KONSEP HALAL DAN HARAM DALAM ISLAM
1.1 PENGENALAN
1.1.1 HALAL DAN HARAM MENGIKUT SYARAK
HALAL
HARAM
PENDAHULUAN
KONSEP ISTIHALAH
BAHASA ARAB
Istihala, yastahilu, istihalah
berubah sifat sesuatu dan tabiatnya dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.
Kaedah istihalah
perubahan sifat atau zat bagi sesuatu bahan yang boleh menyebabkan perubahan hukumnya yang asal
percampuran yang berlaku antara bahan suci dalam kuantiti yang banyak dengan bahan najis yang sedikit itu terurai dan hancur di dalam bahan yang suci tanpa wujudnya lagi dan sifat asalnya.
Istihalah dari segi ulama’ Islam
Subtopic
PENYELIDIKAN TERHADAP PRODUK-PRODUK:
KOSMETIK
"KOSMETIK" ditakrifkan sebagai bahan atau persediaan untuk digunakan pada bahagian luaran tubuh badan manusia seperti kulit, rambut, kuku, bibir, gigi dan ronga mulut untuk tujuan membersih, mewangi, mencantikkan kulit wajah, menghilangkan bau badan, melindungi atau menjaga diri agar sentiasa dalam keadaan yang baik dan cantik.
Pewarna Rambut
Apakah itu perwarna rambut?
• Pewarna rambut digunakan untuk menukarkan warna rambut.
• Pewarna rambut boleh dibuat daripada bahan semulajadi atau terbitan sintetik.
Bahan di dalam Pewarna Rambut
Secara amnya ia terdiri daripada sumber tumbuhan seperti inai, atau terbitan sintetik seperti arang tar atau petroleum. Walaubagaimanapun pemilihan pewarna rambut perlu dibuat dengan berhati-hati kerana terdapat pewarna rambut yang mengandungi bahan yang memudaratkan pengguna.
Alphahydroxy Acids atau AHA
Collagen
Glycerin
Lanolin
Paraben
Mineral Oil
Dari itu sekiranya pewarna rambut itu sifatnya melekat atau melapis rambut, sekalipun ianya suci maka ia sudah pasti menghalang air untuk sampai ke rambut. Jika ini terjadi, maka menjadi junub umpamanya dalam keadaan rambut diwarnakan dengan bahan tersebut adalah tidak sah dan ini akan menyebabkan ibadahnya seperti sembahyang tidak sah kerana hadasanya tida terangkat.
Berbeza halnya, jika pewarna rambut itu idak melekat diatas rambut seperti ia sifatnya meresap sepertimana meresapnya inaipada jari dan kuku. Ini tiada menghalang air daripada sampai ke bahagian yang wajib di basuh.
Selain daripada itu, kesan pemakaiannya yang boleh menyebabkan tidak sah ibadat yang dialkukan sekiranya ibadat tersebut disyaratkan melakukannya dalam keadaan thaharah, adalah penting untuk kita menilai sejauh manakah pandangan syara’ tentang hukum mewarnakan rambut. Mewarna rambut tidak boleh sewenanag-wenangnya dengan alasan bahawa pewarna yang digunakan itu adalah halal dan suci.
Men’dye’ atau menginai rambut
Men’dye’ atau menginai rambut adalah dua benda yang berbeza. Men’dye’ rambut boleh mengahalang air untuk smpai ke kulit rambut. Ini menyebabkan air wudhu atau hadas besar tidak terangkat, berlainan dengan inai.
Terdapat beberapa hukum mengenai mewarna rambut
• Sunat
Mewarnakan uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.
• Harus
Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad
Mewarna rambut bagi si isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami
• Makruh
Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh
Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya
• Haram
Mewarna rambut dengan warna hitam.
Mewarna rambut sehinnga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan islam.
