Kategorien: Alle - kesenian - kebudayaan - perpaduan

von amirul syahmi Vor 6 Jahren

523

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan bertujuan memperkaya dan meningkatkan kualiti kehidupan dari segi kemanusiaan dan kerohanian selari dengan pembangunan sosioekonomi. Ia juga bertujuan mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan serta memupuk keperibadian kebangsaan yang berkembang daripada budaya tempatan.

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Strategi

Meninggikan taraf dan mutu kesenian
Memenuhi keperluan sosiobudaya
Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan
Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya

Objektif

Subtopic
Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan
Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;

Rasional

Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar
Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini
menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Latar Belakang

menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara
perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan
memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat
meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik