Kategorier: Alle - akidah - masyarakat

af Nik Qabila 8 år siden

1860

Elemen-elemen yang terdapat dalam Tamadun Melayu

Tamadun Melayu dibentuk atas tiga elemen utama: akidah Islam, ketaatan kepada sultan, dan adat resam. Akidah Islam memainkan peranan penting dengan menekankan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Elemen-elemen yang terdapat dalam Tamadun Melayu

Elemen-elemen yang terdapat dalam Tamadun Melayu

Main topic

Ketaatan Kepada Sultan

Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin

Dalam pepatah Melayu ada menyebut, raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.

Islam menggesa supaya sultan atau raja berlaku adil dalam pemerintahan.

Apabila Islam sampai ke alam Melayu, ia memperkukuhkan nilai ketaatan dengan memberi penghormatan kepada pemerintah sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi, manakala para sultan atau raja hendaklah ditaati oleh rakyat selagi tidak bercanggah dengan syariat.

Nilai-nilai ini adalah nilai-nilai yang asas dalam tamadun Melayu.

Subtopic

Masyarakat Melayu juga amat menghormati pemimpin.

Ia merupakan sifat turun-temurun yang diikuti dan diajar oleh orang Melayu sehingga ke hari ini.

Masyarakat Melayu taat setia kepada Sultan atau Raja sejak zaman-zaman awal tamadun Melayu lagi.

Sejarah tamadun Melayu berkait rapat dengan kesultanan Melayu.

Adat Resam

Kepatuhan kepada undang-undang dan adat
Dalam pepatah Melayu ada menegaskan, adat dikelek dan hukum dijunjung.
Orang Melayu memahami kedaulatan hukum-hukum adat sejak dahulu lagi dan mengikut peraturan serta undang-undang akibat daripada pemahaman mereka terhadap kedaulatan hukum-hukum adat.
Masyarakat Melayu adalah satu kumpulan manusia yang patuh kepada undang-undang dan adat istiadat, seperti yang boleh dilihat dalam hukum-hukum adat.

Akidah Islam

Keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT
Mentaati segala yang dituntut dan meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah SWT adalah sebahagian daripada cara bagaimana orang Melayu mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.