KEUNIKAN HOSPITAL DI ZAMAN ISLAM

Pemuzik bekerja sebagai penghibur para pesakit.

Kesihatan secara jasmani dan rohani amat diambil berat. Dengan adanya muzik, kesihatan mental dan rohani pesakit lebih terjaga. Pesakit dapat melupakan seketika tentang penyakitnya dan menikmati hari-hari sepanjang di hospital

Pusat sekolah perubatan

Para pengamal perubatan diberikan ilmu mengenai ilmu sains, pembelajaran sendiri, syarahan terbuka dan tutor peribadi. Dengan ini, lebih ramai pelapis dan ilmu dapat disambung dari satu generasi ke generasi seterusnya

Jabatan

Jabatan pembedahan

Jabatan mata

Jabatan kesihatan mental

Pengklasifikasi jururawat mengikut jantina

Jururawat lelaki dan perempuan bertugas bagi memastikan keselesaan pesakit mengikut jantina

Mempunyai pelbagai kemudahan disediakan untuk pesakit

Untuk memastikan kesihatan badan dan juga minda para pesakit, perkhidmatan dapur, hospital dan farmasi disediakan.

Pentadbiran hospital

Semua doktor yang bertugas perlulah mempunyai lesen yang sah sebelum diambil bekerja untuk merawat pesakit.

Segala aktiviti merawat pesakit dijalankan di bawah pengawasan doktor dan pihak pengurusan

Pemisahan pesakit

Penyakit berjangkit

Penyakit tidak berjangkit

Perkhidmatan perubatan dan kesihatan adalah percuma

Dalam Islam, perkhidmatan seperti perkhidmatan kesihatan untuk masyarakat juga dianggap sebagai salah satu ibadah fardu kifayah.