TITAS - TAMADUN MELAYU
Pandangan Semesta
Cara Kehidupan
Islam telah mengangkat taraf manusia dan menyamakan kedudukan mereka di sisi Allah S.W.T membentuk suatu sistem masyarakat yang saling mengasihi dan menghormati
budaya animisme dan Hinduisme yang diamalkan oleh masyarakat sejak sekian lama telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam
Sistem keluarga
banyak adat dan budaya Islam perlu dihayati oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak seperti meletakkan nama yang baik kepada anak mereka, mendidik anak-anak supaya menjadi manusia beriman
kedatangan Islam memantapkan lagi institusi kekeluargaan dalam masyarakat Melayu malah menjadi lebih teratur
Politik/Pentadbiran
beberapa institusi Islam telah didirikan bagi membantu mengukuhkan sitem pentadbiran berasaskan Islam antaranya ialah Jabatan Agama Islam dan Syariah
agama Islam telah diisytiharkan rasmi di Melaka
sistem pemerintahan bertukar kepada sistem pemerintahan berlandaskan Islam
Perundangan
hukum-hukum yang tidak bercanggah dengan Islam dikekalkan, disebut dalam hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka dan juga Adat Perpatih
Bahasa/sastera
Melalui sistem tulisan ini, bahasa Melayu berperanan penting dalam aspek penulisan apabila ia digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran.
Tulisan Jawi diperkenalkan dan digunakan oleh orang Melayu sejajar dengan tulisan Arab.
Perkembangan bahasa Melayu bertambah teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara bermula pada abad ke-14 M sehingga akhir abad ke-18 M.
Pendidikan tradisional seperti kelas mengaji Al-Quran dan bahasa Arab pada awal perkembangan.
Sekolah pondok lebih banyak didirikan supaya pembelajaran menjadi lebih meluas kepada golongan bawahan.
Selepas kedatangan Islam, golongan bawahan berhak menerima Pendidikan setaraf dengan golongan atasan.
Banyak perubahan yang dirangka sejak kedatangan Islam
Agama/Kepercayaan
Menitikberatkan nilai hormat-menghormati antara manusia, mengamalkan kepercayaan terhadap konsep ketuhanan dan mementingkan soal kesamaan taraf. Sistem kasta yang diamalkan sejak menerima pengaruh agama Hindu suatu ketika dahulu dihapuskan.
Meninggalkan kepercayaan animisme & dinamisme serta perlahan-lahan meninggalkan pengaruh yang dibawa oleh agama Hindu-Buddha.
Pengaruh Islam
Dibentuk berpandukan kepada hubungan manusia dan Allah S.W.T yang dipanggil sebagai ‘hablumminallah’dan ‘hablumminannas’ iaitu hubungan antara manusia dengan manusia.
Kepercayaan animisme dan dinanisme yang dibawa oleh pengaruh Hindu-Buddha juga ditinggalkan.
Kedatangan Islam telah memantapkan lagi pandangan semesta orang Melayu, kerana Islam melalui kitab suci Al-Quran mengandungi segala rahsia tersembunyi dalam kejadian alam semesta, bahkan juga telah mengukuhkan keyakinan, ketakwaan dan ketauhidan kepada Allah S.W.T
Islam
Kehidupan yang seimbang antara jasmani, rohani dan akal
Keadilan, kebebasan dan kesaksamaan
Menghormati maruah dan martabat manusia
Yakin kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik begitu juga sebaliknya
Konsep penghitungan dan pembalasan yang muktamad di akhirat
Kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya
Hindu Buddha
Wujud sistem feudal dalam sistem pemerintahan
Mementingkan aspek-aspek kesenian, keindahan, keromantisan, kesedihan, keagongan dan ketakjuban
Karya-karya tradisonal Melayu yang bercorak mitos dan lagenda
Membesarkan keagongan dewa-dewa
Upacara agama menjadi lebih formal dan tersusn
Animisme
Mengamalkan upacara pemujaan dan penyembahan
Mempercayai roh nenek moyang masih berada di kalangan mereka
Mempercayai setiap benda mempunyai jiwa, roh atau semangat
ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU
Pembentukan Awal
Masyarakat Melayu boleh menyesuaikan nilai luar dengan nilai tempatan
Pengaruh agama Hindu dan Buddha, Islam dan kuasa Barat
Nilai-nilai luar mempengaruhi masyarakat Melayu
Amalan bermesyuarah dalam kalangan masyarakat Melayu - masyarakat desa, masyarakat bangsawan dan raja berkuasa mutlak
Perubahan teknologi - tempat tinggal dan pertanian tetap
Kemunculan tamadun dan masyarakat Melayu berteraskan penguasaan pertanian
Mayarakat Melayu dikatakan mula bertapak sejak 5000 tahun dahulu
Empayar Melayu
- Masyarakat Melayu menghasilkan tamadun-tamadun awal di rantau Asia Tenggara melalui penguasaan teknologi Maritim.
