PRU 14 FAKTOR KERAJAAN BERTUKAR

PENGENALAN

r

Menurut Arkib Negara Malaysia pilihanraya terawal di Malaysia di adakan pada tahun 1951 iaitu di Pulau Pinang (Pilihanraya Bandaran). Pilihanraya bandaran ini khususnya bagi mengenalkan kepada masyarakat tentang pilihanraya. Secara umumnya Pilihanraya Umum Persekutuan yang kali pertama telah di adakan pada 27 julai 1955.Pilihanraya umum adalah bertujuan untuk memilih keanggotaannya di dalam Dewan Rakyat Malaysia dan juga memilih keanggotaan di dalam Dewan Undangan Negeri. Sebanyak 104 kerusi telah dipertandingkan dan banyak parti telah bertandig seperti yang majority adalah seperti parti UMNO, PAS, MCA, MIC dan lain-lain parti.Setelah hampir 6 abad atau 60 tahun pilihanraya umum yang ke 14 telah di isytihar berlaku pada tarikh 6 jun 2018. Perubahan kerajaan telah berlaku setelah sekian lama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) memerintah selama 60 tahun. Kini kerajaan Malaysia di perintah oleh Parti Pakatan Harapan dengan dominasi sebanyak 113 kerusi daripada 220 kerusi yang dipertandingkan.

TUJUAN

TUJUAN

PILIHANRAYA PERTAMA

PILIHANRAYA PERTAMA

PARTI

PARTI

JUMLAH KERUSI YANG DIPERTANDINGKAN

JUMLAH KERUSI YANG DIPERTANDINGKAN

KESIMPULAN

PUNCA MASALAH

r

Kebanyakan pemerhati dan penganalisis politik negara berpendapat, faktor kekalahan BN pada PRU-14 ialah penangan kira-kira 1.7 juta pengundi yang pertama kali keluar mengundi. Boleh dikatakan kebanyakan daripada mereka merupakan pengguna media sosial yang tegar.40 peratus pengundi berumur 40 tahun ke bawah yang menjadi penentu penting dalam PRU kali ini. Percaya atau tidak, mungkin tsunami besar hadir daripada mereka ini yang telah mendominasi saluran 4, 5 dan 6 di pusat-pusat mengundi di seluruh negara.Beberapa isu berprofil tinggi seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), skandal RM2.6 bilion serta polemik yang membelenggu beberapa agensi kerajaan, antaranya Felda dan Majlis Amanah Rakyat (Mara), menjadi antara faktor majoriti rakyat Malaysia bertindak ‘membenam’ BN.Barisan kabinet yang diberi tanggungjawab untuk mengetuai kementerian dilihat terlalu ‘buruk’ di mata rakyat. Penasihat-penasihat politik, ekonomi dan sosial Najib juga gagal untuk memberikan nasihat yang sebenar yang akhirnya kesilapan demi kesilapan dilakukan.PH bijak mengambil kesempatan dengan menjadikan kesilapan dan kegagalan BN itu untuk menampilkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai ikon pilihan kepada rakyat.Harus diingat bahawa PRU-14 adalah ‘Perang WhatsApp’ yang berjaya diguna pakai oleh PH berbanding BN.PH lebih menumpukan gerakan ‘gerila’ ini berbanding gerakan fizikal. Kita dapat lihat pondok-pondok panas PH pada hari mengundi ‘kosong dan kurang orang’. Ia ternyata berbeza dengan apa yang dapat disaksikan di pondok-pondok panas BN mahupun Pas. Akhirnya PH berjaya memenangi hati pengundi pada hari membuang undi secara senyap (silent voters).hampir 40 peratus calon yang diutarakan BN adalah calon yang pernah ditolak pada pilihan raya sebelum ini selain dipalit dengan pelbagai isu yang tidak menyenangkan rakyat.Senario itu menimbulkan perspektif negatif kepada ahli UMNO dan BN sendiri. Ia menyebabkan gerakan menjatuhkan sesama sendiri berlaku dan pengundi di atas pagar memberikan undi kepada PH.Jumlah pengundi bagi PRU14 sebanyak 14,806,185 dengan mejoriti sebanyak pada umur 21-39 tahun 7.09 juta berbanding 3.01 juta pengundi berumur 40 hingga 49 tahun, 50-59 sebanyak 2.71 juta pengundidan 60-69 sebanyak 1.81 juta.Undian orang Melayu merupakan golongan bangsa yang dominan di Malaysia. meraih undian orang Melayu di Malaysia adalah sesuatu yang wajar bagi jumlah undian yang dominan. walaupun undian pada parti Barisan Nasional berkurang ia telah berpindah ke parti Pakatan Harapan yang juga di dominasi golongan Melayu.

