TAMADUN MELAYU

Pengenalan

Asal usul bangsa Melayu

Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:

Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan (Teori Yunnan)
Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara (Teori Nusantara)

Teori Yunnan

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar.

Beberapa alasan yang menyokong: Kapak Tua yang serupa dengan Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.

Teori Nusantara

Teori ini didukung oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf.

Beberapa teori yang menyokong: Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan"
Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal daripada Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.

Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

Pencapaian

Persuratan

Sebelum Islam

Bentuk sastera lisan dan hikayat - Mitos,
lagenda, mergastua, ungkapan

Selepas Islam

Sastera kitab, ketatanegaraan, historiografi,
kitab perubatan, astronomi, matematik

Kesenian

Seni tari

Zapin, Mak Yong, Inang

Seni muzik

Gamelan, Cak Lempong, Kompang

Seni ukir dan khat

Mimbar masjid, ukiran kayu, ukiran tembaga

Seni bela diri

Silat gayong, silat cekak, silat lincah

Seni pertukangan

Rumah, senjata, perahu

Seni tenun, sulaman dan anyaman

Songket, tekat, seledang, tikar,
terendak

Seni kulinari

Acar buah, rendang, gulai, nasi dagang, nasi kerabu

Sains dan teknologi

Sains ukuran, timbangan dan sukatan

Ukuran - jengkal, hasta, depa
Timbangan - mayam, saga
Sukat - cupak, gantang
Masa - purnama, musim

Pertanian

Bajak dan saliran air

Binaan

Rumah panjang, kubah, masjid Kampung Laut

Tekstil dan warna

Canting batik dan mesin tenun

Pendidikan

Formal dan tak formal

Tak formal - bermula dari rumah, diajar oleh ibu bapa

Institusi pendidikan agama Islam

Ulama membuka kelas di rumah untuk orang awam

Sultan kuasai pendidikan Islam

Sultan memerintahkan ulaman terjemah dan tulis kitab

Kelahiran intelek Melayu

Dalam bidang falsafah dan agama
Wujud naskhah melayu dan manuskrip

Pandangan Semesta

Animisme

Mempercayai setiap benda mempunyai jiwa, roh atau semangat yang mempunyai perwatakan sendiri, sama ada membawa kesan baik atau buruk

Roh nenek moyang dinamakan 'hyang' dan dipercayai masih berada dalam kalangan mereka serta dipercayai boleh mempengaruhi mereka

Hindu Budha

Aspek-aspek yang dipentingkan ialah kesenian, keindahan, keromantisan, kesedihan, keagungan dan ketakjuban

Aspek-aspek falsafah dan penghujahan yang rasional tidak ditekankan

Islam

Dibentuk berasaskan habluminallah (berbuat baik kepada Allah) dan habluminannas (berbuat baik kepada manusia)

Pengaruh Islam

Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya

Menghormati maruah dan martabat manusia

Kehidupan yang seimbang antara jasmani, rohani dan akal

Agama/Kepercayaan

Sebelum kedatangan agama Hindu-Budha

Animisme, Dinamisme, mitos, legenda

Selepas kedatangan agama Hindu-Budha

Budha-Mahayana dan Hindu, Trimurti Hindu dan Budha, HindBudha, Siva-Budha

Selepas kedatangan Islam

Rukun Islam dan Rukun Iman

Pendidikan

Perhatian banyak diberikan kepada ilmu syariah yang meliputi bidang usuluddin, fiqah dan tasawwuf

Aktiviti pendidikan berlangsung di istana, di rumah-rumah ulama, masjid, madrasah dan surau

Bahasa/Sastera

Menggunakan tulisan jawi dan Arab

Bahasa Melayu menjadi lingua franca

Perundangan

Berpandukan piagam madinah

Peruntukan tentang kuasa-kuasa perundangan, pentadbiran dan kehakiman mengikut politik Islam

Politik/Pentadbiran

Gelaran raja ditukar kepada sultan

Rakyat mempunyai hak bersuara untuk mengubah sistem beraja

Sultan diamanahkan mentadbir seluruh negeri

Sistem Keluarga

Mengutamakan pembentukan jati diri Melayu yang baik, bergama, beraklah dan berbudi

Membina keluarga berasaskan ajaran Islam

Ibu bapa menghayati pelbagai adat dan budaya Islam untuk mendidik anak-anak

Cara kehidupan

Dilakukan sejak individu itu lahir ke dunia sehingga kematiannya

Islam mengangkat taraf manusia dan menyamakan kedudukan mereka di sis Alllah SWT

Kedatangan Islam menjadikan golongan bawahan mula dihormati

Konsep Melayu

Melayu Dalam Perlembagaan

Beragama Islam

Berbahasa Melayu

Mengamalkan adat istiadat Melayu

Gelaran / Panggilan Melayu

Istilah Melayu terdapat dua pengertian, iaitu “Melayu” dan “Kemelayuan”.

Melayu” dimaksudkan sebagai satu rumpun bangsa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu.

“Kemelayuan” mengandungi erti “nilai anutan” dan “jati diri Melayu”.

