Peribahasa Darjah 3 & 4
hati
ada hati
- ada kemahuan atau keinginan atau cita-cita untuk melakukan atau memiliki sesuatu
ambil hati
- berasa kecewa atau tersinggung kerana kelakuan atau perbuatan seseorang
besar hati
- perasaan bangga atau gembira terhadap sesuatu pemberian
atau pertolongan
hati emas
- sangat baik hati
keras hati
- sangat degil
murah hati
- suka memberikan bantuan
mulut
jaga mulut
- hati-hati
apabila bercakap
ringan mulut
- peramah/mudah
menyatakan pendapat
akal
ada akal
- memiliki idea
lurus akal
- jujur
tajam akal
- cepat menerima pelajaran
tangan
buah tangan
- barang yang dibawa sebagai hadiah
campur tangan
- masuk campur dalam sesuatu urusan
lepas tangan
- tidak mahu mengambil tahu
- tidak mahu bertanggungjawab dalam sesuatu perkara