ISU DAN SKANDAL

ISU DAN SKANDAL

r

Penganalisis politik berpendapat isu semasa seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kos sara hidup yang tinggi juga menyebabkan berlakunya peralihan sokongan terhadap pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama lebih 60 tahun.Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, beberapa isu tersebut yang menimbulkan persoalan rakyat lebih tiga tahun lepas berlarutan tanpa sebarang jawapan meyakinkan dari kerajaan BNHimpunan skandal rasuah membabitkan pemimpin parti, penyalahgunaan dana 1MDB, isu tanah Felda Jalan Semarak, projek yang tidak wajar bernilai berbilion ringgit dan penggubalan undang-undang kontroversi seperti Akta Antiberita Tidak Benar yang diluluskan sebelum pilihan raya.

KERAJAAN TIDAK MENGAWAL PENGURUSAN KEWANGAN NEGARA DENGAN BAIK

KERAJAAN TIDAK MENGAWAL PENGURUSAN KEWANGAN NEGARA DENGAN BAIK

r

Perbelanjaan pembangunan ini pula hampir 90% dibiayai hutang. Perkara ini tidak mengejutkan kerana tahun ini, jangkaan hasil kerajaan hanyalah sekitar RM240 bilion manakala perbelanjaan kerajaan sekitar RM280 bilion. Dalam erti kata lain, RM40 bilion daripada keseluruhan RM46 bilion perbelanjaan pembangunan akan dibiayai hutang.Mereka tidak pernah bercerita mengenai pembayaran faedah akibat hutang negara. Pada 2009, jumlah pembayaran faedah hanyalah sekitar 9.1% berbanding perbelanjaan operasi. Jumlah ini meningkat 4.1% kepada 13.2% pada 2018. Dalam “absolute figure”, kos pembayaran faedah kita tahun ini adalah sekitar RM31 bilion setahun ataupun RM2.6 bilion sebulan.

KEBANGKITAN ANAK MUDA #JOMUNDI

KEBANGKITAN ANAK MUDA #JOMUNDI

PEMIMPIN TIDAK BOLEH DIPERCAYAI

PEMIMPIN TIDAK BOLEH DIPERCAYAI

r

Bahawa GST tidak akan membebankan rakyat , kutipan tersebut untuk membina hospital dan infrastruktur yang lain. Tidak kurang juga ada yang berkata bahawa hasil kutipan GST akan dikembalikan kepada rakyat.Tak cukup dengan itu, kerajaan sudah berjimat ratusan juta kerana tidak perlu membayar pampasan kepada syarikat-syarikat tol baru baru ini. Rakyat yang terpaksa menanggung kenaikan tersebut. Jika kerajaan ini pandai dan bagus, dan tidak perlu menyelamatkan 1MDB dengan memberi RM950 juta kepada mereka awal tahun ini, mungkin kita semua tidak perlu terseksa membayar kadar tol yang lebih mahal sekarang ini

a
UNDIAN MAJORITI

UNDIAN MAJORITI

PENCEGAHAN

r

Memenuhi kehendak asasi rakyat

HAK BERSUARA INDIVIDU

HAK BERSUARA INDIVIDU

r

HAK untuk bersuara, berekspresi atau mengutarakan pandangan sememangnya telah terpelihara di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa setiap warganegara berhak ke atas kebebasan bercakap dan bersuara. Kebebasan ini banyak membantu dalam melindungi hak masyarakat awam dalam mengekspresikan pandangan masing-ma­sing dalam konteks peradaban masa kini.Kebebasan bersuara sering dikaitan dengan perbuatan menghasut. Sesiapa yang menyebut, menulis, mencetak, menjual atau menyiarkan perkataan-perkataan yang mempunyai maksud hasutan adalah dianggap oleh undang-undang sebagai melakukan kesalahan yang boleh dihukum hingga lima tahun penjara atau RM 5,000 didenda.Kes Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar selesai menjalani hukumannya pada 10 Jun 2018 selepas dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara mulai 10 Februari 2015.Kes Rafizi RamliRafizi juga telah mengejutkan rakyat Malaysia apabila mendakwa bahawa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Abdul Rahman Dahlan telah memberikan kontrak bernilai jutaan ringgit kepada abangnya, untuk menganjurkan Expo Negaraku di Dataran Merdeka pada 15 November 2017.Kontrak tersebut didakwa diberikan tanpa membuka tender, kepada sebuah syarikat pengurusan acara, Pico Integrated Exhibits (M) Sdn Bhd.Rafizi mendakwa CEO Pico yang bernama Raslan Dahlan adalah abang kepada Rahman Dahlan. Pada hakikatnya mereka tiada pertalian saudara hanya kebetulan nama bapa serupa.Nabi s.a.w berwasiat kepada Sayyidina Ali k.w. maksudnya : "Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu Syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/antara-hak-dan-batasan-bersuara-1.625445#ixzz5NnlDp9hv © Utusan Melayu (M) Bhd 