Bersembahyang memakai minyak wangi beralkohol
Alkohol merupakan nama yang digunakan dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi(-OH) dan mempunyai dua jenis alkohol yang baik iaitu alkohol kayu(methanol) dan alkohol biji-bijian(ethanol). Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur(R-OH).
Dalam melakukan solat, kita disyaratkan supaya memastikan kebersihan tubuh badan, pakaian dan tempat sembahyang daripada najis. Kewujudan najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat sembahyang akan menyebabkan sembahyang itu tidak sah. Untuk mengetahui sama ada minyak wangi yang bercampur alkohol itu najis atau tidak adalah tertakluk kepada bagaimana pembuatannya, baik dari segi minyaknya mahupun alkoholnya. Jika ia bersumber binatang yang najis atau alkohol yang bersumberkan arak, maka minyak wangi tersebut akan menyebabkan si pemakai tidak sah dalam solatnya.
FARMASEUTIKAL/PERUBATAN
UBAT-UBATAN BERCAMPUR GELATIN ATAU ALKOHOL
Alkohol
Alkohol merupakan bahan cecair tanpa warna yang dihasilkan menerusi dua cara pemerosesan. Pertama menerusi fermentation (penapaian), iaitu proses khas untuk menghasilkan arak, dan kedua menerusi bahan kimia, iaitu suatu proses bagi menghasilkan alkohol daripada petroleum.Hasil pemerosesan ini dikenali juga sebagai etanol atau etil alkohol. Dalam bidang perubatan, alkohol digunakan sebagai antiseptik dan sebagai pelarut. Metanol yang dikenali sebagai alkohol metil atau alkohol kayu ialah satu bahan yang sangat beracun. (Malaysiana: 1/277)
Hukum Alkohol
Imam-imam mazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafi‘e dan Hanbali) sepakat mengatakan bahawa alkohol yang bersumber daripada arak adalah najis dengan mengqiyaskannya kepada arak, kerana kesamaan ‘illah atau sebab, iaitu sama-sama memabukkan.
Gelatin
Gelatin merupakan satu jenis bahan yang diperolehi (dengan mendidih dalam air) dari hidrolisis separa kelogen terbitan daripada kondrum, tulang, tendon dan kulit binatang.
Walaupun gelatin satu protein yang berasal daripada binatang, namun bahan ini mempunyai nilai biologi yang rendah.
Gelatin digunakan secara meluas dalam industri makanan dan merupakan salah satu bahan asasnya. Di antara makanan berkenaan ialah jeli. Gelatin juga digunakan untuk membuat manis-manisan, agar-agar dan ais krim.
Hukum gelatin
Persoalan asas di sini ialah jika gelatin itu berasal daripada binatang, bukan sayur-sayuran, maka hukumnya tertakluk kepada kedudukan binatang itu.
Apabila binatang itu binatang halal yang disembelih mengikut cara sembelihan Islam, maka gelatin itu adalah halal dan suci, tetapi apabila binatang itu bukan binatang halal, seperti khinzîr, ataupun ia binatang halal tetapi tidak disembelih mengikut cara sembelihan Islam, maka gelatin itu haram dan najis.
UBAT DARIPADA TANDUK BINATANG
Juz-juz binatang kecuali ikan dan belalang yang bercerai padanya samada binatang-binatang itu halal dimakan ataupun haram samada hidup ataupun mati tanpa sembelihan yang sah adalah najis kecuali rambut dan bulu yang bercerai dari binatang yang halal yang hidup atau yang mati dengan sembelihan yang sah maka ia adalah bersih.
Tanduk rusa yang diceraikan dari rusa yang hidup atau yang mati adalah najis kecuali mati dengan kerana sembelihan yang sah pada syara’ maka ia adalah bersih yang bersih harus dimasukkan ke dalam ramuan ubat-ubatan dan yang najis haram dimasukkan ke dalam ramuan ubat-ubatan.
