IBADAT PUASA PADA BULAN RAMADHAN
PENGERTIAN PUASA
Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari berserta dengan niat dan syarat-syarat tertentu
HUKUM PUASA
Wajib kepada orang yang cukup syarat
RUKUN PUASA
Niat puasa hendaklah dilakukan pada malam hari hingga sebelum terbit fajar
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku berpuasa pada esok hari bagi menunaikan fardhu bulan ramadhan tahun ini kerana Allah Taala
Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka
SUNAT PUASA
Bersahur
Melewatkan bersahur
Menyegerakan waktu berbuka
Disunatkan berbuka dengan buah kurma
Berdoa sebelum berbuka
DALIL NAQLI PUASA
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : Wahai orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.
SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA
Islam
Berakal
Baligh
Mampu berpuasa
SYARAT-SYARAT SAH PUASA
Islam
Mumayyiz
Berakal
Suci daripada haid, nifas dan wiladah
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
Mengeluarkan air mani dengan sengaja
Haid, nifas dan wiladah
Makan dan minum dengan sengaja
Muntah dengan sengaja
Melakukan Jima' di siang hari
Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka
Murtad
Gila, mabuk atau pengsan sepanjang hari
HIKMAH PUASA
Rohani
Meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan banyak melakukan amal ibadat
Memupuk sifat mahmudah seperti sabar
Mencegah pelbagai penyakit
Merasai sebahagian penderitaan orang yang tiada makanan
Jasmani
Mendisiplinkan diri seperti mematuhi adab ketika menjalani ibadat puasa
Mendidik diri mengawal hawa nafsu seperti menjauhi larangan Allah
Merehatkan organ dalaman, menurunkan kadar lemak dan tekanan darah ketika berpuasa