Categorías: Todo - makanan

por nuradilah ibrahim hace 11 años

1336

halal

Dalam ajaran Islam, konsep halal dan haram memainkan peranan penting dalam menentukan apa yang boleh dan tidak boleh dimakan atau digunakan oleh umatnya. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan telah mengeluarkan beberapa garis panduan untuk membantu umat Islam membuat keputusan yang tepat.

halal

KONSEP HALAL DAN HARAM DALAM ISLAM

HALAL DAN HARAM MENGIKUT SYARAK

Contoh Aplikasi Istihalah Semasa
v. Barangan, makanan dan minuman yang diproses melalui kaedah bioteknologi menggunakan DNA babi adalah bercanggah dengan syarak dan hukumnya haram (Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Julai 1999).
iv. Makanan yang diproses daripada bahan-bahan yang bercampur dengan najis seperti darah lembu, darah babi dan lain-lain adalah harus dan halal dimakan (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan Ke2 Mei 1981).
iii. Baja yang diperbuat dari tahi babi adalah najis mughallazah tetapi penggunaannya sebagai baja adalah harus serta makruh. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan Ke2 Mei 1981)
ii. Penggunaan gelatin dalam ubat adalah diharuskan kerana darurat. Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat dari cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidak lagi harus (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan Ke 8, September 1984)
i. Hukum menyuntik insulin daripada najis mughallazah (babi) bagi tujuan perubatan pesakit kencing manis adalah harus kerana darurat. Begitu juga mereka yang melakukan suntikan (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan Ke 6, Oktober 1983)
vi. Insulin yang diambil dari khinzir adalah harus digunakan bagi mengubati penyakit kencing manis kerana darurat.
v.Bahan makanan yang mengandungi lemak khinzir sebagai ingredientnya dengan tidak berubah zatnya seperti yang terdapat pada sesetengah keju, minyak, mentega, dadih, biskut, coklat dan aiskrim adalah haram dimakan.
iv. Alat-alat solek yang mengandungi lemak khinzir tidak boleh digunakan, kecuali jika telah pasti berlaku proses istihalah dan telah berlaku pertukaran ain atau zatnya.
iii.Keju yang dihasilkan daripada rennet yang didapati daripada bangkai haiwan yang halal dimakan adalah suci dan halal dimakan.
ii. Sabun yng dibuat melalui proses istihalah dari lemak khinzir ataupun bangkai binatang adalah suci dan harus digunakan.
i.Gelatin yang terbentuk daripada proses istihalah daripada tulang binatang najis, kulit dan uratnya adalah bersih dan halal dimakan.
KOSMETIK DAN FARMASEUTIKAL/PERUBATAN
Penilaian

Jika dilihat kepada produk-produk yang dihasilkan tersebut, ia kelihatan secara zahirnya tidak lagi mempunyai sifat-sifat atau unsur babi. Bahan- bahan dari babi seperti gelatin, lemak, darah, tulang dan organ-organ lain telah melalui pelbagai proses secara chemical dan menghasilkan bahan yang pada mata kasar manusia tidak lagi mempunyai sifat najis babi berkenaan. Apabila dicampurkan dalam bahan makanan atau ubat-ubatan untuk tujuan aditif, pengawetan dan seumpamanya maka ia telah bercampur dengan bahan lain yang lebih dominan dan ia tidak lagi menjadi satu bahan yang kelihatan najis pada zahirnya.

Aplikasi Konsep Istihalah Dalam Barangan Berunsurkan Babi Masa Kini

Dunia pada hari ini menyaksikan bahawa industri makanan, ubat-ubatan dan barangan kegunaan harian telah banyak dicampur dengan bahan-bahan haram khususnya bahan dari khinzir. Disebutkan bahawa babi adalah haiwan yang paling banyak kegunaannya dalam industri pemakanan, ubatan dan bahan kegunaan harian termasuk alat kosmetik dan toiletries. Setiap inci dari tubuh khinzir itu digunakan oleh pihak-pihak berkenaan sepenuhnya. Bahan bahan seperti aditif dan emulsifier yang dalam makanan, insulin dan gel kapsul dalam ubat-ubatan banyak diambil dari sumber babi, begitu juga dalam GM Food di mana banyak DNA babi dimasukkan dalam tumbuhan dan seumpamanya untuk tujuan penambahbaikan. Penggunaan bahan berunsurkan babi seperti ini menimbulkan isu hukum yang perlu dihuraikan dan dijawab oleh ulamak semasa.

