a NUR ASHIKIN 5 éve
680
Még több ilyen
Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memastikan pemberian vaksin kepada anak-anak
Vaksin merisikokan kesihatan bayi dan kanak-kanak
Vaksin bertidak sebagai penghalang penyebaran penyakit-penyakit yang berbahaya
Vaksin bertindak sebagai imunisasi badan
Vaksin halal dan baik untuk kesihatan
6
Vaksin berasal dari perkataan latin ‘Vaccinus’ yang membawa maksud ‘berkenaan dengan lembu’. Ia bermula pada tahun 1796 apabila Dr. Edward Jenner mendapati gadis pemerah susu lembu yang pernah dijangkiti cacar lembu jarang menderita akibat jangkitan cacar. Beliau telah menjalankan penyelidikan dengan mengambil beberapa titis cecair dari jangkitan cacar lembu disuntik ke tangan seorang budak lelaki yang sihat. Setelah enam minggu budak lelaki tersebut dipanggil semula dan disuntik dengan cecair dari penyakit cacar tetapi budak lelaki tersebut sihat dan tidak dijangkiti penyakit cacar. Hasil penemuannya telah berjaya menghapuskan penyakit cacar yang telah membunuh jutaan rakyat Eropah terutama sekali kanak-kanak. Penemuan prinsip penting immunisasi ini, telah diteruskan bagi penyakit lain yang tiada berkaitan dengan lembu seperti difteria, penyakit anjing gila dan sebagainya.
Bermula dari abad ke 17, penyelidikan tentang vaksin telah berkembang sejajar dengan teknologi terkini. Perlaksanaan program imunisasi di negara ini khususnya, adalah bertujuan untuk mencegah, mengurangkan jumlah jangkitan dan sekaligus menyingkirkan penyakit tersebut. Pada tahun 2010 malaysia telah diiktiraf sebagai negara bebas penyakit poliomyelitis. Penyakit yang disebabkan oleh virus polio ini akan menyerang saraf motor mengakibatkan pesakit lemah otot, lumpuh dan boleh menyebabkan kematian. Pengiktirafan ini merupakan satu kejayaan kepada program imunisasi negara.
Sumber utama program imunisasi adalah vaksin. Dari tafsiran sains ia merupakan satu produk biologikal yang digunakan untuk merangsang sistem imun seorang individu terhadap sesuatu penyakit. Produk ini dihasilkan melalui pembiakan agen penyebab penyakit di makmal. Beberapa kajian akan dijalankan bagi mengenalpasti sifat-sifat agen tersebut terutamanya ciri yang menyebabkan sistem imun manusia lambat atau gagal melawan penyakit sehingga memberi kesan serius atau kematian. Berbekalkan maklumat ini, pelbagai jenis vaksin tercipta antaranya:
Sistem imun badan merupakan suatu sistem yang komplek. Ia melibatkan tindakan antara sel dan juga organ. Melalui penggunaan vaksin, sistem imun dapat dirangsang seakan-akan jangkitan kuman secara semulajadi tetapi tidak berterusan kerana agen yang digunakan bersifat lemah, tidak aktif atau sel mati. Tindakbalas sistem imun menyerang dan menyingkirkan agen akan berakhir dengan penghasilan Immune memory cell yang bertindak menghasilkan antibodi yang spesifik terhadap jangkitan.
Apabila individu mendapat jangkitan secara semulajadi , immune memory cell yang terhasil melalui tindakan agen vaksin akan terus menghasilkan sel antibodi yang spesifik terhadap agen. Dengan ini, agen tidak berpeluang melakukan kerosakan kepada sel tubuh lalu terus disingkirkan. Individu yang telah divaksinasi mungkin tidak menyedari jangkitan atau mengalami tanda penyakit yang minima. Selain itu, individu yang telah divaksinasi juga akan melangkau fasa berjangkit dimana, individu ini tidak akan menyebarkan kuman tersebut kepada individu lain dan mengelak berlakunya wabak.
