Kategorien: Alle - sosial - ekonomi

von ken wei Vor 6 Jahren

482

etnik

Teori Pertukaran Sosial oleh John W. Thibaut dan Harold H. Kelly menyatakan bahawa manusia cenderung terlibat dalam aktiviti sosial untuk mendapatkan ganjaran dan meminimumkan kos. Proses ini melibatkan tolak ansur dan menghasilkan pergantungan sosial antara individu.

etnik

Kerangka Teori

Teori Pertukaran Sosial Sosial

John W. Thibaut & Harold H. Kelly Teori ini mengintegrasikan teori tingkah laku:
pembelajaran berbentuk ganjaran dan denda berdasarkan prinsip-prinsip ekonomi klasik. 1. Melihat manusia terlibat dalam aktiviti sosial bagi mendapatkan ganjaran, keuntungan dan meminimumkan kos. 2. Menunjukkan kehidupan manusia sebagai ikhtiar sosial. 3. Proses pertukaran sosial manusia memerlukan tolak ansur yang menghasilkan pergantungan sosial.

Teori Pasaran Buruh Terpisah

Edna Bonacich (1972) akibat perebutan kuasa dlm pasaran buruh
1. Buruh dipisahkan dgn garis etnik 2. tiga kelas utama i. peniaga nak buruh murah ii. Buruh yang dibayar gaji tinggi disaingi dgn buruh murah iii. Buruh murah dikuasai oleh peniaga

Teori Kelas

Oliver Cox (1948) dengan merujuk masalah kelas dan kasta di Amerika. Merupakan 3 usul:
1. Kapitalis mengaut keuntungan dan meletakkan buruh kelas bawahan 2. Mendukung ketidaksamarataan iaitu kulit putih dan hitam 3. Wujud ras kr menguntungkan kapitalis

Teori Freudian

Dollard (1937) yang mengaplikasikan teori ini. Teori ini merujuk kepada konsep prejudis sebagai satu sikap untuk mempertahankan hak orang kulit putih.
Kehidupan social mengakibatkan lahir pelbagai kekecewaan psikologidalam diri individu. Kekecewaan itu dikurangkan dengan melepaskan geram dan kekerasan kepada kumpulan sasaran tertentu. Bagi orang kulit putih , kehitaman dikaitkan dgn ketakutan dan keinginan yg terpendam. Semakin lemah sesebuah kumpulan minority adalah semakin sesuai kelompok ini dijadikan sasaran. Di mana sahaja kekerasan secara berterusan diluahkan, ianya akan diikuti oleh kekerasan melimpah hingga menambahkan lagi elemen irasional kpd tindakan rasional pada peringkat awal lagi.

Teori Pilihan Rasional

Teori ini dipopularkan antara lain oleh Thomas Sowell (1975), Thomas Schelling (1978), Michael Banton (1983) dan Mansor Mohd. Noor (2000). Teori Pilihan Rasional yang menjurus kepada realiti sosial dengan cara melihat pilihan tingkah laku manusia di peringkat individu dan kumpulan.
• individu mempunyai matlamat dan kecenderungan yang berbeza dan bertindak untuk memaksimumkan ganjaran material dan kedudukan sosial. • Manakala tingkah laku individu merupakan fungsi sentimen peribadi dan kepercayaan terhadap kelompok sebayanya. • Apabila individu membuat satu pilihan untuk bertindak, tindakan pilihan yang lain akan tertutup. • Seterusnya, semasa individu bertindak ke atas pilihan tingkah laku yang dibuat, individu berkenaan akan mewujudkan ikatan sosial yang lebih erat dengan individu lain yang terlibat hingga terbina ikatan sosial di antara individu. • Namun, apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai dimensi kumpulan sosial yang wujud dalam masyarakat, dia akan berpaling kepada soal-soal keagamaan dan ketuhanan

Teori Fungsionalisme

Teori ini pernah dirujuk oleh Talcott Parsons (1975), W.Lloyd Warner(1945), Kingsley Davis(1948) dan Gunnar Myrdal(1944). Teori ini membayangkan individu bertindak secara intensif dan dikawal oleh hokum dan denda.
Individu mengejar kepentingannya tetapi masyarakat mengikut kepentingan ini dalam pola yg sama sebab wujudnya pembahagian buruh dan individu juga berkongsi nilai bersama yang memakmurkan dan mensejahterakan masyarakat.

Teori ekologi

Diperkenalkan oleh Robert E.Park (1950) . Menurut Park, manusia mewarisi 2 perkara 1. Mewarisi pusaka biological yang dipindahkan melalui perkahwinan. 2. Sebagai ahli kumpulan social, manusia memindahkannya melalui komunikasi warisan social kumpulannya. Teori Park dirumuskan kepada 4 asal-usul:
1. Penghijrahan membawa bersama dalam perhubungan yg tidak sama rata, manusia yang memiliki fenotaip yang berbeza. 2. Dalam perhubungan persaingan, individu-individu sedar ciri-ciri status yang membezakan mereka. 3. Manusia yg berstatus tinggi tidak mahu bersaing atas dasar sama rata dengan mereka yang memiliki status rendah; kumpulan yang kemudian ini dianggap memiliki kategori semulajadi tersendiri dan dengan itu layak berada di tempat yang lain dalam pembahagian buruh. 4. Prejudis ialah luahan kesedaran kumpulan oleh kelompok manusia yang istemewa, yang mempertahankan kepentingan mereka dan memperkukuh struktur kategori itu.

Teori Masyarakat majmuk

J. S Furnivall (1948) dan M. G. Smith (1965) yang menggunakan konsep masyarakat majmuk untuk mengenal pasti masyarakat di Asia Tenggara di mana wujud satu rantai manusia seperti orang Eropah, Cina, India dan pelbagai kumpulan anak tempatan.
Masyarakat majmuk itu didefinisikan sebagai mereka bergaul tetapi tidak bergabung. • Setiap kumpulan berpegang dengan agama masing-masing, kebudayaan, bahasa, idea dan cara hidupnya sendiri. Sebagai individu mereka bertemu, tetapi hanya di pasar iaitu semasa membeli dan menjual. • Wujud satu masyarakat plural di mana pelbagai bahagian komuniti hidup sebelah menyebelah, tetapi berasingan dalam unit politik yang sama. Manakala dalam bidang ekonomi berlaku pembahagian buruh mengikut garisan ras

Loe Kuper (1974-1977) mengkritik teori struktur fungtionalisme dan Marxisme kerana tidak menjelaskan teori masyarakat yang dipisahkan oleh etnik dan ras. • Usul: 1. Masyrakat dibezakan dgn fenotaip, ekonomi dan politik 2. konflik berlaku disebabkan garis pemisah ras, bukan kelas 3. ras ditentukan oleh sejarah