Sejarah Perkembangan Ilmu Tafsir

(Pendapat Dr. Muhammad Husain Ad-Zhahabi)

Zaman Rasulullah SAW dan Sahabat

Rasulullah sendiri yang menjelaskan setiap isi Al-Quran

Sebarang ketidakfahaman atau selisih faham semua dirujuk terus kepada Rasulullah

Setelah kewafatan Baginda, para sahabat meneruskan penafsiran Al-Quran

Mereka berpegang sepenuhnya dengan apa yang disampaikan oleh Rasulullah semasa tafsiran

Kaedah Penafsiran yang Digunakan Oleh Para Sahabat

Bergantung sepenuhnya kepada tafsiran Rasulullah SAW.

Meneliti dan saling menafsirkan ayat-ayat antara satu sama lain.

Sekiranya apa yang ditafsirkan tidak ditemukan mereka akan berijtihad

Tabiin

Kaedah yang Digunakan

Berdasarkan tafsiran Al-Quran dan pendapat para sahabat

Penafsiran berdasarkan ijtihad

Ciri-ciri Utama Tafsir

Bermula kisah "Israilliyat"

Masih dalam kaedah periwayatan bukan pembukuan

Lahir perbezaan tafsir

Akhir Pemerintahan Umayyah & Awal Pemerintahan Abbasiah

Berkembang dengan adanya pengarangan kitab-kitab

Bermula penafsiran secara keseluruhan oleh Imam At-Tabari

Penekanan dari aspek bahasa, hukum dan isyarat-isyarat Al-Quran

Pendapat Dr. Muhammad Affat Al-Sharqawiy

Tafsir Amali

Berlaku pada zaman Rasulullah, sahabat sehingga tabiin

Penjelasan melalui amalan

Mereka berasa tidak puas hanya dengan mengetahui makna dan kandungan sahaja

Berusaha mempraktikkan dalam kehidupan

Tafsir Nazhori

Melihat konteks secara keseluruhan dan mengaitkan dengan ayat lain

Pentakwilan menjadi bebas

Pemikiran rasional berkembang

Ciri utama pentafsir ialah menghubungkan ilmu lain dengan tafsir Al-Quran

Tafsir Jumud

Pentafsiran berbentuk syarah, komen dan ringkasan daripada karya pentafsiran dahulu

Mengumpul pendapat pentafsir lain serta kurang berpengaruh

Tafsir Moden

Memberi perhatian kepada permasalahn manusia serta jalan penyelesaiannya

Kurang mengupas ayat dari sudut bahasa dan sastera

Lebih menjurus kepada tujuan serta pengajaran dalam ayat