Sumber : http://www.riversideonline.com/health_reference/Infectious-Disease/ID00023.cfm&usg
Vaksin telah diperkenalkan di Malaysia seawal tahun 1956. Melalui Perkhidmatan Kesihatan Kanak-kanak Kebangsaan vaksin penting telah diberikan secara percuma kepada semua bayi dan kanak-kanak. Ia boleh diperolehi mengikut jadual di klinik – klinik kesihatan dan klinik – klinik desa di seluruh negara. Jadual Program imunisasi adalah seperti dibawah:
Sumber dari : http://paedsid.blogspot.com/2010/02/official-immunisation-schedule-of.html
Secara umumnya, kesedaran di kalangan indivudu terhadap peranan vaksin sebagai pencegah penyakit masih kurang di kalangan golongan dewasa di Malaysia. Kegagalan untuk mendapatkan imunisasi sewajarnya akan meningkatkan risiko jangkitan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh patogen mikrob dan seterusnya mneyumbang kepada epidemik penyakit tersebut.Vaksin seperti vaksin Influenza A dan vaksin Hepatitis B diberikan percuma kepada kakitangan hospital yang bertugas mengendalikan spesimen dan menjalankan ujian makmal dan yang berkaitan dengan pesakit yang berisiko tinggi terhadap jangkitan penyakit
Jadual di bawah menunjukkan kelebihan dan kekurangan vaksin:
Kelebihan Vaksin
Kekurangan Vaksin
Melindungi diri , keluarga dan kominiti dari jangkitan penyakit berjangkit. Terutama sekali bayi yang mempunyai sistem imun yang pramatang. Imuniti pasif yang diperolehi oleh bayi dari ibunya hanya berkekalan sehingga beberapa minggu atau bulan sahaja.Berkemungkinan mendapat kesan sampingan seperti demam, muntah dan tidak selesa.Ia bergantung kepada tindakbalas sistem imun individu.
Namun kesan tersebut lebih ringgan berbanding jangkitan penyakit terbabit.Kos vaksin lebih murah berbanding kos merawat jangkitan terbabit.Kos sesetengah vaksin yang mahal.Berupaya mengelakkan wabak penyakit. Membasmi penyakit seperti penyakit polio diMalaysia.
Rujukan
KUANTAN 2 Mac - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membuat dasar berkenaan suntikan vaksin imunisasi dari sudut pandangan fatwa sama ada perlu mewajibkan pengambilannya atau sebaliknya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, dalam masa yang sama Jakim akan turut membantu memperjelaskan kepada orang ramai mengenai suntikan vaksin itu memandangkan terdapat sesetengah ibu bapa berpandangan ia mempunyai elemen yang tidak halal.
"Kita akui hak mereka sebagai ibu bapa tetapi kalau kita lihat dari sudut lebih besar apabila anak itu (tidak mendapatkan suntikan vaksin) mungkin tidak terlindung daripada sesetengah penyakit dan kemudian dia boleh merebak membawa penyakit itu kepada orang lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Moh Sambung Belajar 2019 Kolej Poly-Tech Mara Kuantan, di sini hari ini.
Menurutnya, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kemaslahatan ummah perlu sentiasa difikirkan di samping menghormati pendirian golongan ibu bapa terhadap soal anak-anak mereka.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad sebelum ini berkata, pihaknya akan membentangkan cadangan dan dasar kepada jemaah menteri supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.
Menurutnya, kementerian mendapat 'desakan' kuat pelbagai pihak supaya kerajaan mempertimbang mewajibkan imunisasi vaksin berikutan keengganan ibu bapa mengambil suntikan menyebabkan berlaku jangkitan penyakit yang membawa kematian. - BERNAMA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jakim-bantu-perjelas-isu-suntikan-vaksin-dari-sudut-fatwa-1.852034#ixzz5jGbOxhPc
© Utusan Melayu (M) Bhd
KUALA LUMPUR: Gerakan anti-vaksin dilihat sebagai faktor utama tahap imunisasi negara merosot, malah menyukarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewajibkan pengambilan vaksin terhadap kanak-kanak di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad berkata, kes difteria yang dilaporkan di Johor akibat tidak mengambil vaksin sepatutnya membuka mata ramai pihak.
“Pengambilan vaksin merosot sejak beberapa tahun lalu, apabila kita tak capai 95% imunisasi, kita takut yang tidak diimunisasi akan menyebabkan wabak seperti apa yang berlaku di Johor ketika ini.
“Bukan mudah untuk melaksanakan pengambilan vaksin secara mandatori, ada pihak yang kurang bersetuju dan menggunakan hak untuk tidak divaksin. Kalau pandangan sebegini diikuti orang lain, ia akan menjadi sukar untuk ditangani,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri persidangan Jawatankuasa Minyak dan Makanan kali ke-26, hari ini.
Dzulkefly juga memberi contoh bagaimana Filipina berdepan wabak demam campak disebabkan tidak mengambil suntikan imunisasi.
“Di Filipina, kes demam campak meningkat daripada 791 kes pada 2017 kepada 5,120 kes, iaitu peningkatan 700% dan membawa kepada 25 kematian.
“Apabila dikenal pasti, kebanyakannya adalah disebabkan kanak-kanak tidak divaksin, jadi demam campak cepat merebak dan 2 juta orang terdedah dengan wabak tersebut,” katanya.
