PENAAKULAN LOGIK : PERTANYAAN

Maksud

Pertanyaan ialah suatu ayat yang dapat ditentukan nilai kebenarannya, iaitu sama ada benar atau palsu tetapi bukan kedua-duanya.

Contoh 1

Tentukan sama ada ayat-ayat di bawah ialah pernyataan atau bukan pernyataan.

Justifikasi

Sebuah segi tiga mempunyai tiga sisi.

Sebuah segi tiga mempunyai tujuh sisi.

Berapakah bilangan sisi sebuah segi tiga?

Penyelesaian

Pernyataan kerana ayat itu benar.

Pernyataan kerana ayat itu palsu.

Bukan Pernyataan kerana ayat itu tidak dapat ditentukan nilai kebenarannya.

Contoh 2

Tentukan sama ada semua pernyataan di bawah ialah benar atau palsu.Buktikan.

Pernyataan

a) 2 + 7 = 5

b) 2 + 3 = 5

Penyelesaian

A) Palsu

2 + 7 = 9

2 + 7 ≠ 5

B) Benar

2 + 3 = 5

Menafikan suatu pertanyaan

Penafian pernyataan dilakukan dengan menggunakan perkataan "tidak " atau "bukan ".

Penafian pernyataan p ditulis sebagai ~p.

Nilai kebenaran bertukar daripada benar kepada palsu dan sebaliknya selepas proses penafian.

Contoh 3

Bentuk satu penafian (~p) bagi setiap pernyataan (p) berikut dengan menggunakan perkataan "tidak" atau "bukan" dan tentukan nilai kebenaran penafian itu.

Penafian Pernyataan

A) 13 ialah nombor genap.

B) Pentagon mempunyai lapan sisi.

C) 18 ialah gandaan 3.

Penyelesaian

A) 13 bukan nombor genap.Benar

B) Pentagon tidak mempunyai lapan sisi.Benar

C) 18 bukan gandaan 3.Palsu

Main topic

Menentukan Contoh Penyangkal Untuk Menafikan Kebenaran Pernyataan Tertentu

Membentuk Contoh Penyangkal

Bagi setiap pernyataan palsu sekurang-kurangnya satu contoh penyangkal boleh diberi untuk menafikan kebenaran pernyataan tersebut.

Contoh

Semua segi tiga mempunyai sisi sama panjang

Penyelesaian

Palsu.Segi tiga sama kaki tidak mempunyai semua sisi yang sama panjang.

Membina dan Membandingkan Nilai Kebenaran Akas, Sonsangan dan Kontrapositif bagi suatu implikasi

Perbezaan Empat Jenis Pernyataan

i) Implikasi : Jika p, maka q

ii) Akas : Jika q, maka p

iii) Songsangan : Jika ~p, maka ~q

iv) Kontrapositif : Jika ~q, maka ~p

Contoh

Jika 1 + 2 = 3 + 2

Penyelesaian

Implikasi : Jika 1 + 2 = 3, maka 1 = 3 + 2

Akas : Jika 1 = 3 + 2, maka 1 + 2 = 3

Sonsangan : Jika 1 + 2 ≠ 3, maka 1 ≠ 3 + 2

Kontrapositif : Jika 1 ≠ 3 + 2, maka 1 + 2 ≠ 3

Membina Pertanyaan Dalam Bentuk Aplikasi

i) IMPLIKASI "jika p, maka q"

Pertanyaan "jika p, maka q" dikenali sebagai implikasi dengan keadaan ;

p dikenali sebagai antejadian

q dikenali sebagai akibat

ii) IMPLIKASI "p jika dan hanya jika q"

Implikasi "p jika dan hanya jika q" terdiri daripada dua implikasi seperti berikut ;

Jika p, maka q

Jika q, maka p

Contoh

Antejadian : x + 2 = 3

Akibat : x = 1

Penyelesaian

Jika x + 2 = 3, maka x = 1

Contoh 4

Tentukan dua pernyataan p dan q daripada ayat majmuk di bawah.

A) Segi tiga mempunyai tiga atau lima sisi

B) 13 ialah nombor genap dan 11 ialah nombor ganjil.

Penyelesaian

A) p : Segi tiga mempunyai tiga sisi.

q : Segi tiga mempunyai lima sisi

B) p : 13 ialah nombor genap.

q : 11 ialah nombor ganjil

Menentukan Nilai Kebenaran Suatu Pernyataan Majmuk

Pernyataan majmuk ialah gabungan dua atau lebih pernyataan.

Pernyataan digabungkan menggunakan perkataan "dan " atau "atau ".

Nilai kebenaran pernyataan majmuk boleh ditentukan.