Alam Melayu

Dr Burhanuddin al-Helmy mengatakan seluruh Gugusan Kepulauan Melayu termasuk Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina adalah Daerah Melayu.

Kawasan rumpun Melayu adalah meliputi seluruh Negara Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura dan Malaysia. Sedang di Thailand, Wilayah Melayu adalah seluruh Semenanjung hingga Ratchaburi, 100km di Selatan Bangkok. Tenasserim (Tanah Seri) di Myanmar juga termasuk kawasan Melayu.

Kedudukan Alam Melayu yang berada di laluan ekonomi yang utama iaitu Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut China Selatan telah memboleh komunikasi perdagangan antarabangsa yang lebih cekap berlaku, berbanding Laluan Sutera yang merentasi Siberia yang sangat mencabar.

Asas-Asas Tamadun Melayu

Kebolehan menyesuaikan nilai- nilai luar

Bermesyuarah = Kesaksamaan ahli

Tamadun Melayu : Raja sebagai pemimpin,golongan ulama, pembesar dan petani.

Terbuka kepada idea-idea baru

Tamadun Melayu Sebelum kedatangan Islam

Masyarakat Melayu menghasilkan Tamadun awal di rantau Asia Tenggara melalui penguasaan teknologi Maritim.

Kerajaan Melayu awal menunjukkan pengaruh Hindu-Budhha.

2 Empayar besar = Empayar Funan & Empayar Srivijaya.

Tamadun Melayu Selepas kedatangan Islam

Batu Bersurat Terengganu : Kerajaan & Sistem perundagan Islam wujud di tanah melayu seawal 1303M

Hukum kanun Melaka dan undang-undang laut Melaka = berlandaskan sistem perundangan Islam dan adat resam Melayu.

Bahasa Melayu = bahasa lingua Franca, Bahasa Agama dan Bahasa Ilmu.

Tamadun Islam= kegemilangan Tamadun Melayu

Istana & Masjid = tempat perkembagan ilmu dan Agama Islam .

Kesultanan Melayu Melaka,Acheh, Pasai, Perlak, Patani dan Johor-Riau Linnga = Pusat keintelektualan dan pusat persuratan Melayu.

Agama Islam dibawa ke alam Melayu melalui

Laluan perdagangan laut dari Tanah Arab dan Parsi.

Laluan perdagangan darat ke benua kecil India dahulu sebelum sampai ke kawasan Asia Tenggara.

Laluan Sutera(perdagangan darat) ke Tanah Besar China dan perdagangan laut ke Kawasan Asia Tenggara

Alim Ulama

Hamzah Fansuri Alim Ulama

Arshad al-Banjari

Syeikh Daud al-Fatani

Yusuf al-Makasari

Abdul Samad al-Falimbani

Wali Songo

Raja Ali Haji

Karya pada zaman itu

Hikayat Raja-Raja Pasai

Hikayat Amir Hamzah

Hukum Kanun Melaka

Undang-Undang Laut Melaka

Adat Raja-Raja Melayu

Hikayat Hang Tuah

Sulalat al-Salatin ( Sejarah Melayu)

Nilai

Akidah Islam

Orang Melayu berpegang kepada akidah Islam
sebagai asas pandangan semesta

Iman dan takwa adalah perkara terpenting

Pandangan semesta tradisional disesuaikan
dengan akidah Islam

Taat segala perintah dan meninggalkan
segala larangan adalah tuntutan iman

Ketaatan kepada sultan
dan menghormati pemimpin

Institusi beraja adalah unsur tradisi

Ketaatan dan kesetiaan kepada raja
menjadi sebahagian budaya Melayu

Orang Melayu sangat menghormati pemimpin

Berpegang teguh kepada adat resam

Masyarakat Melayu menjaga adat resam termasuk
pantang-larang dan adat istiadat

Diwarisi dan diamalkan secara turun temurun

Contoh: istiadat menyambut kelahiran,
perkahwinan dan kematian

Memuliakan orang tua

Masyarakat Melayu memberi keutamaan
kepada mereka yang berusia

Berpendapat bahawa golongan berusia mempunyai
lebih banyak pengalaman berbanding orang muda

Pengalaman seseorang amat dipandang tinggi

Mengutamakan keluarga
dan hubungan silaturahim

Menggunakan gelaran seperti abang, kakak,
ayah dan sebagainya sebagai tanda hormat

Orang yang tidak membalas penghormatan
yang diberikan akan dipandang rendah

Bersopan santun,
Berbudi bahasa

Merupakan sebahagian nilai tamadun Melayu
yang dikaitkan dengan adab

Masyarakat Melayu beranggapan golongan yang
beradab mempunyai budi pekerti yang baik manakala
golongan yang tidak beradab dianggap biadap dan kasar

Bermuafakat

Salah satu cara untuk mendapatkan persetujuan ramai

Membenarkan semua pihak untuk bersuara

Bergotong-royong

Merupakan sebahagian daripada nilai kebudayaan Melayu

Sering diamalkand dalam aktiviti kemasyarakatan

Bertimbang rasa

Orang Melayu tidak mementingkan diri sendiri

Orang Melayu sentiasa mengutamakan
perasaan orang lain