Terapi Seni, Bercerita & Bermain
Terapi Bermain
Definisi
Terapi bermain merupakan aktiviti yang utama dalam perkembangan kanak-kanak sejak lahir dari aspek:
- fizikal
- intelek
- sosial
- emosi
- rohani
Jenis-jenis Bermain
Secara diri-sendiri
Cara selari
Sambil bersosial / asosiatif
Secara koperatif
Matlamat dan Kegunaan Bermain
Mengalakkan perkembangan motor halus & motor kasar kanak-kanak secara fizikal
Dilatih berkawan & berhubungan sosial antara rakan sebaya
Dilatih menguasai kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan seharian melalui permainan simbolik (lakonan).
Bermain konsep atau hukum sains melalui eksperimen seperti timbul, terapung dan tenggelam
Kepentingan Bermain dalam Konsep dan Dunia Kanak-kanak
Melepaskan tenaga badan yg tlampau banyak
Mengurangkan ketidakseimbangan perkembangan emosi kanak2
Mengalakkan perkembangan intelek kanak-kanak secara tidak langsung
Rasional Terapi Bermain
Menggalakkan perkembangan proses interpersonal kanak-kanak
Membentuk konsep kendiri yg positif
Intervensi/rawatan kaunseling yg asas
Melatih perkembangan JERIS yg seimbang
Mengatasi gangguan emosi dan masalah dalaman kanak-kanak
Cabaran
Murid lembap amat memerlukan kesabaran para guru serta teknik pgajaran yang sesuai dengan tahap penguasaan atau kemahiran yang sedia ada
Terapi Bercerita
Definisi
Suatu terapi/teknik kaunseling yg bjaya menarik minat kanak2 atau murid
Disebabkan pola isi kandungan cerita-cerita tersebut, kanak-kanak akan sentiasa bersedia untuk mengikut episod cerita yang berterusan
Matlamat dan Kegunaan
Menggambarkan keadaan emosi dalaman bagi setiap watak
Mengajar penyelesaian masalah melalui cara yang kreatif
Mengimbas semula keadaan insan secara universal
Menunjukkan sebab dan akibat perjalanan cerita
Prinsip-prinsip Panduan Terapi Bercerita
Memilih tajuk atau isi kandungan perkembangan cerita yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak
ABM yang sesuai
Teknik suara bercerita yang menarik
Pastikan semua murid dalam kelas sudah berada dalam keadaan yang bersedia.
Teknik-teknik Yang Perlu Diambil Perhatian Dalam Terapi Bercerita
Kreatif
Positif
Sensitif
Mengalakkan kanak-kanak bercerita atau menyambung cerita.
Langkah Terapi Bercerita
Memulakan set induksi bercerita yang menarik, sebelum meneruskan cerita itu
Menyoal dalam proses bcerita supaya melalui jawapan murid dapat memastikan mereka memahami isi cerita & sedang mengikutinya
Semasa penutup, guru boleh menyuruh kanak2 bercerita semula isi cerita tadi atau menyoal soalan kepada murid-murid
Terapi Seni
Definisi
Suatu bentuk kaunseling yang menggunakan kelebihan & bahan-bahan seni dalam proses kaunseling
Klien bukan saja bertutur dalam sesi semata-mata, sebaliknya, diberi tugasan melalui melukis & mewarna untuk mewakili perasaan & pandangan klien pada masa itu
Matlamat
Mengurangkan halangan fungsi hidup dan cuba diekspresikan melalui seni, lukisan, lakaran, warna dan bentuk
Mewujudkan perbincangan yang jujur, tulus dan berkesan antara kaunselor & klien
Intervensi
Menyediakan tempat & alatan melukis yang sesuai untuk menjalankan terapi seni
Membina hubungan yang rapport & teraputik antara kaunselor & klien
Sesi kaunseling yang berasaskan unsur seni
Kemahiran menyoal dan berbincang