TUGASAN BAB 1-SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU

ANIMISME

TEKS 1

Animisme adalah istilah dalam bidang antropologi yang merujuk kepada kepercayaan manusia purba atau primitif. Ahli antropologi bersepakat bahawa definisi animisme menurut etimologi berasal daripada animaus atau anima dalam bahasa Latin yang bermaksud jiwa, roh atau kehidupan. Menurut terminologi pula, animisme adalah kepercayaan bahawa setiap
sesuatu yang wujud di muka bumi ini seperti batu, kayu, angin dan lain-lain mempunyai jiwa atau roh. Ia bersifat bebas daripada manusia tetapi mencampuri dan mempengaruhi urusan kehidupan manusia. Orang yang
mempercayai animisme digelar sebagai “animis.”
Menurut E. B. Tylor, animisme secara umumnya merujuk kepada suatu doktrin tentang roh dan semangat (Philosophy of Souls and Spirits). Animisme juga adalah kepercayaan tentang makhluk-makhluk berjiwa yang meliputi dua bentuk, iaitu kepercayaan bahawa manusia mempunyai jiwa yang
kekal walaupun setelah kematiannya dan kepercayaan bahawa jiwa juga ada pada makhluk-makhluk lain.8 Jiwa dan roh itu mesti dihormati agar ia tidak mengganggu kehidupan manusia atau boleh membantu mereka dalam kehidupan ini

TEKS 2

Dalam dunia animis, manusia dianggap hampir setaraf dengan haiwan, tumbuh-tumbuhan dan kuasa-kuasa alam semula jadi. Oleh itu, menjadi satu tanggungjawab dan moral bagi animis untuk berinteraksi dan menghormati unsur-unsur berkenaan. Alasannya, manusia dianggap sebagai sebahagian
daripada alam semula jadi, bukannya lebih tinggi atau berasingan daripadanya. Dalam pada itu, roh dan semangat pada objek-objek itu mempunyai kekuatan luar biasa. Roh ini ditakuti dan dihormati. Mereka percaya jika roh ini marah, ia boleh membahayakan dan mendatangkan musibah kepada mereka. Sebaliknya, jika roh itu senang dan gembira, maka
ia boleh membawa kepada tuah dan keberuntungan.
Oleh yang demikian, animisme adalah kepercayaan bahawa alam semula jadi yang hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, objek yang tidak bernyawa seperti batu logam, kepelbagaian bentuk geografi bumi seperti bukit, gurun, lembah, hutan belantara, gua, laut atau fenomena alam seperti petir, kemarau dan hujan memiliki semangat atau unsur kerohanian.

TEKS 3

Dalam animisme, seseorang dipercayai boleh menghubungkan dua dmensi, alam nyata dan alam roh. Perantaraan itu disebut sebagai shaman.
Shamanism adalah kepercayaan bahawa dukun adalah perantara atau utusan
antara dunia manusia dan dunia roh. Dia dipercayai mampu merawat penyakit dengan membaiki jiwa pesakitnya. Kononnya, dia berkebolehan
untuk memasuki alam ghaib dengan tujuan mendapatkan penyelesaian
masalah yang dihadapi oleh masyarakat. Makhluk ghaib juga dipercayai boleh
melawat dimensi nyata untuk memberi bimbingan kepada manusia dan
merawat penyakit jiwa manusia. Selain dukun sebagai perantara (spirit-medium), mereka juga dipanggil bomoh, pawang, tabib, orang keramat, guru
silat, ahli sihir, Shaman di Barat atau Kāhin dalam bahasa Arab.
takut dan hormat dalam kalangan animis. Jika tersilap langkah atau bertindak
sewenang-wenangnya tanpa mematuhi peraturan-peraturan tertentu, maka
perbuatan itu akan menimbulkan kemarahan makhluk-makhluk halus. Demi
mewujudkan hubungan yang baik antara manusia dan makhluk halus itu, maka
pantang larang telah dibentuk. Konsep yang hampir sama dengan pantang
larang ialah tabu.
Elemen-elemen tersebut sangat signifikan dan turut dibahaskan dalam
konsep animisme. Justeru, Islam telah mengemukakan perspektif sendiri
terhadap elemen-elemen tersebut dan isu-isu alam ghaib lain, khususnya
menerusi Sunnah Nabawi.

