Perkara Asas Dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

Apa itu DSKP?

Satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran

Ianya merangkumi tiga asas penting dalam pengajaran iaitu kurikulum, pedagogi dan pentaksiran

Matlamat

Melahirkan individu yang berilmu, beriman, berketerampila, beramal soleh, berakhlak mulia dan mampu menyumbang kepada tamadun, bangsa, negara serta berjaya di dunia dan akhirat

Fokus

Bidang Al-Quran

Bidang Hadis

Bidang Akidah

Bidang Ibadah

Bidang Sirah

Bidang Adab

Bidang Jawi

Tahap Penguasaan

Ilmu

Menguasai asas pengetahuan, kemahiran dan nilai

Amali

Menjelaskan konsep atau menggunakan penegetahuan, kemahiran dan nilai secara praktik

Amalan

Menjelaskan dan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai

Iltizam

Menghuraikan dan mengaplikasikan pengetahuan kemahiran dan nilai secara bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab melaksanakannya dalam kehidupan harian

Penghayatan

Memberikan justifikasi serta istiqamah terhadap tindakan yang dilakukan dalam kehidupan harian berdasarkan pengetahuan kemahiran dan nilai daripada pelajaran

Pentabiatan

Murid berkebolehan merumuskan pengetahuan, mengaplikasikan kemahiran dan nilai daripada kandungan yang dipelajari dalam bentuk perubahan tingkah laku serta mempamerkan ciri-ciri kepimpinan sebagai seorang yang bertaqwa dan boleh dicontohi atau membimbing orang lain

Fungsi DSKP

Membantu guru untuk merancang dan melaksanakan proses PdPc secara berkesan dan bermakna

Membantu dan memandu guru untuk menyampaikan ilmu yang sahih serta melaksanakan proses P&P dengan berkesan dan dapat mengukur perkembangan murid secara holistik dan autentik.

Membantu guru untuk membentuk murid yang:

Berilmu

beriman,

berakhlak mulia

berketerampilan

bertanggungjawab

Beramal soleh

Bertakwa

Bercita-cita tinggi

Berdaya tahan

Bersemangat juang

Gigih berusaha

Menyumbang kepada tamadun, bangsa dan negara

Kandungan DSKP

Penerangan kurikulum

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Standard Prestasi

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan Induktif dan Deduktif

Berpusatkan Guru

Berpusatkan Murid

Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran Inkuiri

Untuk pembelajaran Al-Quran sahaj ialah:

Kaedah Talaqqi Musyafahah

Kaedah Tasmik

Kaedah Tiqrar