Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had Salleh

Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Awang Had Salleh

Latar Belakang

Dilahirkan di Kampung Bagan Balik Pulau Bentong Balik Pulau, Pulau Pinang. ( 24 Jun 1934 – 1 Julai 2013)

menerima pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pulau Betung,

Meneruskan pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak

Seterusnya di Maktab Bahasa Bukiit Senyum, Johor Bahru

Melanjutkan pelajaran di Universiti malaysia dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) (1961)

Menyambung pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pendidikan dan Sosiologi di Universiti Stanford, California (1969)

Menyambung Pengajian dalam Pengurusan Akademik dan Pembangunan di Universiti Lancaster, United Kingdom

Sumbangan

Dalam kegiatan penulisan, beliau melibatkan diri dalam penulisan kreatif (cerpen, novel, drama dan puisi) dari tahun 1954 hingga kira-kira tahun 1990

Beliau pernah menulis buku-buku untuk pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah

Kegiatan menulis kertas kerja ilmiah dan rencana untuk majalah dalam bidang pendidikan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan

Menerbitkan dua buah buku pada tahun 1966 yang bertajuk Merah kuning Biru (Kumpulan Cerpen) dan Biru Warna (Novel)

Kerjaya

Guru pelatih di Sekolah Melayu Gunung, Kedah (1950)

Guru di Sekolah Melayu Derga, Kedah

Guru Bahasa Kebangsaan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star, Kedah(1957)

Penolong Pensyarah di Pusat Latihan Harian (DTC), Alor Star, Kedah(1959-1961)

Pensyarah Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur (1964-1965)

Penolong Pensyarah/ Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya(1974-1975)

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya (1975-1978)

Pengarah Institut Teknologi Mara sekarang Universiti Institut Teknologi Mara(UiTM) (1978-1980)

Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia dan Naib Canselor PertamaUniversiti Utara Malaysia (1980-1984)

Penasihat Khas Kementerian Pendidikan

Ketua Eksekutif/ Perunding Akademi Filem Malaysia (1990-1992)

Pengerusi Majlis Buku Kebangsaan

Ahli Lembaga Eksekutif Unesco

Anugerah

Pingat dan darjah kebesaran daripada Dato' Bentara Zuhdi Johan Mangku Negara (J.M.N.) (1975)

Pingat dan darjah kebesaran Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) (1978)

Pingat dan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) (1982) yang membawa gelaran Tan Sri

Fellow Kehormat oleh Association of Business Executives (UK) (1983)

Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang daripada Brock University

Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia

Profesor Emeritus daripada Universiti Utara Malaysia; dan
Distinguished Fellow of ISIS Malaysia (1990)