- Kemampuan ini membezakan masyarakat Melayu daripada masyarakat lain di rantau Asia Tenggara yang lebih tertumpu ke Kawasan Pedalaman.
- Kerajaan-kerajaan Melayu awal menunjukkan :
- pengaruh HINDU-BUDDHA - monumen keagamaan seperti candi Lembah bujang , candi Borobodur di Jogjakarta dan Angkor Wat di Kemboja.
Dua empayar Melayu yang besar dan merangkumi kawasan yang luas ialah EMPAYAR FUNAN dan EMPAYAR SRIVIJAYA
- Kedua-duanya menguasai laluan perdagangan di kawasan mereka
Perdagangan
Berdasarkan bukti arkeologi, Kerajaan Melayu telah wujud seawal 2500 tahun dahulu di
- LEMBAH BUJANG
- KEDAH
- KUALA SELINSING, PERAK
Pada waktu itu, terdapat Pelabuhan-pelabuhan yang mengendalikan perdagangan jarak jauh yang melalui Selat Melaka.
Secara umumnya, perdagangan jarak jauh dikuasai oleh pemimpin sesebuah kerajaan, satu lagi petanda kewujudan susunan masyarakat KOMPLEKS.
Antara nilai dalam tamadun Melayu yang berteraskan kepada aktiviti ekonomi perdagangan ialah :
- kebolehan untuk berinteraksi dengan masyarakat luar
- bersifat terbuka
- menghormati undang-undang tempatan
- mengambil kira pandangan orang lain
KONSEP MELAYU
Alam Melayu
*Alam Melayu - merangkumi kawasan kepulauan yang merentasi seluruh Asia Tenggara sehingga sempadan Australia
Amalan MERANTAU menjadi sebahagian daripada ciri orang Melayu
- Mereka bergerak bebas dalam lingkungan kepulauan Melayu
- MELAYU DIASPORA - merantau di luar Kepulauan Melayu
- MELAYU CAPE - di Afrika Selatan
Gelaran/ Panggilan Melayu
Dalam Perkara 160, Perlembagaan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai :
- secara lazimnya berbahasa Melayu
- secara lazimnya mengamalkan adat istiadat Melayu
- beragama Islam
Pentakrifan di atas berkaitan dengan kaedah menentukan warganegara Persekutuan Tanah Melayu pada waktu penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemerdekaan. Kaum Bumiputera pula merangkumi pelbagai kumpulan etnik asal yang terdapat di Sabah dan Sarawak.
Melayu dalam Perlembagaan
- mestilah beragama Islam
-mengamalkan adat istiadat Melayu
-berbahasa Melayu
Pencapaian
Maritim
- cara memilih bahan untuk membina pengangkutan air
- membina pengangkutan di air
- mempunyai pengetahuan belayar
- mencipta pengetahuan
Pendidikan
- Di awal perkembangan tamadun, masyarakat Melayu hanya menerima pendidikan tradisional sahaja seperti kelas mengaji Al-Quran dan bahasa Arab.
- Perkembangan pendidikan ini sangat perlahan yang mana ia diusahakan oleh guru-guru agama.
- Sekitar abad ke-19, sekolah Melayu mula dibuka. Sekolah Melayu yang pertama dibuka pada tahun 1821 iaitu Sekolah Melayu Gelugor.
- Ciri-ciri utama sekolah Melayu ini ialah pelajaran Melayu disediakan selama empat tahun, mutu pelajaran terhad dan rendah tahapnya, menyediakan para pelajar menguasai "3M" iaitu membaca, menulis dan mengira.
Sains Teknologi: pertanian, alam bina, tekstil dan warna, ukuran, timbang, sukatan
- Kegemilangan sains & teknologi yang dicapai oleh orang Melayu sangat unik kerana ia mencerminkan keperluan-keperluan serta nilai-nilai kebudayaan yang ada pada orang-orang Melayu.