PENYELIDIKAN TERHADAP PRODUK-PRODUK:

FARMASEUTIKAL/PERUBATAN
KRITERIA PEMILIHAN UBAT-UBATAN

Cara Kenalpasti Ubat Tiruan

Semua ubat-ubat yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia akan diberi nombor pendaftaran yang perlu dipamerkan pada kotak atau bungkusan ubat. Ubat Berdaftar dikategorikan mengikut jenis ubat iaitu kategori A untuk Ubat Terkawal yang mengandungi racun berjadual, kategori X untuk Ubat Am tanpa racun berjadual dan kategori T untukUbat-ubatan Tradisional. Nombor Pendaftaran ialah huruf MAL dan diikuti dengan lapan digit nombor serta huruf A, X atau T yang mewakili kategori ubat.

Contoh nombor pendaftaran ialah MAL12345678A.

Ubat-ubatan Counterfeit ini boleh mengancam kesihatan pengguna kerana kandungannya mungkin berbahaya ataupun mengandungi bahan aktif yang rendah yang akan menyebabkan masalah kegagalan rawatan dan juga boleh membawa maut.

Ubat tiruan, palsu ataupun ‘Counterfeit’ merupakan ubat-ubatan yang dihasilkan dengan tujuan untuk menipu pengguna dengan menggunakan identiti dan label yang palsu ataupun meniru ubat-ubatan yang asli. Ubat Counterfeit termasuklah ubat-ubatan berjenama dan juga ubat generik sama ada mengandungi bahan aktif yang betul ataupun bahan aktif yang tidak betul, tanpa bahan aktif, bahan aktif yang tidak mencukupi ataupun pembungkusannya yang tidak betul.

4) Sebahagian dari barangan yang kebanyakannya mengandungi bahan-bahan yang diragui: agar-agar (jeli), MSG (monosodium glutamate), berus (daripada bulu haiwan), sabun mandi, minyak wangi berjenama (mungkin mengandungi lemak babi), pewangi makanan (esen vanilla), keju, hamburger, sosej, fishball fishcake, kek, roti, bahan-bahan kosmetik, makanan GMO, aiskrim, pinggan mangkuk Bone China, ubat gigi, syampu, daging (cara sembelihannya), satay, makanan binatang ternakan, ubat-ubatan, makanan segera dalam tin, barangan kulit dan lain-lain.

3) Mengetahui kod-kod makanan seperti E100, E131, E422. E bermaksud Europe (Eropah), yang bermaksud penggunaan bahan nombor E tersebut diluluskan penggunaannya di negara Kesatuan Eropah dan kini nombor E digunakan serata dunia termasuk Malaysia. Ada juga bahan-bahan yang bernombor tiada awalan E. Banyak nombor-nombor E yang diragui kehalalannya. Bagaimanapun, makanan mengandungi bahan nombor E yang telah mendapat sijil Halal JAKIM yang sah adalah dijamin Halal.

2) Mengetahui istilah-istilah bahan kandungan makanan, contoh: "vegetable fat" (lemak sayuran) istilah ini ditulis apabila kandungan lemak sayuran lebih banyak dari "animal fat" (lemak binatang). "Lard" (lemak babi), "Bristle" (bulu binatang), "Alcohol" (Arak), "Pork" (daging babi), "Hog" (babi hutan), "Pig" (babi), "GMO Food" (Genetically Modified Organism: Organisma yang diubahsuai secara genetik) dan lain-lain yang kebanyakannya dari Bahasa Inggeris.

