TITAS - TAMADUN MELAYU
PENGENALAN
Asal Usul Bangsa Melayu
NILAI
Akidah Islam
Taat pada Sultan
Adat Resam & Pantang Larang
Mulia warga Tua
Ikatan keluarga dan hubungan silaturrahim
Saling Menghormati
Raikan Tetamu
Bertimbang rasa
Sopan santun/ Berbudi bahasa
Bermesyuarat
Bergotong-royong
Pencapaian
Persuratan- Sebelum dan Selepas Islam
Kesenian: tari/muzik/ukir dan khat/bela diri/pertukangan/tenun,sulam,anyaman/kulinari
Sains Teknologi: pertanian, alam bina, tekstil dan warna, ukuran, timbang, sukatan
Pendidikan
Maritim
KONSEP MELAYU
Melayu dalam Perlembagaan
Gelaran/ Panggilan Melayu
Alam Melayu
ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU
Perdagangan
Empayar Melayu
Pembentukan Awal
Mayarakat Melayu dikatakan mula bertapak sejak 5000 tahun dahulu
Kemunculan tamadun dan masyarakat Melayu berteraskan penguasaan pertanian
Perubahan teknologi - tempat tinggal dan pertanian tetap
Amalan bermesyuarah dalam kalangan masyarakat Melayu - masyarakat desa, masyarakat bangsawan dan raja berkuasa mutlak
Nilai-nilai luar mempengaruhi masyarakat Melayu
Pengaruh agama Hindu dan Buddha, Islam dan kuasa Barat
Masyarakat Melayu boleh menyesuaikan nilai luar dengan nilai tempatan
Pandangan Semesta
Animisme
Mempercayai setiap benda mempunyai jiwa, roh atau semangat
Mempercayai roh nenek moyang masih berada di kalangan mereka
Mengamalkan upacara pemujaan dan penyembahan
Hindu Buddha
Upacara agama menjadi lebih formal dan tersusn
Membesarkan keagongan dewa-dewa
Karya-karya tradisonal Melayu yang bercorak mitos dan lagenda
Mementingkan aspek-aspek kesenian, keindahan, keromantisan, kesedihan, keagongan dan ketakjuban
Wujud sistem feudal dalam sistem pemerintahan
Islam
Kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya
Konsep penghitungan dan pembalasan yang muktamad di akhirat
Yakin kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik begitu juga sebaliknya
Menghormati maruah dan martabat manusia
Keadilan, kebebasan dan kesaksamaan
Kehidupan yang seimbang antara jasmani, rohani dan akal
Pengaruh Islam
Kedatangan Islam telah memantapkan lagi pandangan semesta orang Melayu, kerana Islam melalui kitab suci Al-Quran mengandungi segala rahsia tersembunyi dalam kejadian alam semesta, bahkan juga telah mengukuhkan keyakinan, ketakwaan dan ketauhidan kepada Allah S.W.T
Kepercayaan animisme dan dinanisme yang dibawa oleh pengaruh Hindu-Buddha juga ditinggalkan.
Dibentuk berpandukan kepada hubungan manusia dan Allah S.W.T yang dipanggil sebagai ‘hablumminallah’dan ‘hablumminannas’ iaitu hubungan antara manusia dengan manusia.
Agama/Kepercayaan
Meninggalkan kepercayaan animisme & dinamisme serta perlahan-lahan meninggalkan pengaruh yang dibawa oleh agama Hindu-Buddha.
Menitikberatkan nilai hormat-menghormati antara manusia, mengamalkan kepercayaan terhadap konsep ketuhanan dan mementingkan soal kesamaan taraf. Sistem kasta yang diamalkan sejak menerima pengaruh agama Hindu suatu ketika dahulu dihapuskan.
Pendidikan
Banyak perubahan yang dirangka sejak kedatangan Islam
Selepas kedatangan Islam, golongan bawahan berhak menerima Pendidikan setaraf dengan golongan atasan.
Sekolah pondok lebih banyak didirikan supaya pembelajaran menjadi lebih meluas kepada golongan bawahan.
Pendidikan tradisional seperti kelas mengaji Al-Quran dan bahasa Arab pada awal perkembangan.
Bahasa/sastera
Perkembangan bahasa Melayu bertambah teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara bermula pada abad ke-14 M sehingga akhir abad ke-18 M.
Tulisan Jawi diperkenalkan dan digunakan oleh orang Melayu sejajar dengan tulisan Arab.
Melalui sistem tulisan ini, bahasa Melayu berperanan penting dalam aspek penulisan apabila ia digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran.
Perundangan
hukum-hukum yang tidak bercanggah dengan Islam dikekalkan, disebut dalam hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka dan juga Adat Perpatih
Politik/Pentadbiran
sistem pemerintahan bertukar kepada sistem pemerintahan berlandaskan Islam
agama Islam telah diisytiharkan rasmi di Melaka
beberapa institusi Islam telah didirikan bagi membantu mengukuhkan sitem pentadbiran berasaskan Islam antaranya ialah Jabatan Agama Islam dan Syariah
Sistem keluarga
kedatangan Islam memantapkan lagi institusi kekeluargaan dalam masyarakat Melayu malah menjadi lebih teratur
banyak adat dan budaya Islam perlu dihayati oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak seperti meletakkan nama yang baik kepada anak mereka, mendidik anak-anak supaya menjadi manusia beriman
Cara Kehidupan
budaya animisme dan Hinduisme yang diamalkan oleh masyarakat sejak sekian lama telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam
Islam telah mengangkat taraf manusia dan menyamakan kedudukan mereka di sisi Allah S.W.T membentuk suatu sistem masyarakat yang saling mengasihi dan menghormati