af jr ayie 6 år siden
1209
Mere som dette
Keluarga merupakan unit asas dan terkecil dalam struktur masyarakat India. Tujuan mendirikan keluarga adalah untuk mendapatkan teman sokongan dari segi fizikal dan rohani serta untuk mendapatkan atau melahirkan anak sebagai penyambung zuriat (keturunan).
Dalam masyarakat India, sistem keluarga yang biasa diamalkan ialah keluarga bersama (joint-family). Keluarga bersama dibentuk oleh keanggotaan semua anggota lelaki yang seketurunan, isteri-isteri serta anak-anak mercka yang masih belum berkahwin. Anak perempuan yang sudah berkahwin akan menjadi anggota keluarga suaminya dan bilangan anggota keluarga bersama adalah tidak terhad.
Sistem keluarga ini disokong oleh semangat kepentingan bersama dan harta benda keluarga merupakan milik bersama. Perpaduan keluarga dipelihara dengan nilai kasih sayang yang murni dan kepentingan setiap anggota keluarga dijaga. Ini termasuklah anggota keluarga yang tidak berkeupayaan untuk bekerja kerana usia tua, menghidap penyakit, kecacatan anggota dan sebagainya. Dengan ini nilai keprihatinan dapat disemaikan dalam sesuatu keluarga bersama.
Secara amnya, sesuatu perkahwinan diatur oleh ibu bapa, juga jodoh bagi anggota keluarga dipilih oleh mereka. Namun begitu, masih terdapat perkahwinan berdasarkan percintaan yang direstui oleh keluarga. Dalam perkahwinan ini, khidmat nasihat daripada orang tua dapat dimanfaatkan terutama sekiranya berlaku perselisihan faham antara ahli keluarga.
Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diturunkan kepada generasi muda kerana hubungan datuk nenek dengan cucu mereka adalah erat. Sistem keluarga bersama juga turut mengalami kemerosotan kerana tidak dapat bertahan dengan cabaran-cabaran permodenan. Kewujudan sistem undang- undang moden, institusi-institusi moden, pendidikan barat, sistem pemerintahan baru dan sebagainya menonjolkan konsep individu dan sekali gus membawa kemerosotan kepada sistem keluarga bersama.
Sistem keluarga dipelihara oleh dua aspek hidup iaitu pertama, ashrama dharma yang menjelaskan tentang empat tahap yang harus dilalui oleh setiap manusia dan kedua, purusartha iaitu tentang empat objektif mulia hidup yang utama.
Tahap pertama, Brahmacharya iaitu seseorang dikatakan masuk ke tahap ini secara formal pada usia 12 tahun dan berterusan sehingga usia 24 tahun; dan ini merupakan zaman bujang. Dua belas tahun pertama menandakan tahap pembelajaran yang biasa (informal) dan dua belas tahun kedua menandakan tahap pembelajaran yang serius (formal).
Tahap kedua, Grihasta iaitu apabila tamatnya tahap pembelajaran, seseorang itu akan memulakan kehidupan berumah tangga. Dalam konteks perkahwinan ini, tamadun India mengesyorkan usia 21 hingga 30 tahun sebagai usia perkahwinan bagi kaum leVaki manakala usia 18 hingga 25 ta\iun sebagai usia perkahwinan kaum wanita. Seseorang itu diharapkan dapat menghasilkan ataupun mencari kekayaan yang secukupnya sebelum mendirikan rumah tangga. Mereka yang berumahtangga berhak untuk menikmati nikmat perkelaminan dan ia dilarang sama sekali untuk mencari keseronokan di luar rumah. Memelihara keharmonian keluarga merupakan tanggungjawab utama dalam tahap ini. Orang berumahtangga dianggap sebagai teras masyarakat, kerana golongan inilah yang akan bertanggungjawab melindungi serta menyara golongan manusia yang lain seperti hrahmachariya, vanaprastha golongan wargatua) dan sonny asa (golongan alim) yang tersebut dalam sistem ashrama dharma.
Tahap ketiga, Vanapmstya iaitu golongan berumah tangga yang berusia antara 48 hingga 72 tahun. Pada tahap ini, seseorang itu telah mencapai kearifan dan berkeupayaan untuk menasihati orang lain. Dalam lingkungan usia sebegini, seseorang itu hendaklah menyelesaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga dan menggiatkan usaha-usaha untuk mendalami ajaran-ajaran agama serta menolak perkara-perkara duniawi.