- Antara contoh kemajuan sains dan teknologi yang diwarisi dari orang Melayu dahulu ilah bidang pertanian seperti teknologi pembajakan dan juga sistem saliran air yang digunakan dalam proses pengairan pertanian seperti penanaman padi dan sebagainya.
- Dalam bidang teknologi alam bina juga, orang-orang Melayu ketinggalan, dimana kemahiran dapat dilihat dalam pembinaan rumah dan masjid, contohnya Rumah Kutai, Rumah Panjang, Kubah dan juga Masjid Kampong Laut yang mempunyai keunikan yang tersendiri.
Kesenian: tari/muzik/ukir dan khat/bela diri/pertukangan/tenun,sulam,anyaman/kulinari
- Seni tari : zapin, makyong dan inang
- Seni ukir dan khat: ukiran di mimbar masjid, ukiran kayu dan ukiran tembaga.
- Seni muzik : gemalan, cak lempong dan kompang
- Seni tenun, sulam dan anyaman : songket, tekat, pua kumbu/selendang dan terendak
- Seni bela diri dan persilatan : silat gayong, silat cekak, silat lincah, silat harimau
- Seni pertukangan: rumah, senjata dan perahu
- Seni kulinari: acar buah, rendang, gulai, nasi dagang, ulam, kerabu
Persuratan- Sebelum dan Selepas Islam
SEBELUM: - sastera lisan dan hikayat seperti cerita-cerita mitos, lagenda dan ungkapan melayu. Seperti: Putri Santubong dan Mahsuri serta gurindam dan syair.
SELEPAS: - sastera kitab, sastera ketatanegaraan, histografi melayu, kitab perubatan, mathematik dan astronomi. Seperti: Sharabun Asyiqin, Tajul Selatin, Ilmu Flaq.
NILAI
Bergotong-royong
Bergotong-royong ialah melakukan sesuatu pekerjaan secara bersama-sama. Ianya merupakan nilai-nilai kebudayaan Melayu yang berteraskan kepentingan kehidupan secara berkumpulan.
Bermesyuarat
Bermesyuarat adalah cara masyarakat Melayu mencapai persetujuan ramai. Orang ramai diberi peluang untuk menyuarakan pendapat mereka dan persetujuan dicapai dengan mengambil kira semua pendapat.
Sopan santun/ Berbudi bahasa
Bersopan santun dan berbudi bahasa adalah sebahagian daripada nilai-nilai tamadun Melayu yang dikaitkan dengan adab.
Masyarakat Melayu menganggap bahawa orang yang beradab sebagai halus budi pekertinya
Orang yang tidak bersopan santun dan tidak berbudi bahasa dianggap biadap dan kasar.
Bertimbang rasa
Orang melyu sentiasa mengutamakan perasaan orang lain dalam pelbagai keadaan
Sikap bertimbang rasa menjadikan orang Melayu tidak mementingkan perasaan dirinya semata-mata.
Raikan Tetamu
Salah satu nilai yang PENTING dalam masyarakat Melayu.
Mengikut ajaran Islam, Tetamu membawa rezeki kepada tuan rumah.
Oleh yang demikian, Tetamu sentiasa dialu-alukan dan diraikan dengan sebaiknya.
Saling Menghormati
- Tamadun Melayu tidak memandang rendah kepada orang lain.
- Orang Melayu saling menghormati malahan sering kali bersikap rendah diri.
- Penghormatan diberikan kepada orang lain yang turut menghormati orang Melayu.
- Orang yang tidak membalas penghormatan yang diberikan akan dipandang rendah.
Ikatan keluarga dan hubungan silaturrahim
Orang Melayu amat mementingkan ikatan kekeluargaan dan silaturrahim.
Ini dapat dilihat daripada amalan gelaran dalam keluarga seperti,
- datuk
- nenek
- along
- angah
- pakcik
- makcik
Demikian juga dalam kenduri kendara dan amalan ziarah menziarahi.
Mulia warga Tua
- Tamadun Melyu menghormati dan memberi keutamaan kepada golongan tua.
- Nilai ini berkaitan dengan pemahaman masyarakat Melayu bahawa orang lebih berusia mempunyai lebih banyak pengalaman berbanding orang muda.
- Pengalaman adalah sesuatu yang dipandang penting dalam masyarakat melayu.
