por maisarah azahari hace 5 años
491
Ver más
Perlawanan panas yang melelahkan buat skuad Malaysia apabila dipaksa untuk menaiki Barracuda atas faktor keselamatan selepas berjaya membenam skuad tuan rumah Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.
Perlawanan Indonesia dan Malaysia tidak asing lagi buat para peminat apabila sejarah pernah mencatatkan betapa bencinya penyokong Garuda apabila mereka tewas di tangan jiran tetangga, Malaysia. Pentas akhir Piala AFF 2010 pernah mencatatkan cerita yang sama, begitu juga dengan aksi Sukan SEA 2010.
Keghairahan penyokong tuan rumah bermula dua jam sebelum sepak mula apabila mereka menyambut skuad Malaysia dengan laungan ‘Malaysia itu a*****’. Ditambah pula dengan aksi balingan batu dan botol ketika penyokong Harimau Malaya hadir untuk menikmati kepanasan suasana Gelora Bung Karno.
Suasana yang sebelum ini dikatakan ‘aman’ oleh pihak Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) hanyalah dongeng kosong yang membawa kepada tercetusnya beberapa insiden yang kurang enak. Beberapa kata makian dan balingan objek merbahaya menghujani skuad negara ketika perlawanan dimainkan.
PUTRAJAYA: Masalah gangguan sistem dialami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak Rabu lalu disebabkan kegagalan rangkaian.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Raja Azmi Raja Nazuddin, berkata, sebagai langkah penyelesaian, MAHB sudah menggantikan perkakasan rangkaian berkenaan yang ketika ini sedang diuji dan dipantau kestabilannya.
“Sejak penggantian perkakasan rangkaian berkenaan, MAHB melihat perkembangan positif dalam kestabilan rangkaian berkenaan.
“Hampir kesemua sistem kritikal di Terminal Utama KLIA kini sudah beroperasi seperti sedia kala, tetapi kami tetap mengambil langkah berjaga-jaga kerana masih terdapat beberapa isu yang belum diselesaikan sepenuhnya.
“Terminal Utama KLIA masih berhadapan beberapa kelewatan, tetapi keadaan itu semakin baik hasil pendekatan yang sudah diambil,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
Raja Azmi berkata, penghargaan harus diberikan kepada keseluruhan petugas lapangan terbang atas kebersamaan dalam menghadapi cabaran ini.
“Kita tidak pernah melihat kerjasama yang cukup baik antara syarikat penerbangan yang saling bantu membantu supaya operasi penerbangan terus berjalan.
“Pada masa sama sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), secara umumnya tidak terjejas buat masa ini,” katanya.
Beliau berkata, ketika tumpuan MAHB adalah untuk memastikan sistem kembali berjalan lancar, bantuan kepada syarikat penerbangan dan penumpang juga tidak diketepikan.
“Ada penerbangan yang tertunda dan juga dibatalkan, tetapi kami menguruskan perkara ini dengan memanfaatkan kesemua 38 ruang pesawat (bay), selain menyediakan menyediakan bas tambahan dan perkhidmatan pengurusan di lapangan untuk memudahkan pergerakan penumpang ke pesawat yang diletakkan jauh dari terminal utama,” katanya.
Raja Azmi berkata, dalam pada itu lapangan terbang lain di seluruh negara juga akan terus melanjutkan waktu operasi mereka sekiranya terdapat penerbangan berlepas dari Kuala Lumpur.
“Kami sudah menyediakan sebanyak 1,000 kakitangan tambahan untuk membantu penumpang serta perjalanan bagasi.
“Selain itu kami juga bekerjasama dengan syarikat penerbangan bagi memastikan bagasi penumpang dihantar kepada pemilik yang sah. Tenaga tambahan akan terus diperlukan sehingga keadaan kembali normal,” katanya.
Tambahnya, beliau sangat menghargai kesabaran orang ramai terhadap isu yang dialami di KLIA dan amat menyesal atas kesulitan yang berlaku.
“Walaupun keadaan semakin baik, untuk beberapa hari akan datang kami akan menggesa penumpang untuk tiba di terminal sekurang-kurangnya empat jam sebelum berlepas.
“Penumpang juga digalakkan untuk terus menggunakan aplikasi mudah alih atau laman web penerbangan masing-masing untuk tujuan mendaftar masuk bagi mengelakkan mereka beratur panjang di lapangan terbang,” katanya.
Semalam, BH melaporkan masalah teknikal itu berpunca dari pelayan komputer KLIA hingga menyebabkan kemudahan WiFi, paparan maklumat penerbangan balai perlepasan serta kaunter daftar masuk bagasi terganggu.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2019 sekali lagi telah membincangkan isu pengenalan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid sekolah rendah Tahun 4 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SJK) mulai tahun 2020.
Dalam perbincangan terkini, Jemaah Menteri telah membuat keputusan mengekalkan keputusan Jemaah Menteri pada minggu lalu supaya pengenalan tulisan Jawi ini diteruskan, tetapi dilaksanakan hanya jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa dan murid Sekolah Jenis Kebangsaan. Sekolah Kebangsaan akan teruskan seperti biasa.
