KEIBUBAPAAN
GAYA ASUHAN IBUBAPA
AUTORITATIF
Ibubapa mempunyai tahap kawalan dan tanggungjawab yang rasional dan seimbang
Anak-anak bersifat lebih demokratik, bertanggungjawab, berfikiran positif, kompeten dan aktif bersosial
Melahirkan remaja yang lebih berdikari dan bijak meletakkan batas di dalam tingkah laku mereka
Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan lebih berani meluahkan pendapat
Menjadikan “give and take” atau “memberi dan mengambil sebagai prinsip utama
Lebih bertenaga, suka menjelajah, mempunyai perasaan ingin tahu tinggi, berdedikasi, dapat mengawal diri, puas hati dengan diri dan bersikap positif terhadap rakan sebaya
AUTORITARIAN
Ibubapa mempunyai sifat mengawal yang tinggi tetapi sangat rendah tahap tanggungjawabnya
Memberi kebebasan kepada anak untuk melakukan perkara yang mereka suka
Faktor mengawal yang tinggi menyebabkan anak menuruti arahan ibubapa tanpa berfikir
Keyakinan diri dan sifat untuk berdikari sangat rendah
Kemahiran sosial yang lemah, terlalu agresif atau terlalu pasif, mood tidak menentu
PERMISIF
Ibubapa menunjukkan sikap kawalan yang rendah disamping tahap tangungjawab yang tinggi
Sangat mesra dengan anak-anak sehingga tiada batas hormat antara ibu bapa dan anak-anak
Kekurangan kawalan dari ibubapa menjurus kepada tingkah laku remaja yang agresif dan gagal dalam persekolahan
Lebih impulsif dan mempunyai permintaan yang melampau
Kurang menjelajah, kurang berdikari dan mempamerkan kecenderungan untuk bersifat bebas atau tidak dapat mengawal diri
Sering dikaitkan dengan pelbagai masalah sosial seperti seks bebas, pengambilan alkohol dan dadah semasa remaja
KESAN GAYA ASUHAN KEPADA DUNIA HARI INI
AUTORITATIF
Mendorong remaja untuk menjadi seorang yang positif dan rasa dihormati
Membantu individu remaja untuk berkembang dengan lebih positif
Meningkatkan keyakinan diri melalui sokongan dan dorongan daripada ibubapa
AUTORITARIAN
Mewujudkan persekitaran yang tidak sihat kepada perkembangan individu remaja
Terlibat dengan pelbagai gejala yang tidak sihat seperti membuli, melepak, pergaulan bebas, penyalahgunaan bahan
Tertekan dan terlibat dengan gejala yang tidak sihat sebagai satu cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ibubapa
Merasakan diri mereka tidak dihargai dan tidak diperlukan dalam keluarga
Menyebabkan kemurungan dan berakhir dengan perbuatan membunuh diri
Contoh kes : Seorang pelajar universiti menyorok keputusan pengajiannya daripada ibubapa dan membunuh diri pada hari konvokesyennya. Nicholas Turner merupakan pelajar kursus kejuruteraan mekanikal di University Southampton. Ibubapanya sangat gembira dan teruja untuk menghadiri majlis konvokesyen Turner yang berlangsung pada 23 Julai kerana diberitahu dia mendapat keputusan yang baik. Pada pukul 7 pagi di hari graduasinya, Turner ditemui tergantung di rumah keluarganya. Bapanya Geoff berkata dia mendapat tahu anaknya gagal selepas kematiannya.