Adat Resam & Pantang Larang
Masyarakat Melayu berpegang teguh terhadap adat resam sejak awal lagi. Hal ini demikian kerana adat resam memainkan peranan yang amat penting dalam masyarakat Melayu.
- Kelahiran, perkahwinan serta kematian akan diikutipantang larang Melayu .
- Adat-adat seperti adat bersunat masih dijalankan olehmasyarakat Melayu.
- Dalam agama islam adat tersebut menitikberatkan kesucian lahirdan batin. Contohnya, selepas beberapa hari kelahiran bayi perempuan, Masyarakat Melayu akan melakukan adat bersunat untuk bayi perempuan degan bantuan bidan. Manakala, bagi lelaki, adat bersunat akan dijalankan oleh Tok Mudim selepas umur 8 tahun dan selewat-lewatnya 12 tahun.
Taat pada Sultan
- Pada awal abad yang ke-15, kedatanganIslam telah menjadikan masyarakat Melayu berubah kepada ear yang baru.
- Masyarakat Melayu telah mempengaruhi oleh agama Islam dari segi kepercayaan,corak hidup dan juga pandangan semesta.
- Kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya juga telah dipercayai daripada kepercayaan kepada dewa dan animisme.
- Mereka juga menyedari bahawa Tuhan yang merupakan bergantungan kepada mereka perlu disembah serta perlu mempunyai kepercayaan yang teguh kepada Tuhan.
- Oleh itu,semasa kedatangan Islam dan ajaran Islam masyarakat Melayu mempelajari bagamana untuk merendah diri.
- Institusi beraja merupakan unsur tradisi masyarakat Melayu dan masyarakat Melayu telah berubah menjadi taat kepada Sultan dan pemimpin selepas kedatangan Islam sehingga hari ini.
- Di samping itu, dari segi sosial, masyarakat Melayu mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Masyarakat Melayu boleh dikatakan masyarakat yang penuh mematuhi peraturan dan undang-undang kerana mereka memahami tentang kedaulatan terhadap kedaulatan hukum-hukum adat.
Akidah Islam
- Islam datang ke wilayah Nusantara pada abad pertama hijrah atau antara kurun ke 7 & ke 8 masihi.
- Proses Islamisasi telah berlaku dengan pesat & antara kerajaan Islam yang berjaya dibentuk ialah seperti kerajaan Acheh, Terengganu, Melaka, Patani, Brunei, Sulu dll.
- Agama islam dikatakan telah datang ke Nusantara melalui tiga jalan utama berdasarkan kepada teori yang dikemukakan oleh para sarjana iaitu:
i. Islam datang dari Tanah Arab
- Dikemukakan oleh John Crawford dan Niemann serta de Holender dan disokong oleh Syed Mohd Naquib al-Attas, menyatakan bahawa Islam dibawa datang pada kurun ke- 7 masihi.
- Ini berdasarkan kepada bukti yang ditemui seperti wujudnya perkampungan Islam di Sumatera utara yang diberi nama “Tashih” telah ditemui pada tahun 650 M bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7 Masihi.
ii. Islam Datang Dari India
- Teori ini dikemukakan oleh Pijnappel iaitu seorang sarjana Belanda, dan disokong oleh Snouk Hurgronje & J.P Moquette.
- Berdasarkan kepada bukti yang ditemui iaitu penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh, yang bertarikh 1297 M. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut.
iii. Islam Datang Dari China
- Teori yang dikemukakan oleh sarjana Sepanyol iaitu Emanuel Godinho de Eredia berdasarkan kepada penemuan Batu-batu bersurat di sekitar wilayah Nusantara seperti batu bersurat di Champa bertarikh 1309, di Brunei bertarikh 1048 M, di Laren Jawa bertarikh 1082 M dan Batu Bersurat di Terengganu bertarikh 1303 M.
PENGENALAN
Asal Usul Bangsa Melayu
Tanah Melayu dikenali juga sebagai Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan Melyu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi.
Tamadun Melayu telah melalui beberapa fasa perkembangan sejarah:
- Fasa kedatangan serta pertapakan masyarakat yang dikenali sebagai Melayu
- Fasa orang Melayu menerima pengaruh India dalam agama dan kebudayaan
- Fasa orang Melayu menrima agama Islam
- Fasa penjajahan (British, Portugis, Jepun)
- Fasa kewujudan negara-negara merdeka