AGAMA, PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI

PERANAN AGAMA DALAM SAINS

1. AGAMA ISLAM
 Membantu manusia memahami persoalan tauhid.
 Menghubungkan nilai etika dengan sains, sains dengan agama dan sains dengan Aqidah dan Syariah.
 Memenuhi keperluan manusia keoada konsep keindahan.
 Konsep Al-Mizan dan Tawazun.

2. AGAMA KRISTIAN

 Membawa masuk pengetahuan mengenai pendekatan saintifik (kitaran yang berulang yang melibatkan proses-proses) ke Eropah berdasarkan pendedahan kepada penulisan falsafah.

 Tokoh :

i. Nicolaus Copernicus (1473-1543) - membawa teori heliosentrik (ilmu astronomi), mengatakan bumi mngelilingi matahari.

ii. Galileo Galilei (1564-1642) - menggabungkan kaedah eksperimen secara induktif dan deduktif dalam Matematik bagi memperkenalkan kaedah saintifik dalam sains fizikal.

3. AGAMA HINDU
 Ajaran dari agama hindu digunakan sebagai penanda aras dalam menerima/menolak perkembangan teknologi.
 Gupta (ahli matematik India) - memperkenalkan sistem nombor (angka Brahmin & Kharosti).

 Sistem angka juga telah wujud pada tamadun Yunani iaitu Herodianic & ionic.

 Ilmu perubatan berkembang - kecenderungan masyarakat dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga.

4. AGAMA BUDDHA

 Menghargai kebebasan berfikir dan verfikasi melalui pengalaman kerana itu adalah keyakinan dalam agama Buddha bersifat rasional, tumbuh berdasarkan kebijaksanaan yang bersih dari tahyul.

 Robert Oppenheimer (1904-1967) - terangkan posisi electron dengan mengutip cara Buddha menjawab pertanyaan kondisi akhirat setelah meninggal dunia.

 Teknologi konstruksi dan arkitektur bangunan - Borobodur

CONTOH ILMU SAINS YANG TERDAPAT DALAM KITAB AGAMA

AGAMA ISLAM

1) Embriologi

Maka hendaknya memerhatikan (oleh) manusia dari apa dia diciptakan. Dia diciptakan dari air (mani) yang terpancar. Ia keluar dari antara tulang sulbi (tulang belakang) dan tulang dada. (Ath-Thaariq : 5-7)

a) Manusia dijadikan dari satu titisan yang dikeluarkandari bahagian antara tulang belakang dan tulang dada.

Ilmu sains masa kini telah membuktikan bahawa hanya satu sahaja daripada purata tiga juta sperma diperlukan untuk menyuburkan ovum.

b) Manusia dijadikan dari Nutfah (Kuantiti cecair yang sedikit)

Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati dari air yang hina. (As-Sajdah : 8)

c) Manusia dijadikan dari Sulalah (Saripati cecair)

“Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia dari (setitis) mani (yang) bercampur-campur.”

(Al-Insaan : 2)

d) Manusia dijadikan dari Nutfatun Amshaaj (Cecair yang bercampur)

“Maka kamu tanyakan (kepada) ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui”

(An-Nahl : 43 & Al-Anbiyaa‟ : 7)

e) Manusia dijadikan dari Alaq (Bahan seperti pacat)

Dr. Keith Moore telah berhasil menjawab kira-kira 80 soalan berkaitan data embriologi yang diterangkan dalam Al-Qur‟an dan Hadis. Setelah mendapati maklumat-maklumat dalam Al-Qur‟an dan Hadis ini menyamai sepenuhnya dengan penemuan-penemuan terkini dalam bidang embriologi, Prof. Moore menyatakan, “Jika saya ditanya soalan-soalan ini 30 tahun yang lalu, saya tidak akan berupaya menjawabnya sebahagian daripadanyakerana kekurangan maklumat saintifik”.