KRITERIA PEMILIHAN UBAT-UBATAN
1) Barangan menjadi haram dan tidak selamat apabila bersumberkan babi, anjing, binatang yang tidak boleh dimakan, binatang yang tidak disembelih mengikut syara', tercemar kotor, arak, bahan kimia, racun, najis binatang dan sebagainya.
2) Mengetahui istilah-istilah bahan kandungan makanan, contoh: "vegetable fat" (lemak sayuran) istilah ini ditulis apabila kandungan lemak sayuran lebih banyak dari "animal fat" (lemak binatang). "Lard" (lemak babi), "Bristle" (bulu binatang), "Alcohol" (Arak), "Pork" (daging babi), "Hog" (babi hutan), "Pig" (babi), "GMO Food" (Genetically Modified Organism: Organisma yang diubahsuai secara genetik) dan lain-lain yang kebanyakannya dari Bahasa Inggeris.
3) Mengetahui kod-kod makanan seperti E100, E131, E422. E bermaksud Europe (Eropah), yang bermaksud penggunaan bahan nombor E tersebut diluluskan penggunaannya di negara Kesatuan Eropah dan kini nombor E digunakan serata dunia termasuk Malaysia. Ada juga bahan-bahan yang bernombor tiada awalan E. Banyak nombor-nombor E yang diragui kehalalannya. Bagaimanapun, makanan mengandungi bahan nombor E yang telah mendapat sijil Halal JAKIM yang sah adalah dijamin Halal.
4) Sebahagian dari barangan yang kebanyakannya mengandungi bahan-bahan yang diragui: agar-agar (jeli), MSG (monosodium glutamate), berus (daripada bulu haiwan), sabun mandi, minyak wangi berjenama (mungkin mengandungi lemak babi), pewangi makanan (esen vanilla), keju, hamburger, sosej, fishball fishcake, kek, roti, bahan-bahan kosmetik, makanan GMO, aiskrim, pinggan mangkuk Bone China, ubat gigi, syampu, daging (cara sembelihannya), satay, makanan binatang ternakan, ubat-ubatan, makanan segera dalam tin, barangan kulit dan lain-lain.
Cara Kenalpasti Ubat Tiruan
Ubat tiruan, palsu ataupun ‘Counterfeit’ merupakan ubat-ubatan yang dihasilkan dengan tujuan untuk menipu pengguna dengan menggunakan identiti dan label yang palsu ataupun meniru ubat-ubatan yang asli. Ubat Counterfeit termasuklah ubat-ubatan berjenama dan juga ubat generik sama ada mengandungi bahan aktif yang betul ataupun bahan aktif yang tidak betul, tanpa bahan aktif, bahan aktif yang tidak mencukupi ataupun pembungkusannya yang tidak betul.
Ubat-ubatan Counterfeit ini boleh mengancam kesihatan pengguna kerana kandungannya mungkin berbahaya ataupun mengandungi bahan aktif yang rendah yang akan menyebabkan masalah kegagalan rawatan dan juga boleh membawa maut.
Semua ubat-ubat yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia akan diberi nombor pendaftaran yang perlu dipamerkan pada kotak atau bungkusan ubat.
Ubat Berdaftar dikategorikan mengikut jenis ubat iaitu kategori A untuk Ubat Terkawal yang mengandungi racun berjadual, kategori X untuk Ubat Am tanpa racun berjadual dan kategori T untukUbat-ubatan Tradisional. Nombor Pendaftaran ialah huruf MAL dan diikuti dengan lapan digit nombor serta huruf A, X atau T yang mewakili kategori ubat.
Contoh nombor pendaftaran ialah MAL12345678A.
