Keterampilan Diri
DEFINISI
Gaya dan cara seseorang individu memperlihatkan dirinya dalam pelbagai suasana
seseorang yang menjaga diri secara keseluruhan dari hujung rambut ke hujung kaki dari segi gaya atau postur, cara berpakaian dan menjaga kebersihan
CARA BERPAIAKAN
LELAKI
Sut bewarna gelap dan dipadankan dengan kemeja lengan [anjang berwarna cerah
sarung kaki hitam dan kasut hitam yang bersih dan berkilat
gaya rambut yang kemas dan menarik
memiliki janggut yang kemas dan menarik
pakai tali leher
PEREMPUAN
Sut berwarna gelap dan dipadankan dengan blaus brwarna cerah
blaus yang sesuai dengan blazer
seluar atau skirt tidak ketat dan terlalu longgar / lebih lutut dan tutup paha jika duduk
kasut berwarna hitam atau biru tua yang diperbuat daripada kulit atau fabrik
gaya tudung atau rambut yang kemas dan menarik
solekn dan pewangi yang sederhana
memakai aksesori diri atau barang kemas
TEKNIK MENGHIAS MUKA
WANITA
bersihkan muka dengan air bersih dan bahan pembersih muka
gunakan bedak serbuk atau bedak padat
lukiskan kening mengikut bentuk muka dengan kemas
sapukan pembayang mata di kelopak sebelah atas dan bawah bahagian mata menggunakan warna semula jadi
lukiskan celak berwarna gelap di bahagian bawah mata
sapukan maskara untuk menaikkan seri mata
sapukan pemerah pipi di atas tulang pipi mengikut kesesuaian warna kulit
sapukan gincu dan glos jika perlu
LELAKI
bersihkan muka
kumis dan janggut perlu dicukur atau dirapikan
sapu sedikit bedak serbuk untuk menghilangkan kesan minyak pada muka
KESESUAIAN PAKAWAIAN
WANITA
elak daripada pakai kain yang berkilau pada siang hari
elak daripada pakai satu warna
elak melebihi 4 warna pada satu masa
pilihan warna kain berasaskan warna kulit dan bentuk badan
elak terikut-ikut fesyen yang tidak sesuai
guna kain jenis lembut dan serap peluh tetapi tidak jarang
gunakan alat solek secara sederhana
rambut hendaklah tersisir rapi
semua bahagian rambut tertutup dengan diikat kemas jika memakai tudung
guna sarung kaki
hiasan hendaklah sederhana, elak pakai terlalu banyak hiasan, tali pinggang jenis julit, PVC, kain atau besi yang sesuai
beg tangan sesuai mengikut keadaan
kasut bertutup hadapan atau penuh
minyak wangi yang lembut
LELAKI
elak pakai baju lengan pendek
semat semua butang baju
jangan lpat bahagian lengan kemeja
pakai tali leher
hujung tali leher sampai ke bahagian kepala tali pinggang
sesuai warna tali leher dengan baju
tali leher berjalur sesuai dengan baju
elak pakai pakaian berjalur keseluruhan
sesuaikan warna stokin dengan seluar
kasut bersih dan berkilat
KRITERIA PENAMPILAN DIRI
kebersihan diri
cara berpakaian
rupa diri
gaya (posture)
gerak isyarat (gesture)
sikap yang positif
emosi yang stabil
RUPA DIRI
RAMBUT
rambut sesuai denan raut muka, kemas dan mudah digayakan
ini akan memberikan keselesaan kepada pekerja pelancongan semasa berinteraksi dengan pelancong
pelajari teknik mendandan dan merapi agar kelihatan menarik dan sesuai dengan penampilan diri.
MUKA
penampilan paras rupa yang sihat, cantik dan ceria dapat meningkatkan keyakinan diri
bersolek atau berdandan sederhana dapat menonjolkan penampilan diri seseorang semasa melakukan tugas
pastikan muka sentiasa kelihatan sihat, cantik dan ceria
KULIT
kulit yang bersih dan segar dapat meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugas
contoh bagi memastikan kulit sentiasa bersih dan segar adalah
bersihkan muka setiap hari terutama sebelum tidur dengan air bersih
gunakan bedak asas bagi wanita
dapatkan rawatan jika menghadapi masalah penyakit kulit
GIGI
senyuman yang menarik dengan gigi yang putih bersih memberikan kelebihan kepada penampilan diri.
panduan yang harus diamalkan bagi memastikan gigi sentiah bersih, cantik dan bau nafas yang segar seperti berikut
lakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya 6 bulan
berus gigi dua kali sehari
gunakan flos untuk membuang plak makanan yang tidak dapat dibuang dengan berus gigi
KEPENTINGAN MENGAMALKAN PENAMPILAN DIRI YANG CANTIK DAN KEMAS
memberi kesan positif
meningkatkan keyakinan diri
membawa kepada kesihatan emosi dan fizikal