Tahap keempat, Sannyasa iaitu seseorang akan memasuki tahap ini apabila berusia kira-kira 72 tahun. Pada tahap ini seseorang hendaklah sama sekali dapat mengatasi nafsu dan keinginan terutama perkara-perkara duniawi.
Golongan warga tua yang penuh dengan ilmu ini dan golongan alim disyaratkan menjalankan kerja-kerja amal terutamanya dalam usaha untuk menyebarkan ajaran-ajaran agama. Bagi mencapai tujuan tersebut, golongan ini selalu mengembara dari suatu tempat ke tempat yang lain.
Purusartha bermaksud empat objektif mulia yang harus diamalkan oleh umat manusia. Objektif pertama mulia, Aram/dharma iaitu diperoleh melalui pendidikan yang bersifat kerohanian. Aram hendak ditanam pada hati seseorang sejak tahap brahmacharya. Dharma merupakan suatu peraturan moral dan etika yang bersifat kerohanian, contohnya melanggar etika kerja dianggap sebagai pelanggaran atau ingkar. Menyedari serta memiliki sifat-sifat dharma merupakan objektif pertama kehidupan ini.
Objektif kedua mulia, Porul/artha iaitu kekayaan. Seseorang yang sudah memperolehi ilmu atau kemahiran yang mencukupi hendaklah mencari pekerjaan dan mengumpulkan harta. Namun begitu, objektif pertama mulia iaitu aram yang sudah ada pada diri hendaklah menjadi asas dalam pengumpulan kekayaan dan hendaklah diperolehi melalui cara yang halal.
Objektif ketiga mulia, Inbam/kama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara halal berhak untuk menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan lunas-lunas dharma. Isteri, anak, saudara mara, wargatua, orang alim dan sebagainya hendak dipelihara dengan kekayaan yang dimiliki. Perbelanjaan yang melebihi pendapatan pula dianggap sebagai perbuatan yang melanggar dharma. Sebahagian daripada kekayaan yang dikumpul hendaklah digunakan untuk menjalankan atau pun menyokong kerja-kerja amal.
Objektif keempat mulia, Vidu/moksha bermaksud pencapaian kebebasan kerohanian, iaitu mencapai kesempurnaan kesedaran kerohanian dan terlepas daripada lingkaran kelahiran serta kematian. Kegembiraan kerohanian dianggap sesuatu yang berkekalan lagi maha besar. Ini dapat dicapai pada tahap sannyasa mahupun sebelum itu.
Sekiranya seseorang itu melaksanakan tanggungjawabnya menurut ashrama dharma serta mengecapi aram/dharma, porul/artha dan inban/kama maka moksha/vidu akan dapat dicapai. Pelaksanaan tanggungjawab tanpa mementingkan diri akan membawa kepada moksha. Sembahyang, khidmat bakti serta keimanan yang kuat akan turut membawa moksha. Pertapakan yang diseitai dengan ilmu yang suci iaitu ilmu kerohanian juga dapat membawa moksha. Moksha merupakan pencapaian yang amat dicita-citakan oleh orang beragama Hindu.
Sebagai kesimpulannya, ashrama dharma dan purusartha menjadi teras keluarga dalam masyarakat India.
BAHASA DAN KESUSASTERAAN
Kumpulan Bahasa dan Skrip Bahasa
· Terdapat lebih kurang 325 bahasa dan 750 loghat ttpi hanya 14 bahasa utama diperakui menurut
perlembagaan iaitu Hindi, Telugu, Bengali, Marathi, Tamil, Urdu, Gujarati, Kannada, Malayalam,
Punjabi, Assam, Oriya, Kashmiri dan lain-lain.
· Bahasa di India dibahagikan kpd dua rumpun keluarga bahasa iaitu Indo Arya dan Dravida.
· Bahasa Sanskrit- Assamese, Bengali, Gujarati, Hindi, Kashmiri, Marathi, Oriya, Punjabi, Sanskrit,
Urdu, Rajastani dan Sindhi.
· Bahasa Dravida- Tamil, Malayalam, Kannada, Telugu, Gondi, Brahui, Kaudh.
· Terdapat juga kumpulan bahasa Munda digunakan terutama kwsn pergunungan. Bahasa-bahasa
tersebut ialah Ladakhi, Tripura Naga dan Kuku Chin.
