KERANGKA TEORI
Teori Pertukaran Sosial
Tokoh utama teori ini ialah John W. Thibaut dan Harold H. Kelly.
Teori ini membuat percubaan bagi mengintegrasikan teori tingkah laku, iaitu pembelajaran dibentuk melalui ganjaran dan denda berdasarkan prinsip-pinsip ekonomi klasik.
Teori pertukaran sosial melihat manusia terlibat dalam aktiviti sosial bagi mendapatkan ganjaran, keuntungan dan meminimumkan kos.
Teori ini menunjukkan kehidupan manusia sebagai ikhtiar sosial.
Teori Sistem Ekologikal Bronfenbrenner
Teori yang dipelopori oleh Brofenbrenner (1986, 1997) ini percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh sistem atau budaya di sekeliling.
Teori ini melihat persekitaran ekologikal manusia berdasarkan hubungannya dengan konteks individu itu berinteraksi.
Beliau membahagikan persekitaran ekologikal tersebut kepada lima sistem, iaitu sistem mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem
dan kronosistem.
Teori Ekologi
Diperkenalkan oleh Robert E.Park (sarjana sosiologi terawal membincangkan persoalan ras dan beliau banyak dipengaruhi oleh Charles Darwin mengenai teori survival of the fittest.
Menurut Park, manusia mewarisi 2 perkara:
1. Mewarisi pusaka biological yang dipindahkan melalui perkahwinan.
2. Sebagai ahli kumpulan social, manusia memindahkannya melalui komunikasi warisan social kumpulannya.
Teori Park dirumuskan kpd 4 unsur
1. Penghijrahan membawa bersama dalam perhubungan yg tidak sama rata, manusia yg memiliki fenotaip yg berbeza.
2. Dalam perhubungan persaingan, individu-individu sedar ciri-ciri status yang membezakan mereka.
3. Manusia yg berstatus tinggi tidak mahu bersaing atas dasar sama rata dengan mereka yg memiliki status rendah; kumpulan yg kemudian ini dianggap memiliki kategori semulajadi tersendiri dan dgn itu layak berada di tempat yg lain dlm pembahagian buruh.
4. Prejudis ialah luahan kesedaran kumpulan oleh kelompok manusia yg istemewa, yg mempertahankan kepentingan mereka dan memperkukuh struktur kategori itu.
Teori Freudian
Teori ini merujuk kepada konsep prejudis sbg satu sikap utk mempertahankan hak orang kulit putih.
Dollard (1937) yang mengaplikasikan teori ini mengusulkan;
Kehidupan social mengakibatkan lahir pelbagai kekecewaan psikologidalam diri individu. Kekecewaan itu dikurangkan dgn melepaskan geram dan kekerasan kpd kumpulan sasaran tertentu
Bagi orang kulit putih , kehitaman dikaitkan dgn ketakutan dan keinginan yg terpendam.
Semakin lemah sesebuah kumpulan minority adalah semakin sesuai kelompok ini dijadikan sasaran.
Di mana sahaja kekerasan secara berterusan diluahkan, ianya akan diikuti oleh kekerasan melimpah hingga menambahkan lagi elemen irasional kpd tindakan rasional pada peringkat awal lagi.
Struktur Fungsionalisme
Teori ini pernah dirujuk oleh Talcott Parsons (1975), W.Lloyd Warner(1945), Kingsley Davis(1948) dan Gunnar Myrdal(1944).
Teori Kelas
Diperkenal oleh Oliver Cox (1948) dengan merujuk masalah kelas dan kasta di Amerika
Usul
1. Kapitalis mengaut keuntungan dan meletakkan buruh kelas bawahan
2. Mendukung ketidaksamarataan iaitu kulit putih dan hitam
3. Wujud ras menguntungkan kapitalis
Teori Masyarakat Majmuk
J. S Furnivall (1948) dan M. G. Smith (1965) yang menggunakan konsep masyarakat majmuk untuk mengenal pasti masyarakat di Asia Tenggara di mana wujud satu rantai manusia seperti orang Eropah, Cina, India dan pelbagai kumpulan anak tempatan. Masyarakat majmuk itu didefinisikan sebagai mereka bergaul tetapi tidak bergabung.
Setiap kumpulan berpegang dengan agama masing-masing, kebudayaan, bahasa, idea dan cara hidupnya sendiri. Sebagai individu mereka bertemu, tetapi hanya di pasar iaitu semasa membeli dan menjual.
Wujud satu masyarakat plural di mana pelbagai bahagian komuniti hidup sebelah menyebelah, tetapi berasingan dalam unit politik yang sama. Manakala dalam bidang ekonomi berlaku pembahagian buruh mengikut garisan ras.
Loe Kuper (1974-1977) mengkritik teori struktur fungtionalisme dan Marxisme kerana tidak menjelaskan teori masyarakat yang dipisahkan oleh etnik dan ras.
Usul:
1. Masyrakat dibezakan dgn fenotaip, ekonomi dan politik
2. konflik berlaku disebabkan garis pemisah ras, bukan kelas
Teori Pasaran Buruh Terpisah
Diperkenalkan oleh Edna Bonacich (1972) akibat perebutan kuasa dalam pasaran buruh
Ciri:
1. Buruh dipisahkan dgn garis etnik
2. tiga kelas utama i. peniaga nak buruh murah ii. Buruh yang dibayar gaji tinggi disaingi dgn buruh murah iii. Buruh murah dikuasai oleh peniaga