HALAL DAN HARAM MENGIKUT SYARAK
KOSMETIK DAN FARMASEUTIKAL/PERUBATAN
Aplikasi Konsep Istihalah Dalam Barangan Berunsurkan Babi Masa Kini
Dunia pada hari ini menyaksikan bahawa industri makanan, ubat-ubatan dan barangan
kegunaan harian telah banyak dicampur dengan bahan-bahan haram khususnya bahan
dari khinzir. Disebutkan bahawa babi adalah haiwan yang paling banyak kegunaannya
dalam industri pemakanan, ubatan dan bahan kegunaan harian termasuk alat kosmetik
dan toiletries. Setiap inci dari tubuh khinzir itu digunakan oleh pihak-pihak berkenaan
sepenuhnya.
Bahan bahan seperti aditif dan emulsifier yang dalam makanan, insulin dan gel kapsul
dalam ubat-ubatan banyak diambil dari sumber babi, begitu juga dalam GM Food di
mana banyak DNA babi dimasukkan dalam tumbuhan dan seumpamanya untuk tujuan
penambahbaikan. Penggunaan bahan berunsurkan babi seperti ini menimbulkan isu
hukum yang perlu dihuraikan dan dijawab oleh ulamak semasa.
Penilaian
Jika dilihat kepada produk-produk yang dihasilkan tersebut, ia kelihatan secara zahirnya
tidak lagi mempunyai sifat-sifat atau unsur babi. Bahan- bahan dari babi seperti gelatin,
lemak, darah, tulang dan organ-organ lain telah melalui pelbagai proses secara
chemical dan menghasilkan bahan yang pada mata kasar manusia tidak lagi
mempunyai sifat najis babi berkenaan. Apabila dicampurkan dalam bahan makanan
atau ubat-ubatan untuk tujuan aditif, pengawetan dan seumpamanya maka ia telah
bercampur dengan bahan lain yang lebih dominan dan ia tidak lagi menjadi satu bahan
yang kelihatan najis pada zahirnya.
Contoh Aplikasi Istihalah Semasa
i.Gelatin yang terbentuk daripada proses istihalah daripada tulang binatang najis,
kulit dan uratnya adalah bersih dan halal dimakan.
ii. Sabun yng dibuat melalui proses istihalah dari lemak khinzir ataupun bangkai
binatang adalah suci dan harus digunakan.
iii.Keju yang dihasilkan daripada rennet yang didapati daripada bangkai haiwan
yang halal dimakan adalah suci dan halal dimakan.
iv. Alat-alat solek yang mengandungi lemak khinzir tidak boleh digunakan, kecuali
jika telah pasti berlaku proses istihalah dan telah berlaku pertukaran ain atau
zatnya.
v.Bahan makanan yang mengandungi lemak khinzir sebagai ingredientnya dengan
tidak berubah zatnya seperti yang terdapat pada sesetengah keju, minyak,
mentega, dadih, biskut, coklat dan aiskrim adalah haram dimakan.
vi. Insulin yang diambil dari khinzir adalah harus digunakan bagi mengubati penyakit
kencing manis kerana darurat.
i. Hukum menyuntik insulin daripada najis mughallazah (babi) bagi tujuan
perubatan pesakit kencing manis adalah harus kerana darurat. Begitu juga
mereka yang melakukan suntikan (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Peringkat
Kebangsaan Ke 6, Oktober 1983)
ii. Penggunaan gelatin dalam ubat adalah diharuskan kerana darurat. Sekiranya
telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat dari cepat rosak, maka
penggunaan gelatin dalam ubat tidak lagi harus (Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Peringkat Kebangsaan Ke 8, September 1984)
iii. Baja yang diperbuat dari tahi babi adalah najis mughallazah tetapi
penggunaannya sebagai baja adalah harus serta makruh. (Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan Ke2 Mei 1981)
iv. Makanan yang diproses daripada bahan-bahan yang bercampur dengan najis
seperti darah lembu, darah babi dan lain-lain adalah harus dan halal dimakan
(Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan Ke2 Mei 1981).
v. Barangan, makanan dan minuman yang diproses melalui kaedah bioteknologi
menggunakan DNA babi adalah bercanggah dengan syarak dan hukumnya
haram (Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Julai 1999).