· Dokumen bertulis tertua ialah inskripsi-inskripsi zaman Asoka (kurun ke-3SM) menggunakan skrip
Kharosthi.
· Skrip Parsi-Arab digunakan dalam bahasa Urdu moden.
· Skrip Brahmi merupakan asal usul kebanyakan skrip-skrip India.
· Skrip Devanagari digunakan oleh bahasa Sanskrit, Prakrit, Hindi, Marathi dan sebagainya.
Kesusasteraan
§ Kesusasteraan di India dibahagikan kpd dua bhgn iaitu Kesusasteraan Indo Arya dan Kesusasteraan Dravida.
§ Kesusasteraan Indo Arya
- Lebih menonjol sbg kesusasteraan tertua dan terkemuka di India.
- Dihasilkan dlm bahasa Sanskrit.
Ø Kesusasteraan Vedik
- Berlangsung antara tahun 1500SM hingga 500SM.
- Perkataan Veda (Vid) bererti melihat dan mengetahui.
- Kitab-kitab suci zaman Veda dibhgikan kpd dua bhgn :
i. Shruti
ajaran-ajaran yg diwahyukan atau ajaran-ajaran yg didengarkan oleh tuhan kpd para maharesi. Isi kandungan tidak pernah diubah atau tidak boleh diubah.
ii. Smriti
ulasan-ulasan dan tafsiran-tafsiran. Isi kandungan boleh diubah dr masa ke masa.
- Empat kitab suci Veda iaitu Rig Veda (kitab tertua), Yajur Veda, Sama Veda dan
Atharva Veda.
- Vedanga- anggota kitab-kitab Veda dan terdpt enam bidang pengajian yg dpt
membantu memahami kitab-kitab Veda dgn tepat.
- Enam bidang pengajian tersebut ialah:
i. Siksa- fonetik, iaitu yg menekankan sebutan yg tepat.
ii. Chanda- prosodi atau pola irama puisi.
iii. Nirukta- etimologi, iaitu tafsiran istilah-istilah tertentu.
iv. Kalpa- tatacara pengendalian upacara pengorbanan.
v. Vyakarana- nahu.
vi. Jyotisa- astronomi
Ø Kesusasteraan Epik
Menyampaikan ajaran-ajaran dharma yg serius dan tegas dlm bentuk cerita dgn memuatkan watak-watak mantap. Cerita epik mudah difahami dan diingati oleh rakyat biasa melalui cerita lisan.
o Epik Mahabharata
- Dihasilkan oleh Vyasa antara tahun 400SM dan 400M. Mengandungi lebih
kurang 10 000 seloka (puisi).
- Kisah pemerintahan kerajaan Kurukshetra di India Utara.
- Memberi ajaran agama dan moral.
- Dianggap sbg sejarah bheda (konflik), rajyavinasa (kehilangan negara) dan
jaya (kekayaan).
- Ithisa- membincangkan sembilan jenis emosi dan matlamat kehidupan.
- Purana- cerita tentang dewa-dewi.
- Akhyana- lagenda dan mitos.
- Dharmasastra- kerajaan dan pemerintahan.
- Kamasastra- percintaan.
- Nitisastra- idea-idea etika.
- Moksasastra- cara-cara membebaskan diri drp kelahiran semula.
o Bhagavadgita
- Mengajar manusia ttg svadharma atau kewajipan mencapai kebenaran.
- Mengesyorkan raja yoga (disiplin badan dan minda).
- Karma yoga (jalan tindakan).
- Bhakti yoga (melalui kebaktian kpd Tuhan).
- Jnana yoga (melalui pengetahuan yg benar).
o Epik Ramayana
- Dicipta dan dihasilkanoleh Valmiki di antara tahun 200SM hingga tahun
(200M).
- Mengandungi 24 000 seloka (puisi) dan ceritanya berpusat di Ayodhya.
- Menggambarkan kehidupan seorang manusia iaitu Rama yg merupakan
pendukung watak yg harus diteladani.
- Merupakan dharmasastra yg mengajar perihal keadilan. Ia menerangkan
prinsip-prinsip abadi (sanatana dharma) dan menjelaskan sifat-sifat ideal.
o Drama
- Natya Sastra adalah buku teks drama, muzik dan tarian. Ia membincangkan
seni teater, pentas, teknik produksi, persembahan dan artis.
