Pengenalan Ilmu Ketamadunan

1.3 KONSEP

1. Ibn Khaldun (732H - 808H) Tamadun ialah pembangunan bandar yang subur dan makmur dengan pencapaian yang tinggi dalam pelbagai bidang ekonomi, politik, sosial, senibina termasuk bidang sains seperti aritmetik, algebra, geomatri, kimia, perubahan serta puisi dan pengajian islam.

2. Arnold Toynbee (1852 - 1883) Tamadun merupakan sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Tamadun juga satu kumpulan pemikiran daripada pelbagai manifestasi serta satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab dalam pembentukan institusi politik, kesusasteraan, moral dan agama.

3. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1931-) Tamadun merujuk kepada keadaan kehidupan insan yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat. Malah istilah tamadun sendiri berasal dari istilah Din yang bermaksud satu cara hidup atau kehidupan beragama.

1.4 CIRI-CIRI TAMADUN

a. Bentuk agama yang tinggi

b. Negara yang tersusun rapi

c. Sistem undang-undang

d. Kehidupan bandar

e. Bahasa dan sistem tulisan yang maju

f. Bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa

1.5 FALSAFAH

Hubungan Tamadun

Bangsa

a. Tamadun bersifat universal merentasi sempadan geografi dan melampaui bangsa dan kebangsaan.

b. Terdapat tamadun yang dimiliki oleh lebih daripada satu bangsa seperti tamadun barat di Eropah dan Amerika.

d. Teorinya, tamadun dan bangsa adalah berkaitan dan tamadun akan melampaui batas kebangsaan.

Budaya

Budaya - tatacara bertindak ke atas persekitarannya dalam mengurus kehidupan bermasyarakat

Tamadun berbeza daripada budaya apabila :

a. Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan berbanding pengaruh dan natijah budaya. Contohnya, kesetiaan kepada maharaja (natijah tamadun) berbeza dengan cara berpakaian dan pemilihan jenis makanan yang berubah (natijah budaya).

b. Tamadun melampaui batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya dikaitkan dengan negara/wilayah. Contohnya, tamadun Islam mengandungi beberapa budaya mengikut negara.

NAMA AHLI KUMPULAN

Afifah Binti Abdullah (62213115030)

Siti Hajar Binti Mohamed Zahari (62213115161)

Nurul Farhana Binti Md Daud (62213115098)

Nur Fatihah Zarith Norish Binti Ali (62213115119)

Adibah Musfirah Binti Rozaidi (62212115222)

Noor Fazeera Binti Ruslan (62212216321)

1.2 DEFINISI

Ibn Khaldun merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada kurun ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah li Kitab al-'ibar wa Diwan alMabtada' wa al-Khabar fi Ayyam al-'Ajam wa al-Barbar.

c. Tamadun Islam berkembang dengan pelbagai budaya dan bangsa.