Perbezaan Antara Akhlak dan Moral
Akhlak
Berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah
Tetap dan tidak berubah (bersifat mutlak)
Memperoleh keredhaan Allah SWT
Universal dan boleh diterima umum
Satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia.
Mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain.
Ditentukan oleh Allah SWT dan tunjuk ajar oleh Rasulullah SAW
Bersifat mutlak, sempurna dan tetap
Moral
Berdasarkan pengalaman sikap dan tingkah laku manusia
Berubah mengikut tempat, masa dan keadaan (bersifat relatif)
Memperoleh keredhaan manusia semata-mata
Khusus dan hanya boleh diterima masyarakat setempat sahaja
Satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia sahaja.
Mencakupi pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan manusia sahaja.
Ditentukan oleh manusia semata-mata.
Bersifat relatif, subjektif dan sementara.