Beliau menambah, isu anti-vaksin yang semakin menjadi-jadi memaksa KKM bertindak lebih tegas.
“Apa yang berlaku kebelakangan ini, saya perlu bertanggungjawab dan mengadakan pelbagai perbincangan bersama pakar, persatuan, perdana menteri pun telah diberitahu, jadi perkara ini akan dibentangkan dalam mesyuarat pasca Kabinet minggu ini,” katanya.
Pada masa yang sama, KKM tidak mahu bersikap mahu menghukum tetapi mengambil pendekatan mendidik masyarakat.
“Baru-baru ini ada dialog bersama pakar kesihatan dan wakil anti-vaksin di sebuah stesen televisyen, ini satu proses pencerahan dan penjelasan kepada masyarakat seperti program pendidikan.
“Kita tidak mahu bersikap menghukum tetapi lebih kepada mendidik, sebab itu kita ada bekerjasama dengan Jakim dan mufti supaya tidak timbul pandangan bahawa vaksin itu haram,” katanya merujuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Selasa lalu, lebih 50 individu yang pernah berhubung atau bertemu kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun yang meninggal dunia disyaki akibat jangkitan difteria, sedang disaring dan dipantau.
Semalam, 5 lagi kanak-kanak disyaki positif jangkitan difteria dan kini ditahan di wad pengasingan pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal, berkata semua kanak-kanak termasuk 3 perempuan berusia bawah 4 tahun, dikesan positif jangkitan difteria susulan saringan terhadap 52 individu oleh Jabatan Kesihatan negeri.
Katanya, seorang daripada mangsa yang positif adalah kakak kepada budak lelaki berusia 2 tahun yang meninggal dunia.
“Daripada 5 kanak-kanak disyaki positif, 4 daripadanya didapati mengambil suntikan vaksin, manakala seorang lagi iaitu kakak kepada mangsa yang meninggal Selasa lalu, tidak mengambil suntikan vaksin.
“Semua kanak-kanak ini tinggal di kawasan perumahan yang sama dan tinggal di sebuah taska yang sama,” katanya.
Jakim bersetuju dengan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan dalam Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di ruangan Bayan Linnas Siri 59 yang menyentuh tentang penggunaan vaksin dari pandangan fiqh dan maqasid syariah.
Menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta adalah merupakan perkara-perkara asas dalam maqasid syariah yang mesti diberikan keutamaan untuk dipelihara.
Oleh itu, suntikan vaksin yang merupakan sejenis agen bertindak untuk merangsang sistem pertahanan badan adalah salah satu daripada cabang memelihara nyawa dengan menjaga kesihatan dan ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Kegagalan mengambil suntikan vaksin bakal mengundang kemudaratan yang lebih besar pada masa akan datang.
Ini kerana bukan sahaja individu yang tidak mengambil vaksin akan terdedah kepada pelbagai penyakit berjangkit yang merbahaya, malah dia juga berpotensi membahayakan orang lain dan akhirnya bakal mengancam 'herd immunity' yang dibina selama ini.
Islam amat mementingkan umatnya agar sentiasa berwaspada dengan bahaya dan menyarankan agar kita mengambil langkah pencegahan "al-wiqayah" dalam mendepani isu seumpama ini.
Oleh itu, tindakan mengambil vaksin merupakan satu kemestian agar dapat membendung penyakit-penyakit merbahaya dari peringkat awal. Walaupun terdapat sesetengah dakwaan mengatakan vaksin mengandungi bahan terlarang seperti najis dan sebagainya, namun jika tiada pilihan yang lain maka ia tetap diharuskan kerana darurat.
Jakim berpendapat suntikan vaksin ini bukan sahaja bertepatan dengan nas-nas syarak, bahkan ianya turut selari dengan prinsip maqasid al syariah dalam menjaga nyawa manusia.
Sekian, terima kasih.
Tan Sri Dato' Haji Othman bin Mustapha
Ketua Pengarah Jakim
24 Jun 2016
Di Malaysia, perkataan ‘vaksin’ bukannya terma yang baru untuk ibu-bapa. Semestinya, anak anda telahpun diberi vaksin sebaik sahaja dia berumur beberapa minggu dan juga di sekolah rendah.
Tetapi adakah pengetahuan anda mencukupi tentang vaksin? Kami menyenaraikan 5 fakta penting yang anda perlu tahu tentang vaksin dan bagaimana ia boleh membantu anak anda mengelakkan daripada dijangkiti penyakit merbahaya.
