Категории: Все - islam - kepercayaan - masyarakat

по Liyana Syakirah 4 лет назад

820

PANDANGAN SEMESTA

Pandangan semesta masyarakat Melayu telah mengalami perubahan ketara melalui dua era utama: zaman pra-Islam dan pasca kedatangan Islam. Pada zaman pra-Islam, masyarakat ini mengalami dua peringkat penting.

PANDANGAN SEMESTA

PANDANGAN SEMESTA

KONSEP

konsep kemanusiaan ialah manusia adalah makhluk Allah
konsep kekuasaan ialah manusia adalah pemegang amanah & penggerak tamadun
Subtopic
konsep keimanan ialah Allah adalah pencipta manusia & manusia adalah hamba-Nya

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pandangan semesta Tamadun Melayu telah melalui beberapa peringkat evolusi. Malah jika diteliti dengan lebih mendalam, zaman penjajahan, zaman menuntut kemerdekaan serta zaman kontemporari juga telah mempengaruhi pembentukan pandangan semesta masyarakat Melayu. Namun secara amnya, Islam sememangnya telah berakar umbi dalam pemikiran serta pembentukan pandangan semesta masyarakat Melayu. Namun unsur-unsur tradisi masih mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan seharian mereka.

EVOLUSI PANDANGAN SEMESTA MASYARAKAT MELAYU Evolusi pandangan semesta masyarakat Melayu secara umumnya boleh dilihat melalui dua dimensi yang utama iaitu zaman pra-Islam dan juga setelah kedatangan Islam. Namun semasa zaman pra-Islam pula terbahagi kepada dua peringkat yang utama iaitu;

KEDATANGAN ISLAM
Selewatnya-lewatnya pada awal abad ke-15, masyarakat Melayu boleh disifatkan sebagai menempuh era baru dengan kedatangan Islam. Islam telah mengubah bentuk kepercayaan dan corak hidup mereka juga pandangan semesta mereka. Kepercayaan kepada dewa dan animisme bertukar kepada kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya.
i) sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddha ii) kedatangan agama Hindu dan Buddha
KEDATANGAN AGAMA HINDU DAN BUDDHA

1. Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu, upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun. Di samping itu, ajaran Hindu-Buddha ini juga membesar-besarkan keagongan dewa-dewa dan ini telah mempengaruhi kepercayaan masyarakat Melayu. 2.Pandangan dapat dikesan melalui karya-karya Melayu tradisional yang bercorak mitos dan lagenda. Ini dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan Baratayudha. 3. Menurut pendapat Syed Naquibb, kedatangan agama Hindu tidak merubah pandangan semesta masyarakat Melayu secara mutlak. Apa yang jelas terlihat ialah kesan pengaruh Hindu-Buddha hanya pada lapisan di atas sahaja (golongan bangsawan) 4. Namun kesan daripada aspek-aspek ajaran Hindu seperti sistem kasta (lapisan masyarakat) yang memisahkan antara golongan raja, bangsawan dan rakyat jelata menular masuk ke dalam sistem sosial masyarakat Melayu. Dari sinilah wujudnya sistem ‘feudal’ yang telah diamalkan dalam sistem pantadbiran mana-mana kerajaan Tamadun Melayu.

2.1 SEBELUM KEDATANGAN AGAMA HINDU DAN BUDDHA

1. Masyarakat Melayu mempunyai sistem kepercayaan primitif iaitu animisme dan dinamisme iaitu mempercayai bahawa setiap benda ada jiwa, roh atau semangat yang mempunyai perwatakan sendiri, sama ada dapat membawa kesan baik atau buruk. 2. Roh nenek moyang yang dinamakan “hyang” (“poyang”/ “moyang”) dipercayai masih berada di kalangan mereka dan mempunyai tenaga yang kuat yang boleh mempengaruhi mereka. Oleh itu ia perlu ditenangkan melalui upacara pemujaan dan penyembahan. 3. Pawang, Bomoh dan Dalang merupakan peribadi perantara yang boleh menghubungi “hyang” melalui pembacaan jampi, serapah, penyajian dan sebagainya.

DEFINISI

Menurut pandangan salah seorang sarjana Islam, Syed Naquibb al-Attas, pandangan semesta Islam merangkumi dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek akhirat. Oleh itu pandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam.
Menurut Albert Schweitzer, pandangan semesta ditafsirkan sebagai “the some total of thought which a community or individual think about the nature and purposed of the universe and about the place and destiny of mankind within the world.”
satu konsep mengenai alam semesta dan dapat dilihat melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi oleh satu sistem nilai yang tertentu.