Jemaah Menteri turut mengekalkan keputusan untuk pengenalan tulisan Jawi ini dimuatkan sebanyak tiga muka surat di dalam buku teks.
Jemaah Menteri juga secara sepakat mengekalkan keputusan agar pengenalan tulisan Jawi ini tidak dinilai dalam apa-apa ujian atau peperiksaan.
Mesyuarat Jemaah Menteri turut menetapkan supaya tulisan Jawi ini dikekalkan dengan nama pengenalan tulisan Jawi dan bukannya khat, dan hanya diperkenalkan secara pilihan pada peringkat asas sahaja kepada murid Tahun 4 mulai tahun 2020, murid Tahun 5 pada tahun 2021 dan murid Tahun 6 pada tahun 2022 di Sekolah Jenis Kebangsaan.
KPM berharap melalui keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Jemaah Menteri ini, isu pengenalan tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan tidak lagi dibangkitkan secara tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan ramai.
KPM dari semasa ke semasa akan terus mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak demi kebaikan dan manfaat sistem pendidikan negara.
Kementerian Pendidikan Malaysia
-UTUSAN ONLINE-
Nama Ahli Kumpulan:
1MDB merupakan syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia yang dibangunkan ketika era
.
Pada permulaannya, 1MDB dikenali sebagai Terengganu Investment Fraud kemudian dijenamakan semula sebagai 1Malaysia Development Berhad.
Beribu pejabat di Menara IMC, No 8 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai suatu langkah inisiatif strategik pembangunan ekonomi negara Malaysia untuk jangka masa panjang, dengan mendapatkan kerjasama dan menggalakkan pelaburan asing (FDI).
Antara projek mega di bawah syarikat ini ialah Tun Razak Exchange.
1MDB telah dipalit dengan pelbagai kontroversi yang memberikan imej negatif kepada Malaysia khususnya kepada Perdana Menterinya, Datuk Seri Najib Razak.
Kontroversi tersebut juga antara penyebab kekalahan besar Barisan Nasional ketika
yang lalu sehingga menyaksikan selepas 60 tahun memerintah kini Putrajaya diambil alih oleh
.
FEIJO: Ketika ribuan titik panas kebakaran di hutan hujan Amazon masih tidak terpadam sepenuhnya, beberapa puak pribumi beralih kepada upacara spiritual sebagai ikhtiar mengehntikan kemusnahan dan melindungi persekitaran mereka untuk generasi seterusnya.
Reuters melaporkan, di kampung Feijo di barat Brazil yang berdekatan dengan sempadan Peru, puak pribumi Shanenawa pada Ahad telah melakukan ritual khas untuk mencari keharmonian antara manusia dan alam.
Dengan wajah yang diceloreng warna, mereka menari dalam formasi bulatan dan berdoa agar kebakaran itu terhenti.
“Kami mahu kedamaian, kasih sayang, keharmonian dan pendidikan untuk menghentikan serangan api di amazon ini,” ujar ketua Shanenawa, Tekaheyne Shanenawa, yang turut menari dalam upacara itu.
Ribuan kes kebakaran telah direkodkan di hutan hujan terbesar dunia itu sejak musim kering tahun ini bermula, malah yang tertinggi dalam tempoh sedekad.
Dalam tempoh yang sama, Presiden Brazil Jair Bolsonaro menegakkan pendiriannya bahawa hutan itu perlu diteroka untuk tujuan pembangunan, walaupun merampas hak tanah penduduk pribumi.
"Jika kebakaran ini berterusan, dalam tempoh 50 tahun, tiada lagi hutan.
“Kita akan rasa tidak selamat dengan apa yang kita ada, dalam budaya kita, bahasa kita, lagu kita. Kita tanpa hutan, kita tidak dapat bertani, kita tidak dapat makan dan tanah ini tidak lagi boleh didiami," kata seorang lagi pemimpin Shanenawa, Bainawa Inu Bake Huni Kuin.
Kebanyakan hamparan Amazon berada dalam negara Brazil, sementara selebihnya di Colombia dan Peru, yang juga diancam kebakaran. Puak Shanenawa berjumlah 720 orang dan tinggal di kawasan tanah seluas 23,000 hektar.
Sehingga kini, kritikan semakin kuat ditujukan kepada pentadbiran Bolsonaro, yang telahpun mengakui bahawa mereka tidak mempunyai sumber yang cukup dan cekap untuk menangani bencana itu.
Kebanyakan daripada punca kebakaran itu dipercayai dimulakan oleh peladang soya dan penternak lembu.
"Ritual dia kami adalah demi planet Bumi, untuk memastikan ia terus sihat dan selamat.
“Kami berdoa untuk Ibu Air, Bapa Matahari, Ibu Hutan dan Ibu Bumi, yang kini cedera parah,” ujar Bainawa.