CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM

RABBANI

Maksud: ketuhanan

Allah adalah punca segala kekuasaan

kuasa pada manusia hanyalah bersifat relatif (amanah)

wahyu telah diturunkan kepada rasul-rasulNya sebagai panduan hidup

Petikan daripada ayat Al-Quran "Sesungguhnya Kami telah turunkan kepada kamu kitab (al-Qur’an) dengan kebenaran, maka taatlah kepada Allah dengan penuh keikhlasan kepada-Nya, ingatlah bahawa agama yang bersih (benar) itu adalah milik Allah."
(Surah al-Zumar: 2 – 3)

AL-THABAT WA AL-MURUNAH

Maksud: tetap dan anjal

AL-THABAT(tetap): Aspek akidah dan hukum-hakam tidak boleh dipinda

AL-MURUNAH(anjal): Perkara pokok tidak boleh diubah tetapi cabangnya boleh diubah

Petikan dari ayat Al-Quran "Allah tidak sesekali memberatkan seseorang itu kecuali dengan kadar upayanya. Baginya (pahala) bagi kebaikan yang dikerjakannya, dan keatasnya (dosa) bagi kejahatan yang dikerjakannya. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau seksa kami atas apa yang kami terlalai atau silap padanya. Ya Tuhan kami, Janganlah Engkau pikulkan pekerjaan yang berat ke atas kami sebagaimana yang Engkau bebani ke atas mereka yang sebelum daripada kami."
(Surah al-Baqarah: 286)

WASATIYYAH

Maksud : kesederhanaan

Islam menolak semua unsur ekstremisme

kesederhanaan meliputi aspek kehidupan,keakhiratan dan pemakanan

'ALAMIYYAH

Maksud : kesejagatan

Islam adalah agama universal

tidak terikat dengan masa,tempat dan ruang

3 bidang utama :

syariah

akhlak

akidah

Ketaqwaan yang tinggi kepada Allah adalah perbezaan yang paling terbaik untuk manusia. Seperti yang difirman oleh Allah : "Sesungguhnya yang terlebih mulia daripada kalangan kamu ialah yang paling bertakwa."
(Surah al-Hujurat: 13)

WAQ'IYYAH

Maksud : realistik

bersesuaian dengan realiti kehidupan manusia

mengambil kira realiti semasa,setempat dan adat yang diamalkan

Allah S.W.T tidak akan membebankan kehidupan manusia dengan ajaran Islam sebaliknya meringankan lagi

Segala anugerah yang diberi oleh Allah adalah berbeza pada setiap manusia bergantung kepada sebanyak mana usaha yang telah dilakukan seperti firman Allah : "Dan Allah melebihkan sesetengah daripada kamu ke atas yang lain (dari segi anugerah) rezeki."
(Surah al-Nahl: 71)

TAWAZUN

Maksud : Keseimbangan

memberi perhatian yang seimbang dalam semua aspek kehidupan

Islam melarang sifat mementingkan diri menyelubungi kehidupan manusia malah menyeimbangkan semua aspek kehidupan dengan sempurnanya

Ciri-ciri tawazun dapat dilihat seperti firman Allah: "… apabila kamu diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkan jual-beli. Itu lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui. Apabila solat telah dilakukan maka bertaburanlah kamu di muka bumi, carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung."
(Surah al-Jumu’ah: 9 – 10)

SYUMUL

Maksud : menyeluruh

Islam adalah agama yang sempurna,menyeluruh serta mencakupi segala aspek kehidupan manusia

Allah memiliki sifat kesempurnaan dan pengetahuan tanpa batasan

Hassan al-Banna berkata bahawa Islam sebagai risalah yang panjangnya meliputi semua zaman,luasnya mencakupi lapisan umat dan dalamnya sehingga merangkumi semua persoalan dunia dan akhirat.