PERANAN GURU DALAM MEMBINA HUBUNGAN POSITIF DALAM BILIK DARJAH

Halizah Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2016

Ingat nama murid

Saya berusaha untuk mengenali dan mengingati nama murid-murid bermua dari hari pertama perekolahan.

Saya mengelakkan memanggil murid dengan menggunakan nombor pendaftaran atau nama-nama ganti diri am seperti, 'awak', 'kamu' dan sebagainya.

Saya mengelakkan daripada menyebut nama murid dengan salah kerana situasi ini akan mengakibatkan murid tersebut diketawakan atau dijadikan nama gelaran oleh murid-murid yang lain.

Pupuk kesepakatan dalam bilik darjah

Saya perlu memastikan murid dari pelbagai agama, tahap pencapaian akademik sama ada pandai atau lemah, murid masalah pembelajaran duduk dalam satu kumpulan.

Ini dapat memupuk amalan 4C dalam kalangan murid iaitu :

Critical thinking

Creative thinking

Communicating

Collaborating

Agihkan tanggungjawab bersama

Saya memberi peluang kepada murid-murid untuk memikul tanggungjawab bagi menjaga kesejahteraan kelas.

Saya melibatkan murid dalam membuat keputusan

Apabila keputusan dibina bersama, akan timbul rasa tanggungjawab untuk mematuhi keputusan tersebut.

Contohnya, melantik ahli jawatankuasa dan peraturan kelas dan membentuk jadual bertugas.

Tetapkan jangkaan yang realistik

Saya perlu mengetahui kebolehan dan tahap pencapaian murid

Pengetahuan tentang kebolehan murid dapat membantu guru memilih strategi dan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid dalam bilik darjah.

Saya perlu realistik dalam menjangkakan apa-apa yang boleh dicapai oleh murid dalam jangka masa yang ditetapkan.

Menanamkan semangat cinta akan kelas

Saya menggunakan strategi-strategi tertentu untk menjadikan kelas sebagai satu tempat yang seronok untuk menimba ilmu.

Saya menanamkan sifat kepunyaan murid terhadap kelas melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama, misalnya mengadakan cogan kata yang melambangkan semangat ahli dalam kelas.

Saya akan memuji dan memberi peneguhan kepada usaha yang telah ditunjukkan oleh murid tersebut.

Ini turut dapat membangkitkan motivasi intrinsik kepada murid-murid untuk datang ke sekolah pada setiap hari.