MENJAGA KEPERLUAN RAKYAT

MENJAGA KEPERLUAN RAKYAT

r

Krisis AirSHAH ALAM 5 Mac - Bermula esok, dianggarkan lebih 2 juta pengguna di Lembah Klang termasuk Selangor bakal berdepan dengan kepayahan apabila mereka akan menghadapi masalah gangguan bekalan air selama dua minggu.Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/krisis-air-bermula-hari-ini-1.621571#ixzz5NoEeys96 © Utusan Melayu (M) Bhd Jalan RosakCHERAS 4 Dis. -Permukaan jalan yang berlubang dan tidak rata itu bukan sahaja menjejaskan keselesaan pengguna tetapi juga boleh membawa kepada kerosakan kenderaan dan kemalangan.Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm#ixzz5NoIbZHuE © Utusan Melayu (M) Bhd 

a

PEMANSUHAN GST

r

Apakah itu GST?- Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah cukai yang dikenakan ke atas semua orang setiap kali kita membeli-belah atau membayar untuk sesuatu perkhidmatan.- Cukai GST akan dikutip pada setiap peringkat (pengilang, pemborong dan peruncit). Mereka yang sebenarnya menanggung GST adalah pengguna terakhir.- Cukai GST adalah bayaran tambahan untuk harga suatu barangan, maka menambahkan harga jualan.Masalah-masalah GST.GST memaksa rakyat bayar untuk kegagalan pengurusan kewangan oleh kerajaan.Korupsi, ketirisan, salahguna kuasa dan penyelewengan telah menyebabkan negara kita kehilangan sekurang-kurangnya RM 28 bilion setahun. Ini merupakan kegagalan kerajaan menguruskan kewangan awam dan menangani gejala rasuah, tetapi sekarang rakyat dipaksa untuk membayar kos yang disebabkan oleh kegagalan ini.GST membebankan rakyatCukai GST menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan meningkat. Ini pasti akan menambahkan beban rakyat biasa.GST mengurangkan kuasa membeli rakyat biasa dan menjejaskan ekonomiPelaksanaan GST yang akan menyebabkan kenaikan harga barang akan mengurangkan kuasa membeli rakyat biasa.Wang yang boleh dibelanjakan oleh rakyat bawahan dan kelas menengah akan terus merosot. Ini akan menyebabkan rakyat kurangkan perbelanjaan untuk barangan keperluan asas yang dihasilkan oleh pengilang tempatan sehingga menjejaskan ekonomi domestik.Bisnes peniaga-peniaga akan terjejas kerana rakyat kurang mampu berbelanja.

RASUAH

r

Kedudukan Malaysia dalam capaian Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2017 turun kepada kedudukan ke-62 daripada 180 buah negara berbanding 55 pada 2016.Menurut indeks yang dikeluarkan Transparency International (TI), ukuran skor Malaysia juga menurun dua mata kepada 47 berbanding 49 pada tahun lalu.Kes Chee KongTertuduh didakwa melakukan pengubahan wang haram melalui penerimaan wang rasuah yang melibatkan projek di Jabatan Air Negeri Sabah sejak 2010 hingga 2016.Sumber: https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/kes-rasuah-terbesar-negara-songlap-rm32-juta-di-sabah/Kes 1MDBTan Sri Muhyiddin Yasin dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Gani Patail dipecat sebagai Peguam Negara dan ramai pegawai kanan atasan daripada SPRM ditukar.Skandal yang melibatkan MO1 iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri, berkenaan RM2.6 bilion dan RM42 juta wang SRC International Bhd (bekas anak syarikat 1MDB) yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.Skandal yang menyebabkan Jawatankuasa Tindakan Khas peringkat tertinggi yang diketuai Abdul Gani Patail bersama dengan pegawai daripada SPRM, polis dan Bank Negara Malaysia turut dibubarkan.Amatlah jelas campur tangan Datuk Seri Najib dalam isu 1MDB sukar untuk dilindungi lagi apabila beliau sendiri terlibat sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, beliau sendiri memecat TPM dan Peguam Negara dan beliau sendiri didakwa mengarahkan siasatan ke atas 1MDB dihentikan.Sumber: ‘1MDB - ibu kepada segala skandal rasuah’Syed Ibrahim Syed Noh, OKTOBER 2017 https://www.malaysiakini.com/news/397067 

a

ALTERNATIF PENYELESAIAN MASALAH

ROMBAKAN STRUKTOR KERAJAAN

ROMBAKAN STRUKTOR KERAJAAN

PENSTRAKTURAN KUASA DAN JAWATAN INDIVIDU

PENSTRAKTURAN KUASA DAN JAWATAN INDIVIDU

MEMBANGUNKAN INISIATIF GOLONGAN MUDA

MEMBANGUNKAN INISIATIF GOLONGAN MUDA

MEMBAWA DASAR KEPIMPINAN YANG LEBIH EFISYEN

MEMBAWA DASAR KEPIMPINAN YANG LEBIH EFISYEN

MERAIH KEPERCAYAAN GOLONGAN MASYARAKAT

MERAIH KEPERCAYAAN GOLONGAN MASYARAKAT