1. Apakah kandungan vaksin?
Vaksin mengandungi bahan aktif yang dinamakan antigen. Antigen ini boleh mengambil bentuk virus hidup, virus yang telah dimatikan, protein virus yang telah disucikan, toksin bakteria yang telah dilemahkan atau sebahagian dari struktur bakteria. Sama seperti makanan dan minuman, vaksin juga boleh mengandungi pengawet, penstabil atau komponen yang lain.
2. Apakah proses pembuatan vaksin?
Vaksin dihasilkan daripada pembiakan organisma hidup. Secara amnya, penghasilan vaksin melibatkan empat langkah asas: pembiakan, pengasingan, penulenan dan formulasi. Walaupun langkah-langkah adalah sama untuk semua vaksin, cara ia diproses akan berubah mengikut jenis organisma yang terlibat: bakteria atau virus.
Selain itu, vaksin juga akan diuji untuk memastikan produk adalah selamat untuk kegunaan masyarakat; dan memastikan ia ada pada tahap spesifikasi yang ditentukan.
3. Mengapa kanak-kanak diberi imunisasi semasa bayi?
Sistem daya lawan (imun) bayi lemah jika dibandingkan dengan sistem dewasa. Oleh itu, risiko bayi untuk dijangkiti penyakit yang boleh dicegah oleh vaksin adalah lebih tinggi. Untuk menangani masalah ini, imunisasi awal diberikan. Vaksin ini akan menguatkan sistem imun mereka untuk melawan penyakit yang boleh mengancam nyawa.
4. Bolehkah vaksin memberi perlindungan 100% daripada penyakit?
Tiada vaksin yang boleh memberi jaminan untuk memberi 100% perlindungan. Setiap orang mempunyai tindakbalas yang berlainan kepada vaksin yang diberikan. Sesetengah daripada mereka mungkin tidak boleh menghasilkan imun yang mencukupi. Tetapi sedikit perlindungan masih lebih daripada tiada perlindungan langsung.
5. Vaksin perlu diberikan mengikut jadual
Vaksin perlu diberikan mengikut jadual dan tidak sesuka hati. Dengan mengikuti jadual ini, tubuh badan penerima vaksin diberi ‘peringatan’ atau rangsangan untuk mengukuhkan imun seseorang dan memberi pelindungan optimum.
Jangkamasa akan ditetapkan mengikut jenis vaksin. Jika anak anda tertinggal satu dos vaksin, doctor anda boleh memberi tarikh seterusnya untuk dos tersebut.
Walaupun kami telahpun berada pada akhir senarai ini – terdapat banyak lagi fakta tentang vaksin yang anda boleh perolehi dari
dokumen soalan lazim yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
.
*Rujukan: Soalan Lazim Vaksin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
___________________________________________________________________________
5 Facts you need to know about Vaccines
Most parents in Malaysia are familiar with the term vaccine. From infancy to primary school, your child would have undergone a few vaccinations.
But do you really know enough about vaccines? We list 5 facts you should know about vaccines and how they can help keep your child safe from infectious diseases.
1. What is in a vaccine?
Vaccines contain active ingredients called ‘antigens’. These can come in the form of live viruses, dead viruses, purified viral proteins, inactivated bacterial toxins or parts of a bacteria. Just like the things we consume, they would also contain stabilizers, preservatives and other necessary components.
2. How are vaccines made?
Vaccines are made by the propagation of living organisms. In general, the process to make vaccines consist of four basic steps: propagation, isolation, purification and formulation. Though the steps are the same, the methodology may be different based on the organism involved: bacteria or virus.
The vaccine will also undergo testing to ensure it is safe for human use and that it meets the required specifications.
3. Why does immunization have to be given when a child is a baby?
A baby’s immune system is much weaker than an adult’s. The risk, therefore, of a baby contracting a preventable disease is higher. To counter this, early immunization shots are given. The vaccine helps the infant fight life-threatening diseases.
4. Can a vaccine give 100% protection?
No vaccine can give 100% immunity. Each person’s bodily reaction to the vaccine will differ. Some may not be able to produce the necessary amount of immunity necessary despite being given the required dosage. But that said, some immunity is better than none.
5. Vaccines need to be given according to a schedule
It’s important to give your child vaccinations based on the required schedule. By following the schedule, the body will be ‘reminded’ to consistently strengthen the immune system to give optimum protection.
The timeframe will depend on the type of vaccine. If your child has missed a dose, your doctor should be able to recommend the next best date.
Even though we are at the end of this list, there are more facts about vaccines that you can get from the
FAQ document produced by the Ministry of Health
.
*Reference: FAQ on Vaccines by the Ministry of Health, Malaysia.