isu-isu pilhanraya 2014 (PRU 2014)

Kesan kos sara hidup

KESAN kos sara hidup yang meningkat dan dirasai penduduk di dalam dan luar bandar Malaysia dijangka menjadi isu hangat semasa tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bulan depan, kata beberapa pakar ekonomi dan pemerhati politik.

Isu-isu yang bakal menjadi perhatian semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Malaysia kini kian ketara, dengan isu kos sara hidup dijangka menjadi isu hangat. Kurang 10 hari sebelum Hari Penamaan Calon pada 28 April ini, dua pakar ekonomi dan pemerhati politik berkongsi pandangan mereka dengan BERITA HARIAN.

ISU PENGUNDI TERPAKSA BERATUR PANJANG

Keadaan ini berlaku ekoran pengundi keluar serentak dalam satu masa. Situasi ini dipercayai berlaku ekoran pengundi terpengaruh dengan mesej tular sebelum ini yang mengesa pengundi keluar awal supaya tidak ada orang lain mengundi menggunakan nama mereka.

SPR telah memaklumkan sebelum ini supaya pengundi merancang dan keluar mengundi secara berperingkat supaya tidak berlaku kesesakan dan terpaksa beratur panjang.

Difahamkan ada kes penghuni meninggal dunia namun ia adalah kejadian di luar jangka dan SPR telah mengambil tindakan sewajarnya. Saya bagi pihak SPR juga merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa serta telah meminta SPR Negeri untuk mengambil langkah sewajarnya.

ISU UNDI POS TIDAK SAMPAI

SPR akan menyiasat perkara ini di mana masalah atau puncanya berlaku kelewatan penghantaran yang menyebabkan ada pengundi tidak menerima kertas undi mereka atau lewat diterima.

Pusat mengundi tutup awal

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa penutupan awal 23 pusat mengundi daripada 29 pusat mengundi sebelum jam 4 petang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands esok bukanlah isu besar kerana ia sudah dilaksanakan pada pilihan raya sebelum ini.

Ia memang begitu dan keadaan sama juga pada PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14) di mana semua pusat berkenaan ditutup awal kerana jarak pusat dengan pusat penjumlahan undi yang terletak jauh.

“Pada PRU lalu semua (pusat mengundi berkenaan) juga tutup awal dan tidak pernah jadi isu, saya pun tak faham kenapa jadi isu (sekarang ini),” katanya.