Kategorier: Alle - islam - kepercayaan

af Izyan S. 4 år siden

627

Sejarah Kedatangan Islam ke Tanah Melayu

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu mempunyai sejarah yang unik dan kompleks, dengan pengaruh dari pelbagai budaya dan kepercayaan yang sudah wujud sebelumnya, seperti animisme. Animisme adalah kepercayaan bahawa setiap benda di dunia mempunyai roh atau semangat yang mesti dihormati dan dipuja untuk mendapatkan perlindungan dan keberkatan.

Sejarah Kedatangan Islam ke Tanah Melayu

Sejarah Kedatangan Islam ke Tanah Melayu

FAKTOR FAKTOR KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU

TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI INDIA • Snauck Hugronje dan Brian Harisson menyatakan bahawa Islam di Alam Melayu datangnya daripada India. Kedatangan Islam di Alam Melayu dilakukan oleh para pedagang Islam yang bermukim di Gujerat dan Malabar. • Bukti : Wujud persamaan batu nisan yang dijumpai di Pasai Batu Nisan Sultan Malik al-Saleh dan Batu Nisam Maulana Malk Ibrahim di Grisek. Bentuk fizikal kedua-dua batu ini mempunyai ciri persamaan dengan batu nisan di Gujerat. • G.P. Morquette : Penemuan batu nisan di Pasai yang bertarikh 1428M dan di Gerisik yang bertarikh 1419M. Wujud perdagangan antara India dengan rantau ini sejak zaman pra-Islam lagi. • S.Q Fatimi menyatakan bahawa kedatangan Islam di Tanah Melayu datangnya dari Bengal, Coromandel, India yang dilakukan oleh para pedagang dari sana. • Pada abad ke-13 Masihi, Malabar dijadikan sebagai pangkalan penting bukan sahaja pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat. Namun Bengal jatuh ke tangan umat Islam pada abad ke-13 Masihi lalu dijadikan pusat pengajian dan penyebaran ajaran Islam. Ramai pelajar yang lulus di pusat pengajian tersebut merantau untuk mengembangkan ajaran Islam dan ramai daripada mereka berkahwin dengan wanita tempatan. Mereka juga menjadikan rumah mereka sebagai tempat mengaji Quran dan fardhu ain. • Teori permulaan Islam sampai ke Tanah Melayu pada abad ke-13 adalah lemah. Berdasarkan bukti yang ada, Islam telah bertapak seawal abad ke-7 atau abad ke-8 Masihi lagi.
INDIA
CHINA
Teori Kedatangan Islam Dari China. • Syed Naquib al - Atas menyebut tentang pemberontakan di Canton pada tahun 877M yang mengorbankan kira kira 120,000 hingga 200,000 pedagang yang kebanyakannya beragama Islam (Arab dan Parsi). Manakala yang selebihnya terpaksa menyelamatkan diri mereka dengan berhijrah ke Kalah (Kedah). • SQ Fatimi: Kewujudan kerajaan Bani Champa (1000-1471M) yang dianggap didirikan oleh pelarian Syiah Alawiyah, Damsyik tetapi serangan kerajaan Annam, mereka berpindah ke Mekah dan Acheh. • Batu Bersurat di Terengganu yang sebenarnya bertarikh 1301M mempunyai persamaan dengan batu nisan yang ada di Champa Selatan. Juga ada persamaan pada batu nisan Fatimah Bt. Maimon (1082M di Leran, Jawa Timur dengan batu nisan di Phan rany, Champa Selatan 1039 & 1035M). • Dr. Abdul Jalil Hj. Hassan: Dalam catatan sejarah Chau-Ju-Kua (1225M) terdapat negeri Islam yang disebut sebagai 'Fo-Lo-An' ialah Kuala Berang, Terengganu yang menjalankan perniagaan dengan orang Arab di samping Srivijaya. Batu bersurat 1303M di Kuala Berang, nyatalah Terengganu sebagai negeri yang mempunyai pengaruh Islam pada ketika itu. • Batu supersurat terbaru telah ditemui di Teluk Cik Munah, di Pahang yang bertarikh 702M (1303M) itu. Ini menunjukkan bahawa kemungkinan Islam masuk melalui Pantai Timur iaitu bererti dari China dan Indochona.
TEORI KEDATANGAN ISLAM DARI TANAH ARAB • Berkait rapat dengan hubungan dagang yang terjalin dengan tanah Arab sejak sebelum orang Arab sendiri memeluk agama Islam. • Menurut catatan sejarah, bangsa Arab yang menduduki selatan Semenanjung Tanah Arab yang mengharungi lautan Hindi sebelum kemunculan agama Islam. Mereka menjadi orang tengah antara pedagang Eropah dengan pedagang Asia dari India dan barat rantau Melayu. Walaupun pada akhir abad ke-5 hingga ke-7 Masehi pedagang-pedagang Rom dan Parsi cuba menguasai perdagangan di lautan Hindi, namun pedagang-pedagang Arab masih dapat meneruskan perdagangan mereka sehingga kedatangan orang Portugis pada akhir abad ke-15 (Zulkiflee Haron et. al . 2015). • Menurut John Crowford dalam bukunya ‘History of the Indian Archipelago’, Islam datang ke Nusantara dari Tanah Arab dan dibuktikan dengan catatan ketika pemerintahan Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah pada abad ke-7 hingga ke-10 Masehi, orang Arab Islam telah berada di Nusantara. Mereka mempunyai angkatan laut yang kuat dan menjalankan perdagangan sambil menyebarkan Islam sepanjang perjalanan ke China melalui Nusantara (Mohd. Jamil Mukmin . 2014). • Dalam catatan dari sumber China, terdapat hubungan perdagangan Arab di perairan Asia Tenggara. Contohnya orang Arab sudah berada di Sumatera pada abad ke-7 Masehi dan telah membina perkampungan di bahagian barat kepulauan tersebut. Zaman Khalifah Sulaiman bin Abd al-Malik (715-717M) telah menghantar sebanyak 35 buah kapal ke muara Salak di Jambi. Kapal ini dikatakan bertolak dari Cyelon menuju ke Palembang pada tahun 717 Masehi, sebelum meneruskan perjalanannya ke China.
ARAB

DINAMISME

Subtopic
Contoh lain adalah masyarakat Jepun yang menyembah matahari, mereka percaya bahwa mataharilah yang layak disembah kerana kekuatan sinarnya dapat memancar ke seluruh dunia.
Contohnya, upacara pemujaan semangat tanaman dilakukan agar mendapat hasil tanaman yang subur dan banyak.
Setiap benda dan makhluk dianggap mempunyai mana yang boleh mempengaruhi kehidupan seseorang
kepercayaan terhadap kekuatan yang juga dikenali sebagai mana atau semangat

ANIMISME

animisme

Animisme
KEPERCAYAAN ANIMISME
Animism: The First Religion?
Mariasusai Dhavamony (2011) berpendapat bahawa animisme adalah kepercayaan tentang makhluk-makhluk berjiwa yang meliputi dua bentuk, iaitu kepercayaan bahawa manusia mempunyai jiwa yang kekal walaupun setelah kematiannya dan kepercayaan bahawa jiwa juga ada pada makhluk-makhluk lain
Menurut Irving Hexham (2002), John F. Haught (1990), Ed Hindson dan Ergun Caner (2008), roh dalam animisme adalah suatu entiti yang bersifat bebas daripada manusia tetapi mencampuri dan mempengaruhi urusan kehidupan manusia. Sementara manusia yang mempercayai animisme digelar sebagai “animis.”
Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini seperti gua, pokok atau batu besar mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka