PRAKTIKALITI, KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN (CIRI DAN PRINSIP PENTAKSIRAN)

KEBOLEHPERCAYAAN

Sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana instrumen mengukur dengan tekal apa yang hendak diukur.

Keputusan perlulah konsisten dan boleh dipercayai.

Kebolehpercayaan ujian dirujuk kepada ketekalan prestasi pelajar dalam dua ujian yang sama yang ditadbir pada masa yang berlainan.

Tahap ketekalan antara skor-skor ujian yang sentiasa tetap dengan tidak adanya ralat pengukuran.

Contohnya, seorang calon memperoleh 90 markah untuk ujian Sains dan kemudian memperoleh markah yang sama apabila ujian yang sama ditadbirkan selepas seminggu.

Dalam kes ini, ujian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

KESAHAN

Sesuatu ujian sepatutnya mengukur apa yang sepatutnya diukur berdasarkan tujuan.

Ujian yang baik harus membekalkan data yang membolehkan kita membuat keputusan yang berguna.

Ujian yang baik menghasilkan skor ujian yang sah dan boleh dipercayai.

PRAKTIKALITI

Setiap penilaian yang baik mestilah bersifat praktikal.

Penilaian secara praktikaliti perlulah dibuat mengikut matlamat tugasan yang diberikan.

Penilaian yang efektif diambil kira bilangan pelajar, jenis tugasan yang sesuai dengan masa dan tempoh ketika penilaian diambil.

KONKLUSI

Tiga ciri dan prinsip pentaksiran iaitu praktikaliti, kebolehpercayaan dan kesahan adalah sangat penting dalam penilaian, dan penilaian tersebut perlulah mengikut situasi tugasan yang sebenar.