Penjodoh Bilangan
Maksud
Contoh dalam bahasa Inggeris
Bagaimana digunakan?
Penjodoh bilangan - Singkap kembali
batang
buah
ekor
helai
pasang
Penjodoh bilangan - Baru
buku
sisir
butir
potong
Penjodoh bilangan (collective nouns) ialah perkataan yang digunakan untuk membilang (mengira) orang, benda, binatang dan tempat.
Contoh dalam bahasa Inggeris
A flock of birds.A herd of elephants.A pack of dogs.A swarm of bees.A troupe of dancers.
Bilangan satu atau se, dua, tiga dan seterusnya ditambah pada penjodoh bilangan untuk menunjukkan bilangan bagi satu unit atau bilangan yang banyak.
batang
Untuk benda-benda yang lurus dan panjang.Contoh : pensel, pembaris, sungai, jalan raya, gigi, pokok
buah
Untuk benda-benda yang besar.Contoh : rumah, kereta, meja, almari
ekor
Untuk semua binatang.contoh: burung, kucing, beruang, harimau
helai
Untuk benda-benda yang lebar dan lembut.Contoh : Kain, selendang, baju, daun, sapu tangan
pasang
Untuk benda-benda yang berpasang (in pairs).Contoh:- kaki, mata, pengantin, anting-anting, kasut, cermin mata
buku
Untuk benda-benda yang keadaannya berketul.Contoh: benang, sabun
sisir
Untuk pisang
butir
Untuk benda-benda yang hampir bulat atau kecil.Contoh: telur, manik, beras, peluru
potong
Untuk benda-benda yang sudah dipotong.Contoh: kuih, daging, roti