1) Barangan menjadi haram dan tidak selamat apabila bersumberkan babi, anjing, binatang yang tidak boleh dimakan, binatang yang tidak disembelih mengikut syara', tercemar kotor, arak, bahan kimia, racun, najis binatang dan sebagainya.

UBAT DARIPADA TANDUK BINATANG

Juz-juz binatang kecuali ikan dan belalang yang bercerai padanya samada binatang-binatang itu halal dimakan ataupun haram samada hidup ataupun mati tanpa sembelihan yang sah adalah najis kecuali rambut dan bulu yang bercerai dari binatang yang halal yang hidup atau yang mati dengan sembelihan yang sah maka ia adalah bersih. Tanduk rusa yang diceraikan dari rusa yang hidup atau yang mati adalah najis kecuali mati dengan kerana sembelihan yang sah pada syara’ maka ia adalah bersih yang bersih harus dimasukkan ke dalam ramuan ubat-ubatan dan yang najis haram dimasukkan ke dalam ramuan ubat-ubatan.

UBAT-UBATAN BERCAMPUR GELATIN ATAU ALKOHOL

Gelatin

Hukum gelatin

Persoalan asas di sini ialah jika gelatin itu berasal daripada binatang, bukan sayur-sayuran, maka hukumnya tertakluk kepada kedudukan binatang itu. Apabila binatang itu binatang halal yang disembelih mengikut cara sembelihan Islam, maka gelatin itu adalah halal dan suci, tetapi apabila binatang itu bukan binatang halal, seperti khinzîr, ataupun ia binatang halal tetapi tidak disembelih mengikut cara sembelihan Islam, maka gelatin itu haram dan najis.

Gelatin merupakan satu jenis bahan yang diperolehi (dengan mendidih dalam air) dari hidrolisis separa kelogen terbitan daripada kondrum, tulang, tendon dan kulit binatang. Walaupun gelatin satu protein yang berasal daripada binatang, namun bahan ini mempunyai nilai biologi yang rendah. Gelatin digunakan secara meluas dalam industri makanan dan merupakan salah satu bahan asasnya. Di antara makanan berkenaan ialah jeli. Gelatin juga digunakan untuk membuat manis-manisan, agar-agar dan ais krim.

Alkohol

Hukum Alkohol

Imam-imam mazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafi‘e dan Hanbali) sepakat mengatakan bahawa alkohol yang bersumber daripada arak adalah najis dengan mengqiyaskannya kepada arak, kerana kesamaan ‘illah atau sebab, iaitu sama-sama memabukkan.

Alkohol merupakan bahan cecair tanpa warna yang dihasilkan menerusi dua cara pemerosesan. Pertama menerusi fermentation (penapaian), iaitu proses khas untuk menghasilkan arak, dan kedua menerusi bahan kimia, iaitu suatu proses bagi menghasilkan alkohol daripada petroleum.Hasil pemerosesan ini dikenali juga sebagai etanol atau etil alkohol. Dalam bidang perubatan, alkohol digunakan sebagai antiseptik dan sebagai pelarut. Metanol yang dikenali sebagai alkohol metil atau alkohol kayu ialah satu bahan yang sangat beracun. (Malaysiana: 1/277)

KOSMETIK
"KOSMETIK" ditakrifkan sebagai bahan atau persediaan untuk digunakan pada bahagian luaran tubuh badan manusia seperti kulit, rambut, kuku, bibir, gigi dan ronga mulut untuk tujuan membersih, mewangi, mencantikkan kulit wajah, menghilangkan bau badan, melindungi atau menjaga diri agar sentiasa dalam keadaan yang baik dan cantik.

