PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)
3
OBJEKTIF PELAN PEMBAGUNAN PENDIDIKAN
1) Memahami prestasi dan cabaran semasa
2) Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas
3) Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian
5
ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA
AKSES
100% enrolmen merentas semua peringkat perdidikan menjelang 2020
KUALITI
Negara dalam kelompok sepertiga atas dalam pentaksiran antarabangsa
EKUITI
50% pengurangan dalam jurang pencapaian
PERPADUAN
Sistem pendidikan yang menawarkan
perkongsian pengalaman dan nilai kepada
kanak-kanak
KECEKAPAN
Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada
6
ASPIRASI UTAMA MURID
1) PENGETAHUAN
2) KEMAHIRAN BERFIKIR
3) KEMAHIRAN MEMIMPIN
4) KEMAHIRAN DWIBAHASA
5) ETIKA DAN KEROHANIAN
6) IDENTITI NASIONAL
9
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA PENDIDIKAN
1) 100 % literasi murid dalam BI dan BM dan menguasai kemahiran numerasi selepas tiga tahun persekolahan.
2) 92% prasekolah, 98% sekolah rendah dan 95% enrolmen sekolah menengah rendah
3) Pengurangan 25% jurang bandar dan luar bandar
4) Prestasi Malaysia pada purata antarabangsa dalam kitaran TIMSS dan PISA seterusnya
5) 100% enrolmen prasekolah hingga menengah rendah, 90% enrolmen menengah atas
6) 50% pengurangan jurang bandar/luar bandar ,25% pengurangan jurang sosioekonomi dan jantina
7) Pencapaian negara Malaysia dalam negara ketiga teratas dalam TIMSS dan PISA
8) Mengekalkan atau meningkatkan enrolmen
9) Mengekalkan atau mengurangkan jurang bandar dan luar bandar, 50% pengurangan jurang sosioekonomi dan jantina
11
ANJAKAN UTAMA TRANFORMASI SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
1) Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa
2)Memastikan setiap murid menguasa kemahiran dalam bahasa malaysia dan bahasa inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan
3) Melahirkan rakyat yang menghayati nilai
4) Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan
5) Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah
6) Mengupaya jpn, ppd dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan
7) Memanfaatkan ict bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia
8) Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian
9) Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas
10) Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
11) Meningkatkan ketelusan untuk kebertang gungjawaban awam secara langsung
KEJAYAAN DAN KEGAGALAN PPPM SETAKAT INI
KEJAYAAN
Hasil usaha mengkoordinasikan prasekolah awam dan swasta di seluruh negara KPM telah berjaya meningkatkan enrolmen prasekolah kebangsaan daripada 84.3% pada tahun 2017 kepada 85.4% pada tahun 2018.
Penggunaan teknologi digital secara holistik dalam dunia pendidikan pada hari ini telah membuka platform untuk murid-murid menguasai teknologi dalam menongkah kelangsungan hidup pada era globalisasi ini
Pelaksanaan pengisian mata SSDM (Sistem Sahsiah Diri Murid) daripada guru kepada murid telah menggalakkan murid untuk berakhlak baik dan membuat kerja sukarela berbentuk kebajikan.
Penglibatan Ibu bapa dan komuniti sebagai sukarelawan di sekolah- sekolah kini sudah menjadi lumrah. Pelbagai bantuan, sokongan dan kepakaran telah dikongsi bersama dalam menyumbang kepada pembangunan holistik anak-anak mereka di sekolah.
Guru-guru kini lebih bersedia dengan pedagogi yang berkesan, disamping mengintegrasikan elemen-elemen hiburan dan nilai yang dapat ‘engage’ murid-murid Orang Asli dalam pembelajaran
KPM telah melaksanakan usaha-usaha dalam memastikan keseimbangan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS) murid-murid tidak dipinggirkan sekali gus melahirkan generasi pelapis pewaris negara yang berminda kelas pertama dan terpuji sahsiahnya.
KEGAGALAN
Dasar bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan yang disarankan dalam Laporan Pendidikan Razak 1956 dan kemudiannya diangkat dalam Akta Pendidikan Negara 1961 dan 1996, sebagai antara matlamat utama sistem pendidikan negara, juga didapati gagal menyatukan anak bangsa daripada pelbagai etnik melalui bahasa Melayu sebagai bahasa negara
Polarisasi etnik kian menjadi-jadi di sekolah, berterusan di institusi pendidikan tinggi pula dan akhirnya mantap di tempat kerja.
Puncanya adalah pengasingan etnik yang kita galakkan pada usia yang muda, di TADIKA dan sekolah rendah lagi akibat membenarkan wujudnya pelbagai jenis aliran persekolahan.
Masalah asas yang dikenal pasti dalam pelan pembangunan ialah kelemahan dalam penguasaan bahasa Inggeris,faktor yang dikenal pasti sebagai lima isu utama yang dihadapi oleh majikan di Malaysia