5 DASAR PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN
Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
Program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
Membantu perkembangan murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi (JERIS)
Melaksanakan di sekolah adalah WAJIB.
Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan
Didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
Dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan
Jika ia suatu kesalahan berterusan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan
PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH WAJIB
Perkara 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985
Mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja
Peraturan 4 di dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998
Sekolah mewujudkan peluang yang luas
Murid menyertai gerakerja yang diminati
Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985
Penyertaan dan pencapaian murid hendaklah direkod dan dinilai
Buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah
Ketidakhadiran murid untuk menyertainya adalah suatu kesalahan
Murid tersebut boleh dikenakan tindakan disiplin
Disabitkan bersalah: Kesalahan ponteng sekolah
PENYERTAAN SEMUA GURU ADALAH WAJIB
Penyertaan semua guru sebagai penjawat awam
WAJIB mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum
Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.
Guru memastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum
Tugas guru dalam bidang kokurikulum
Tanggungjawab yang spesifik, terperinci, dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum
Perintah-Perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib)(Bab D)
Keengganan melaksanakan tugas yang telah diperuntukan adalah suatu kesalahan
Kesalahan dari segi keperluan perkhidmatan dan kebertanggungjawaban penjawat awam
Dikenakan tindakan disiplin
PELAKSANAAN KEGIATAN KOKURIKULUM
Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
Merupakan kegiatan yang dirancang lanjutan daripada P&P dalam bilik darjah
Memberi murid peluang untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran yang dipelajari
Gaya pelaksanaan kegiatan kokurikulum
Mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan yang pragmatis dan progresif
Mengandungi elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru
Membantu membangunkan JERIS murid secara seimbang
PENYERTAAN “BERAMAI-RAMAI”
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000
Berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi
Memfokuskan kepada peningkatan perpaduan
Bersifat merentas disiplin, bersepadu dan tidak bersifat eksklusif