Takrif dan Definisi Tamadun

Sudut Bahasa

Bahasa Melayu

Berkait rapat dengan istilah 'tamadun' dan 'peradaban' yang berasal daripada kata pinjaman arab.

Perkataan 'tamadun' bermaksud kebudayaan, kemajuan atau peradaban. Manakala perkataan 'peradaban' berasal daripada perkataan 'adab' iaitu bermaksud tingkah laku, tutur kata sopan.

Secara umum maksud tamadun dalam bahasa melayu menjelaskan tentang budaya, kemajuan, pembangunan, peradaban, dan kemakmuran yang dicapai oleh sesebuah negara.

Bahasa Inggeris

Perkataan tamadun berasal daripada perkataan Inggeris 'Civilization' yang berasal perkataan latin 'civitas' yang bermaksud bandar.

Ahli bahasa dan falsafah mengaitkan perkataan 'modern' dalam Bahasa Inggeris dengan perkataan 'tamadun.' Menurut Oxford Dictionary (1995), modern bermaksud 'baru dan mutakhir' atau dalam Bahasa Inggeris, 'new and up-to-date.'

Perkataan lain untuk civilization ialah 'culture,' urbanization' dan 'renaissance'

Bahasa Arab

Terdapat 5 istilah tamadun iaitu:

Perkataan 'umran' yang bermaksud membangun dan memakmurkan bandar. Perkataan ini diperkenalkan oleh Ibnu Khaldun.

Perkataan 'hadharah' bermaksud kehidupan menetap dimana sesebuah masyarakat menetap di sebuah wilayah, daerah, ibu kota, bandar, kampung dan kawasan tanah yang ditanami.

Kemudian wujud juga perkataan 'tamaddun' atau 'tamadyun' yang berasal daripada perkataan madana yang bermaksud membina atau membangunkan bandar.

Perkataan 'madinah' yang bermaksud bandar.

Perkataan 'madaniyyah' yang bermaksud bandar atau kehidupan di bandar (city life).

Sudut Istilah

Perspektif Tamadun Barat

Arnold Toynbee

Tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen, iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.

J. K. Fiebelman

Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat terhadap material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi perlakuan tertentu.

Perspektif Tamadun Islam

Ibn Khaldun

Tamadun ialah kemuncak pembangunan yang berkaitan dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh mempertingkatkan kualitinya. Ini termasuk keperluan kepada bahan-bahan makanan, pakaian, peralatan, rumah tangga dan sebagainya.

Idris Abdul Rauf Al- Marbawi

Tamadun merupakan kehalusan atau kemurnian pencapaian manusia yang hidup di kota dan memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran, serta menghasilkan teknologi yang membantu menyempurnakan kehidupan kota yang bahagia.

Syed Naquib Al-Attas

Tamadun sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.

Main topic

Subtopic