ISI KANDUNGAN PROGRAM
PENUTUP
KEPENTINGAN BEKERJASAMA DENGAN NGO
Memberikan peluang kepada guru dan murid meneroka lebih luas ilmu dan kefahaman.
Mewujudkan suasana yang harmoni, kerjasama dan mengenal budaya di tempat orang lain.
Memberikan suatu budaya yang akan membuatkan hubungan di antara masyarakat, guru, ibu bapa pelajar serta pelajar akan lebih terjalin erat.
KEPENTINGAN MEWUJUDKAN BUDAYA SEKOLAH POSITIF
Corak persahabatan atau interaksi di dalam sekolah bergantung kepada budaya yang wujud.
Hubungan di antara pelajar dengan pelajar adalah suatu perkara yang tidak formal dan ia merupakan suatu pengalaman di dalam sekolah.
Guru dan pelajar merupakan sebuah proses yang penting dalam sistem persekolahan.
Mewujudkan budaya sekolah yang positif akan membuatkan hubungan di antara pelajar dan guru lebih baik dan bagus.
ISU:
TAHAP MOTIVASI PENDIDIKAN ANAK-ANAK ORANG ASLI KE SEKOLAH
FAKTOR IBU BAPA
Gaya asuhan Niglek yang diperkenalkan oleh Baumrind (1971) di mana ibu bapa seperti tidak kisah tentang keperluan dan tingkah laku anak-anak mereka.
Ibu bapa masyarakat Orang Asli tidak memarahi anak-anak mereka jika tidak ke sekolah malahan diminta untuk menolong melakukan kerja rumah atau mengikut mereka ke hutan untuk mengumpul hasil hutan.
Ibu bapa masyarakat Orang Asli tidak memainkan peranan untuk membentuk kejayaan anak-anak mereka kerana ramai daripada ibu bapa ini tidak mendapat pendidikan formal
KERAJAAN
Murid Orang Asli menghadapi masalah untuk menduduki peperiksaan awam, mendapatkan bantuan kewangan mahupun bantuan kebajikan selain pendidikan.
Kajian tentang keciciran pelajar ke sekolah mendapati bahawa lokasi penempatan pelajar Orang Asli adalah berselerak dan kebanyakannya terletak jauh di pedalaman ini telah menyebabkan darjah aksesibiliti para pelajar kepada kemudahan pendidikan agak rendah.
Isu pemerolehan dokumen sijil kelahiran dan pengenalan juga merupakan faktor kanak-kanak Orang Asli tidak dapat mendaftar ke sekolah.
Masyarakat Orang Asli acapkali menghadapi masalah untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti.
Kadar keciciran pendidikan Orang Asli lebih tinggi dalam kalangan pelajar sekolah menengah berbanding sekolah rendah (Zainal Abidin, 2012).
Hampir 50% murid Orang Asli berhenti sekolah selepas tamat tahun enam. (Fatan Hamanah 2008),
KEPERCAYAAN GURU TERHADAP BUDAYA SEKOLAH
Budaya sekolah mempengaruhi cara guru berfikir dan bekerja di mana guru mestilah faham budaya sekolah supaya dapat bekerjasama dengan pengetua, pelajar dan guru lain.
Budaya sekolah diwujudkan oleh pengetua, guru dan pelajar supaya tidak mewujudkan konflik di antara mereka.
FAKTOR MEMPENGARUHI BUDAYA SEKOLAH
Tahap sosio-ekonomi
Sistem pengaliran
KEPENTINGAN BUDAYA SEKOLAH
Susunan kelas.
Persekitaran sekolah.
Hubungan sesama pelajar.
Budaya sekolah yang negatif: Rebel, anti-budaya sekolah, terasing daripada kumpulan.
Budaya sekolah yang positif: Mempengaruhi produktiviti ahlinya, mewujudkan persaingan yang baik di antara pelajar, meningkatkan kualiti kerja guru dan pengetua.
DEFINISI BUDAYA
Budaya ini boleh dicerminkan dengan segala bentuk kegiatan di dalam kelas dan juga di sekolah.
Di sekolah, ada budaya yang tersendiri dan bergantung kepada iklim sesebuah sekolah seperti budaya sekolah formal dan tidak formal.
Budaya sekolah merangkumi nilai-nilai, sikap, kepercayaan dan norma yang dianuti oleh warga sekolah tersebut.
NGO PILIHAN :
MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM)
Organisasi belia kebangsaan terbahagi kepada empat kategori iaitu, Organisasi Belia Biasa, Organisasi Belia Beruniform, Organisasi Belia Agama dan Organisasi Belia Pelajar.
Bekerja rapat dengan badan-badan yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal belia untuk kepentingan pergerakan belia.
Menganjurkan dan mengalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan pendidikan belia di kalangan badan-badan yang mempunyai minat dalam perkara ini.
Menggalakkan dan mendorong pertubuhan belia supaya memainkan peranan yang positif dan berkesan kepada masyarakat dan negara.
Telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).
Merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di Malaysia.
PROGRAM KERJASAMA PINTAR BERSAMA MBM: PROGRAM RIMBA KASIH
KEPENTINGAN KERJASAMA BERSAMA MBM
a. Para belia mempunyai idealisma dan mempunyai semangat yang tinggi untuk membantu golongan yang memerlukan.
b. Dapat menjadikan komunikasi lebih berkesan antara pelajar dan belia.
c. Dapat menjadi ‘role model’ kepada pelajar memandangkan mereka telah melalui peringkat pembelajaran rendah dan menengah.
STRUKTUR PROGRAM
• Memfokuskan satu subjek: Bahasa Melayu
• Guru dan beberapa orang ahli MBM menjadi fasilitator bersama-sama mengendalikan program.
Cuti-cuti Malaysia
BBM
biji getah, daun getah kering, pen marker
Ringkasan Aktiviti
1. Berjalan ke lokasi sambil kutip daun dan biji getah
2. Bermain congkak & tuju biji getah
3. Bina peta minda
4. Pembentangan
5. Refleksi
Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea
Tahap 2
Roketku Hebat
BBM
daun kelapa, radio/audio
Ringkasan Aktiviti
1. Berjalan ke lokasi sambal menyanyi lagu tradisional
2. Bermain roket daun kelapa
3. Menganyam daun
4. Melafazkan pantun secara individu dan kumpulan
5. refleksi
Melafazkan pantun dengan intonasi yang betul
Tahap 1
OBJEKTIF
a) Meningkatkan motivasi dan minat pelajar terhadap kepentingan akademik.
b) Memberi kesedaran kepada komuniti setempat tentang potensi yang ada pada anak-anak mereka.
c) Menggembleng tenaga masyarakat dan semua pihak yang berkepentingan untuk membangunkan masa depan pelajar orang asli untuk menjadikan mereka bersedia untuk menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar.
PENGENALAN
• Satu bentuk pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) yang menggunakan hutan dan sumber sebagai lokasi dan bahan pembelajaran.
• Proses PdP dijalankan secara santai seperti nyanyian, lakonan, penceritaan.
• Melibatkan semua pelajar SK. Linggi Gua Musang.
• Tempoh PLBD adalah satu hari.