahun, serta ilmu perubatannya boleh menyelamatkan penduduk tempatan Samanid atau pemerintah sunni parsi.

Walaupun menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan.

Ibn Sina mula terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit seorang putera yang gagal diubati oleh doktor lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais.

SUMBANGAN

Menghasilkan 450 penulisan dan lebih daripada separuh kekal sehingga hari ini.

Sebahagian 40 darinya adalah perubatan termasuk 5 jilid 'Canon of Medicine'.

"Canon of Medicine' adalah buku teks perubatan terbesar dalam sejarah. Ia juga adalah buku yang paling berpengaruh dengan sejuta perkataan sebagai bahasa yang biasa digunakan di universiti di Eropah sepanjang tahun ke 18.

Jilid pertama: Kompendium prinsip perubatan, jilid kedua: senarai bahan perubatan, jilid ketiga: fungsi setiap bahagian organ, jilid keempat:berurusan lebih daripada satu bahagian badan pada satu masa atau seluruh badan seperti demam, jilid kelima: formula kira-kira 650 ubat.

Bukunya Al Qanun fi al-Tibb (Kanun),al-Adwiyat al-Qalbiyyah ("The Remedies of the Heart") yang mengandungi sajak-sajak perubatan, Kitab al-Syifa yang memuatkan penulisan berkaitan sains dan falsafah.

KEUNIKAN HOSPITAL DI ZAMAN ISLAM

PERANAN PENTING

Merupakan institusi sekular untuk merawat pesakit tanpa mengira agama, budaya dan jantina.

Hospital hendaklah memberikan rawatan sehingga betul-betul sembuh.

Jururawat dan doktor perlu mendapat lesen

KELENGKAPAN

Perpustakaan, dapur, bilik muzik, masjid dan farmasi untuk kemudahan pesakit

Menyediakan pemuzik untuk menghiburkan pesakit

Taman rekreasi juga disediakan

SISTEM HOSPITAL/ PEMBAHAGIAN

Pengasingkan pesakit mengikut jantina masing-masing

Wad juga diletakkan berasingan bagi yang berjangkit dan tidak berjangkit

Pengasingan wad kepada penyakit mental, pembedahan dan pesakit mata.

Pembahagian jururawat dan pekerja juga perlu sama rata

SUMBANGAN KEPADA ILMU PERUBATAN

Sekolah perubatan

Tempat latihan untuk bakal doktor