V1

Subtopic

V2

V3

DINAMISME

TEKS 1

Istilah dinamisme berasal dari bahasa Yunani, yaitu dunamos. Dalam bahasa Inggris
disebut dynamic, artinya adalah kekuatan, daya, kekuatan atau khasiat. Dalam hal ini,
dinamisme adalah kepercayaan terhadap benda-benda di sekitar manusia karena diyakini memiliki kekuatan yang gaib. Dengan kata lain, dinamisme adalah keyakinan terhadap
kekuatan yang berada dalam zat suatu benda dan diyakini mampu memberikan suatu manfaat dan marabahaya. Kesaktian itu bisa berasal dari api, batu-batuan, air, pohon, binatang, bahkan manusia. Unsur dinamisme lahir dari rasa ketergantungan manusia terhadap daya dan kekuatan lain yang berada di luar dirinya. Setiap manusia akan selalu merasa butuh dan berharap kepada zat lain yang dianggapnya mampu memberikan berbagai pertolongan
dengan kekuatan yang dimilikinya. Manusia tersebut mencari zat lain yang akan ia sembah, karena ia merasa tenang dan nyaman jika ia selalu berada dekat zat tersebut

TEKS 2

Sebahagian masyarakat Kota Lhokseumawe dan Kabupaten Aceh Utara masih memercayai benda-benda tertentu yang mempunyai kekuatan yang luar biasa seperti kepercayaan terhadap kekuatan batu cincin. Mereka menyakini bahwa cincin tersebut memiliki kekuatan gaib yang dapat menghindarinya dari berbagai bahaya. Selain itu, mereka juga masih memercayai kekuatan dalam rencong. Mereka juga memercayai jenis-jenis jin dalam berbagai bentuk, seperti jen apui, si bujang itam, burong, geunteut,
beunot, dan burong tujoh. Mereka juga memercayai bahwa roh orang yang telah meninggal karena dibunuh, mati berdarah, mati tenggelam, dan mati jatuh dari pohon kayu akan menjelma menjadi hantu. Masyarakat juga masih memercayai bahwa ketika seseorang selalu berbuat
jahat selama hidupnya lalu mati, rohnya akan menjelma dalam bentuk babi atau kera yang
keluar dari liang kuburnya. Sebaliknya, orang alim akan menjadi “keramat,” dan menjelma
dalam bentuk harimau atau ular yang baik perangainya. elmaan ini akan melindungi
kampung di sekitar kuburan dan biasanya digunakan sebagai tempat bernazar (meukaoy).
Kendati dalam hadis ada anjuran untuk berziarah ke kuburan, tetapi pelaksanaan ajaran
bercorak animisme dan dinamisme tersebut bertentangan dengan ajaran syariat Islam.

TEKS 3

Masyarakat Aceh sangat taat dalam menjalankan acara ritual keagamaan, bahkan
sangat fanatik terhadap agamanya. Sebab, Islam sudah mendarahdaging dalam diri
masyarakat Aceh. Tetapi, tidak semua masyarakat Aceh melaksanakan semua ajaran Islam
sejati dan murni. Banyak masyarakat Aceh belum memahami ajaran Islam yang sebenarnya.
Meskipun demikian, mereka sangat peka terhadap pengaruh kepercayaan lain, baik dari
dalam maupun dari luar daerah, apabila bertentangan dengan ajaran al-Qur’an dan hadis,
maka mereka langsung menolak keberadaannya sehingga ajaran tersebut tidak diterima.

V1

V2

V3

Faktor-Faktor kedatangan Islam ke tanah melayu

ARAB

TEKS 1

TEKS 2

TESK 3

CINA

TEKS 1

TEKS 2

TEKS 3

INDIA

TEKS 1

TEKS 2

TEKS 3

SENARAI AHLI KUMPULAN G7

NAQEEB BUSYRIN (52218220058)

ELIAS BIN MOKHTAR (52218220129)

MUHAMMAD HAZIQ BIN MUHAMMED ARIFF (52221119441)

NANG NURHASYA BINTI NIK MOHD FADZIL (52213119463)

MUHAMMAD HAKIMI BIN MOHD ZAYID (52215119433)

MUHAMMAD HANIF BIN HASNAN (52213119424)

Where to next?