Bersembahyang memakai minyak wangi beralkohol

Dalam melakukan solat, kita disyaratkan supaya memastikan kebersihan tubuh badan, pakaian dan tempat sembahyang daripada najis. Kewujudan najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat sembahyang akan menyebabkan sembahyang itu tidak sah. Untuk mengetahui sama ada minyak wangi yang bercampur alkohol itu najis atau tidak adalah tertakluk kepada bagaimana pembuatannya, baik dari segi minyaknya mahupun alkoholnya. Jika ia bersumber binatang yang najis atau alkohol yang bersumberkan arak, maka minyak wangi tersebut akan menyebabkan si pemakai tidak sah dalam solatnya.

Alkohol merupakan nama yang digunakan dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi(-OH) dan mempunyai dua jenis alkohol yang baik iaitu alkohol kayu(methanol) dan alkohol biji-bijian(ethanol). Kedua jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur(R-OH).

Men’dye’ atau menginai rambut

Terdapat beberapa hukum mengenai mewarna rambut

• Haram

Mewarna rambut dengan warna hitam. Mewarna rambut sehinnga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan islam.

• Makruh

Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya

• Harus

Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad Mewarna rambut bagi si isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami

• Sunat

Mewarnakan uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.

Men’dye’ atau menginai rambut adalah dua benda yang berbeza. Men’dye’ rambut boleh mengahalang air untuk smpai ke kulit rambut. Ini menyebabkan air wudhu atau hadas besar tidak terangkat, berlainan dengan inai.

Pewarna Rambut

Berbeza halnya, jika pewarna rambut itu idak melekat diatas rambut seperti ia sifatnya meresap sepertimana meresapnya inaipada jari dan kuku. Ini tiada menghalang air daripada sampai ke bahagian yang wajib di basuh. Selain daripada itu, kesan pemakaiannya yang boleh menyebabkan tidak sah ibadat yang dialkukan sekiranya ibadat tersebut disyaratkan melakukannya dalam keadaan thaharah, adalah penting untuk kita menilai sejauh manakah pandangan syara’ tentang hukum mewarnakan rambut. Mewarna rambut tidak boleh sewenanag-wenangnya dengan alasan bahawa pewarna yang digunakan itu adalah halal dan suci.

Dari itu sekiranya pewarna rambut itu sifatnya melekat atau melapis rambut, sekalipun ianya suci maka ia sudah pasti menghalang air untuk sampai ke rambut. Jika ini terjadi, maka menjadi junub umpamanya dalam keadaan rambut diwarnakan dengan bahan tersebut adalah tidak sah dan ini akan menyebabkan ibadahnya seperti sembahyang tidak sah kerana hadasanya tida terangkat.

Bahan di dalam Pewarna Rambut Secara amnya ia terdiri daripada sumber tumbuhan seperti inai, atau terbitan sintetik seperti arang tar atau petroleum. Walaubagaimanapun pemilihan pewarna rambut perlu dibuat dengan berhati-hati kerana terdapat pewarna rambut yang mengandungi bahan yang memudaratkan pengguna.

Mineral Oil

Paraben

Lanolin

Glycerin

Collagen

Alphahydroxy Acids atau AHA

Apakah itu perwarna rambut? • Pewarna rambut digunakan untuk menukarkan warna rambut. • Pewarna rambut boleh dibuat daripada bahan semulajadi atau terbitan sintetik.

PENDAHULUAN

KONSEP ISTIHALAH
Istihalah dari segi ulama’ Islam

Subtopic

Kaedah istihalah

percampuran yang berlaku antara bahan suci dalam kuantiti yang banyak dengan bahan najis yang sedikit itu terurai dan hancur di dalam bahan yang suci tanpa wujudnya lagi dan sifat asalnya.

perubahan sifat atau zat bagi sesuatu bahan yang boleh menyebabkan perubahan hukumnya yang asal

BAHASA ARAB

Istihala, yastahilu, istihalah

berubah sifat sesuatu dan tabiatnya dari satu keadaan kepada keadaan yang lain.

1.1 PENGENALAN

1.1.1 HALAL DAN HARAM MENGIKUT SYARAK
HARAM
HALAL