- Drama sanskrit dicipta utk menghirburkan para hadirin dgn menyampaikan
rasa melalui lapan emosi (sthayibhava).
- Cth drama ialah Sakuntala (menggambarkan cinta dan belas kasihan),
mudraraksasa (heroisme) dan Mrcchakatika (kama).
o Karya Linguistik
- Asthadhyayi ciptaan Panini tlh disusun pd kurun ke 4 SM.
- Mengandungi lebih kurang 4 000 peraturan tatabahasa.
o Sastera Cerita
- Sastera sekular.
- Antara sastera cerita yg penting ialah cerita dongeng spt Pancatantra,
Brhatkatha, Dasakumaracarita dan Kadambari.
§ Kesusasteraan Dravida
Empat bahasa utama iaitu Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada. Bahasa Tamil merupakan kesusasteraan terawal dlm keluarga bahasa Dravida.
Ø Tolkapiyyam
- Karya nahu bertarikh 300SM, bahan bertulis yg tertua dlm bahasa Tamil.
- Mengandungi tiga bhgn iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis dan konvensi
konvensi puisi.
Ø Kesusasteraan Sangam
- Sangam merujuk kpd akademi penyair-penyair agung yg menghasilkan puisi
pada Zaman Sangam dari kurun ke 3 SM hingga kurun ke 2 M.
- Disusun kpd dua koleksi iaitu Pattupattu dan Ettuttokai.
- Tema-tema puisi boleh dibahagikan kpd dua jenis iaitu aham dan puram.
- Aham – bhgn dalaman ataupun perasaan dlm hati.
- Puram – bahagian luaran iaitu sifat-sifat mulia seperti semangat keperwiraan,
keadilan, berani, murah hati dan sebagainya.
Ø Puisi Aham
- Cinta dlm puisi ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu cinta yg sepadan dan
cinta yg tidak sepadan.
- Terdapat lima uripporul (tema khusus) iaitu pertemuan, penantian,
kecurangan suami/isteri merajuk, penantian cemas dan perpisahan sementara waktu.
- Kelima-lima tema ini dikenali sbg disiplin aintinai (lima jenis bentuk muka
bumi).
Ø Puisi Puram
- Merangkumi segala-galanya kecuali Aham (cinta). Meliputi masyarakat,
raja, negara, kumpulan pekerja, kekayaan, kemiskinan, pendidikan dan berbagai-bagai cita-cita.
Ø Tirukkural
- Dicipta oleh Tiruvalluvar (Valluvar).
- Mengandungi tiga bhgn utama dgn 1330 kuplat dlm 133 bab iaitu Aram
(etika/kebenaran) yg mengandungi 38 bab, Porul (kebendaan/politik) yg mengandungi 70 bab dan Inbam (cinta) yg dibincangkan dlm 25 bab.
§ Kesusasteraan Bhakti
- Angkatan bhakti disertai oleh wali-wali Hindu yg dikategorikan kpd dua iaitu Nayanmar yg
mempelopori aliran mazhab Saivisme dan alvar yg beraliran mazhab Vainavisme.
- Lagu-lagu suci yg dpt dinyanyikan dgn iringan muzik dicipta oleh mereka.
- Koleksi lagu-lagu mereka dibahagikan kpd dua kategori iaitu Tirumurai bg mazhab Saivisme dan Nalayirat Pirapantam bg mazhab Vaisnavisme.
- Koleksi lagu-lagu ini bertarikh antara kurun ke-6M hingga kurun ke-11M.
§ Karya-karya Bahasa
- Tatabahasa, gaya bahasa (retorik) dan perkamusan (leksikografi) bidang yg berkembang
pada zaman Chola.
- Yapparungalam dan Yapparngalakkaarigai karya-karya yg disusun oleh Amitasagara pada
akhir kurun ke 10.
- Virasoliyam pula ialah karya ttg sejarah tatabahasa Tamil.
Sistem kasta telah menentukan bahawa masyarakat beragama Hindu
boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peringkat. Pada umumnya, kelas tertinggi ialah para Brahmin atau Brahmana, manakala kelas terendah ialah kaum pariah atau dikenali sebagai "mereka yang tidak boleh disentuh" atau dalam.
Sistem Kasta adalah berpunca dari Bhagavad Gita yang menyatakan:
KASTA PARIA
KASTA SUDRA
KASTA WAISYA
KASTA KESATRIA
KASTA BRAHMANA