PERMISIF
Sikap berdikari, ketahanan emosi dan mental anak-anak berada pada tahap yang sangat rendah terutamanya apabila mereka tidak mendapat sesuatu yang mereka inginkan, mereka akan cepat untuk berasa kecewa dan tertekan
Remaja tidak mendapat panduan dan nasihat yang baik dalam menjalani kehidupan mereka, walaupun sentiasa inginkan kebebasan untuk melakukan apa yang disukai, namun dalam masa yang sama masih memerlukan pertolongan dan bimbingan ibubapa
Konsep dan efikasi individu remaja menjadi terlalu tinggi dan tidak realistik
Contoh kes : Seorang remaja berusia 18 tahun tergamak mencapak bayi perempuan yang baru dilahirkannya dari balkoni tingkat 4 sebuat flat di Pulau Pinang kerana panik. Bayi yang disumbatkan ke dalam beg itu berjaya ditemui masih bernyawa oleh salah seorang penduduk flat berkenaan. Menurut ketua polis daerah Barat Daya, remaja tersebut melahirkan bayi kira-kira jam 7 pagi di dalam tandas di rumahnya tanpa pengetahuan ahli keluarga. Bayi tersebut ditemui kesan luka dikepalanya.
PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN MENURUT ISLAM (KITAB ABDULLAH NASIH ULWAN)
PENDIDIKAN DENGAN KETELADANAN
Keteladanan dalam pendidikan merupakan metode yang berpengaruh dan terbukti paling berhasil dalam mempersiapkan dan membentuk aspek moral, spiritual, dan sosial anak. Mengingat pendidik adalah seorang figur terbaik dalam pandangan anak, yang tindak tanduk dan sopan santunnya, disadari atau tidak, akan ditiru oleh mereka
PENDIDIKAN DENGAN NASIHAT
Nasihat dan petua memiliki pengaruh yang cukup besar dalam membuka mata anak-anak kesadaran akan hakikat sesuatu, mendorong mereka menghiasinya dengan akhlak yang mulia, membekalinya dengan prinsip-prinsip Islam Tidak seorang pun yang menyangkal, bahwa nasihat yang tulus dan nasihat yang berpengaruh
DEFINISI
ISLAM
Imam al-ghazali
Anak merupakan amanah Allah SWT kepada ibu bapa. Tanggungjawab ibu bapa amat besar dan seharusnya dilaksanakan dengan sebaiknya. Mendidik kanak-kanak dengan amalan agama yang bersesuaian seperti amalan khusus dan amalan umum seperti solat. Kaedah pengajaran ialah berperingkat dari segi tingkah laku dan bacaan. "Kanak-kanak merupakan amanah dan tanggungjawab orang tuanya, jiwanya yang suci murni 4 merupakan permata mahal yang bersahaja dan bebas dari ukiran dan gambaran, dan ia boleh menerima setiap ukiran dan cenderung kepada apa yang dicenderungkan kepadanya
BARAT
Jerome Kagan
Rangkaian keputusan mengenai sosialisasi pada anak-anak. Memudahkan agar anak-anak dapat memikul tanggungjawab dan menyumbang sebagaI masyarakat
Jane B Brooks
Proses yang merujuk kepada rangkaian tindakan dan interaksi yang diambil oleh ibu bapa untuk menyokong perkembangan anak
Coopersmith
Ibubapa adalah pembentuk suasana keluarga dan menjadi role model atau model peranan bagi anak-anak mereka
TEORI BARAT
TEORI PENGLIBATAN IBUBAPA EPSTEIN
Berkaitan dalam menjalin hubungan sekolah dengan ibubapa dan komuniti, Keibubapaan Epstein (2001) berpendapat, sekolah, keluarga dan komuniti berkongsi tanggungjawab yang sama dalam proses sosialisasi murid
Model Overlapping Sphere of Influence yang menekankan tanggungjawab bersama antara sekolah, keluarga dan komuniti dalam mencapai visi dan matlamat yang sama dalam proses perkembangan dan pembesaran murid
Model Overlapping Sphere of Influence adalah konsep school-like family dan family-like school yang digunakan untuk menerangkan pentingnya peranan ibubapa dan sekolah
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA (1963) (DR ALBERT BANDURA)
Pemodelan dan pemerhatian daripada orang lain khususnya ibubapa
Orang yang diperhatikan oleh individu tersebut diistilahkan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku dipanggil pemodelan
Kanak-kanak meniru perlakuan agresif dari orang dewasa di sekitarnya
Proses mengamati dan meniru perlakuan dan sikap orang lain sebagai model merupakan tindakan belajar