2) Cap Jari Tangan Manusia

Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kamitidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (danmenghidupkannya semula)? ( Al-Qiaamah 75:3)Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kamiberkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain). (Al-Qiaamah 75:4)

3) Deria Rasa Sakit Ada Pada Kulit Manusia

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( An-Nisaa' 4:56)

AGAMA HINDU

1) Alam Semesta

Yajur Weda III.6 “Ayam gauh prsnir akramid,asadan mataram purah,pitaram caprayam svah”

Artinya: Bumi yang berbintik-bintik ini ada dan berputar dilangit seperti seorang ibu, ia berjalan mengelilingi matahari sebagai seorang ayah.

AGAMA BUDDHA

• Tidak menggalakan bijak pandai bergantung pada teori, sainstifik dan sebaliknya.

• Menyediakan kepimpinan rohani untuk membimbing penyelidikan dan penciptaan sainstifik.

AGAMA KRISTIAN

1) Manusia Diperbuat daripada Tanah Liat

2) Penunujuk Jam Matahari

Raja Hizkia bertanya kepada nabi Yesaya sebagai tanda dari Tuhan, dan Yesaya menunjuk pada jam matahari. Hezekiah boleh memintanya untuk bergerak ke belakang atau ke hadapan. Dia memilih ke hadapan, memikirkan ia akan menjadi tanda yang lebih besar. Tuhan memberikan permintaan itu dan memindahkan jam ke depan.

Main topic

PERSPEKTIF AGAMA TERHADAP SAINS

Perspektif agama Islam terhadap Sains

• Tiada pertentangan antara Islam dan Sains.

• Untuk memberi manfaat dan kesejahteraan kepada manusia.

• Islam menggalakkan umatnya melakukan eksperimen dan kajian termasuklah bidang sains dan teknologi.

• Berdasarkan surah Al-Alaq.

• Islam meletakkan hukum fardu kifayah terhadap ilmu berkaitan sains teknologi.

• Contohnya ilmu sains perubatan dan farmasi.

Perspektif agama Hindu terhadap Sains

• Sains merupakan kurnia tuhan yang maha kuasa.

• Sains adalah perwujudan tuhan itu sendiri yang dapat mencipta, memelihara dan memusnahkan segala yang ada di muka bumi ini.

• Sains adalah untuk kesejahteraan umat manusia.

Perspektif agama Buddha terhadap Sains.

• Ajaran dalam kitab kuno Buddhisme selaras dengan perkembangan alam semesta.

• Agama Buddha dan sains mempunyai ciri-ciri universal seperti skeptisme, pemerhatian dan kesedaran.

Perspektif agama Kristian terhadap Sains.
• Dalam kitab suci, ilmu alam, ilmu manusia, ilmu bumi dan ilmu hayat perlu difahami.
• Kitab suci tidak bertentangan dengan sains sedangkan sains bukan mengenai tuhan.

KONFLIK ANTARA AGAMA DENGAN SAINS

1. Isu penyalahgunaan etika dalam sains dan teknologi iaitu pengklonan dan

kejuruteraan genetik.  Pengklonan manusia menjadikan manusia yang asalnya sebagai individu yang

dimuliakan oleh semua prinsip agama, terhina apabila dijadikan objek

penyelidikan yang akan menimbulkan pelbagai masalah sampingan.

2. Penyalahgunaan IT

 Cenderung untuk menghasilkan pemalsuan kod keselamatan, merompak

institusi kewangan, terbitkan bahan lucah dan menyebarkan fitnah serta virus

melalui internet yang sehingga menjadi haluan hidup seseorang tidak benar.

Perlumbaan senjata

 Untuk menghasilkan yang tercanggih maka memberi kesan yang amat

menggerunkan sehingga musnahkan manusia dan alam sekaligus.

4. Kerosakan dan kepupusan alam semesta

 Persoalan yang belum ada jalan penyelesaian di mana kesannya ialah

menimbulkan racun kimia, pembangunan tidak terkawal, banjir dan bencana

alam yang lain turut berlaku sehingga meninggalkan kesan sampingan yang

amat teruk.