Dasar Selepas Kemerdekaan

Dasar Perindustrian Negara

Latar Belakang

Dalam tempoh 1971-1980, dasar-dasar yang menggalakan perkembangan sektor perindustrian elah dilaksanakan dengan tujuan untuk mewujudkan perubahan penting dalam strukur sektor ini sebagai langkah unuk mempelbagaikan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Objektif

Menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan
perindustrian negara

Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara

Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R & D) teknologi tempatan

Strategi

Melaksanakan dasar perindustrian yang berpandangan ke luar

Memajukan secara intensif industri-industri berasaskan sumber untuk eksport dan mempelbagai serta meningkatkan industri bukan berasaskan sumber untuk eksport

Memajukan industri-industri berat terpilih untuk menyokong industri-industri eksport

Dasar Pandang ke Timur

Latar Belakang

Dasar ekonomi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982. Ketika itu Dr Mahathir baru menjadi Perdana Menteri Malaysia (1981). Dasar ini diumumkan semasa Persidangan "5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA" di Hotel Hilton Kuala Lumpur

Objektif

Meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk meninggikan kemajuan negara

Strategi

Perubahan Struktur

Kad Perakam Waktu Kerja (Punch Card)

Penggunaan Tanda Nama (Name Tag)

Penubuhan Pasukan Meningkat Mutu Kerja (QCC)

Konsep Pejabat Terbuka

Perubahan Sikap

Perkhidmatan Cemerlang

Konsep Bersih, Cekap dan Amanah (BCA)

Kepimpinan Melalui Teladan (KMT)

Latihan dan Kursus

Latihan Perindustrian dan Teknikal

Program Pengajian Akademik

Skim Latihan Pembangunan Usahawan

Program Kemajuan Eksekutif