PANDANGAN SEMESTA TAMADUN ISLAM

KONSEP KETUHANAN

Asas ketuhanan dalam Tamadun Islam ialah percaya kepada tuhan tunggal atau satu yang terkandung dalam konsep Tawhid Uluhiyah dan Tawhid Rubbubiyah

Konsep ketuhanan dalam Tamadun Islam lebih jelas, mudah dan meyakinkan berbanding konsep ketuhanan ciptaan manusia yang wujud perbezaan aliran pemikiran sehingga menjadi kabur

Syed Naquib Al-Attas (1972), tawhid merupakan sebuah antologi, kosmologi dan psikologi tersendiri yang dikenali sebagai Wahdat al-Wujud

KONSEP KEMANUSIAAN

Dalam Tamadun Islam, manusia merupakan makhluk yang mukhalaf di mana terdapat tanggungjawab atau kewajiban-kewajiban tertentu yang perlu ditanggung

Pelaksanaannya perlulah mengikut ketetapan hukum-hukum serta prinsip-prinsip yang menjadi asas kepada hukum tersebut kerana kedudukan manusia sebagai khalifah tanpa kuasa mutlak

Keperluan Maddi yang dipenuhi bukanlah satu tahap kesempurnaan yang hakiki tetapi turut melibatkan aspek kerohanian

Tanggungjawab manusia meliputi hubungan antara manusia dengan tuhan, manusia dengan manusia yang meliputi diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara serta manusia dengan alam semesta

Konsep perbezaan seperti warna kulit, bangsa dan ras yang dipegang hanya meruntuhkan sesebuah tamadun

Konsep Alam

Alam merujuk kepada segala ciptaan Allah S.W.T

Alam meliputi alam yang nyata dan alam ghaib sama ada dapat dilihat mahupun disentuh selain daripada alam sekitar

Alam dijadikan platform untuk manusia merenung, mengkaji dan mendalami pengetahuan

Alam juga dijadikan untuk maslahat serta kepentingan manusia dengan mengambil manfaat yang ada bersama rasa tanggungjawab