ASAS TAMADUN ISLAM
Terbina atas dasar akidah dan diikat dengan syariah dan akhlak.
Akidah
Pada sudut etimologi 'aqada bererti simpul atau ikatPada sudut terminologi, ia memberi maksud kepercayaan atau keimanan terhadap hakikat dan nilai-nilai mutlakMenurut Imam al-Ghazali, ia bermaksud berpegang dan membenarkan dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebrang keraguan dan syak.
Syariah
Dari sudut etimologi, syara'a bererti sumber air, cara atau jalan yang lurus mengikut Al-Quran.Pada sudut terminologi, ia merupakan undang-undang, aturan dan ketetapan Allah kepada manusia dari rasul-rasulNya.Menjamin kebahagiaan kehidupan yang abadi di akhirat kelak.
Keistimewaan Undang-undang Syariah
Sempurna bagi memenuhi keperluan manusia dalam semua bidang kehidupan.Lengkap mengatur kehidupan manusia.Bersifat bersepadu, universal dan tetap.Matlamatnya untuk mendapat keredhaan Allah SWT
Manifestasi Syariah dalam Tamadun Islam
Untuk mengatur kehidupan manusia atas asas makruf dan mengelak kemungkaran.
Memelihara agama
Islam adalah nikmat yang paling besar bagi menyelamatkan manusia daripada segala bencana.Seseorang yang telah memilih Islam wajib menunaikan tanggungjawab sebagai MuslimSekiranya keluar dari Islam dikira sebagai murtad.
Memelihara nyawa
Hak hidup telah dikurniakan oleh Allah SWT.Mati bererti kehilangan nyawa dan hilang daripada aktiviti kehidupan. Nyawa tidak boleh dicabut sewenang-wenangnya atau tanpa hak.Melanggar peruntukan undang-undang syarak ini dianggap melakukan jenayah dan dosa besar.
Memelihara akal
Akal menentukan sama ada seseorang itu layak diberi tanggungjawab atau tidakManusia boleh menetukan sama ada sesuatu itu baik atau burukMelarang manusia melibatkan diri dalam perkara yang menggugat kewarasan dan fungsi akal.
Memelihara harta benda
Islam menetapkan dan memberi garis panduan mengenai hak memiliki harta dan kewajipan mempertahankannya.Sesiapa melucutkan harta seseorang tanpa kebenaran seper merompak dikenakan hukuman berat.Islam telah mengatur aktiviti ekonomi berpandukan Syariah di bawah muamalat.
Akhlak
Al-Khuluq bemaksud budi pekerti, tingkah laku dan tabiat. Imam al-Ghazali mendefinisikan sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang.Mahmudah ialah perbuatan baik dan terpuji menurut akal dan Syariah terbit dari jiwa.Mazmumah ialah perbuatan buruk seperti menyekutukan Allah dan menipu.Akhlak membezakan manusia dengan haiwan. Seseorang yang memiliki ketinggian akhlak juga mempunyai darjat keislaman dan keimanan yang tinggi. Perutusan Nabi Muhammad SAW adalah simbol kepada kepentingan akhlak dalam Islam.