Catégories : Tous - pendidikan

par Ammar Ammar Il y a 4 années

958

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Pendidikan dilihat sebagai usaha berterusan yang bermula sejak dalam kandungan hingga ke akhir hayat, berlaku di mana-mana, sama ada secara formal atau tidak formal.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu

Semua potensi diri dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek disepadukan bagi menguasai kemahiran-kemahiran dan juga bidang ilmu.Selain daripada itu nilai-nilai murni juga perlu disepadukan demi memenuhi keperluan nya dalam menjalani kehidupan.

Kepercayaan dan kepatuan kepada Tuhan

Untuk mengawal diri agar tidak melakukan kejahatan,maka kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan perlu disemaikan dalam diri setiap individu.Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan ini juga terkandung dalam prinsip Rukun Negara.Setiap individu yang mempunyai kepercayaan agama akan percaya bahawa setiap yang dilakukan didunia ini mesti mendapat balasan di akhirat.

Melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.

Matlamat kerajaan ialah menjadikan semua rakyat malaysia berilmu pengetahuan.Justeru itu,setiap rakyat perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang secukupnya.

Melahirkan rakyat yang berakhlak mulia

Kerajaan juga mengharapkan rakyat nya berakhlak mulia,berdisplin dan hidup hormat menghormati antara satu dengan yang lain.Rakyat juga diminta untuk bersopan santun berbudi bahasa.

Rakyat yang bertanggungjawab

Menerusi pendidikan juga rakyat dapat dididik untuk lebih bertanggungjawab terhadap diri dan negara.

Insan yang seimbang dan harmonis

Maksud insan yang seimbang dan harmonis ialah tiada sebarang perkara yang terabai dan keseimbangan bagi seseorang individu adalah penting bagi memestikan kemajuan diri nya.

Memperkembangkan lagi potensi individu

Kandungan falsafah pendidikan kebangsaan yang kedua ialah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh.Maksud potensi individu ialah kebolehan atau pun bakat seseorang individu dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek.

1. Pendidikan ialah satu usaha berterusan

Pendidikan ialah satu proses dalam diri seseorang yang bermula sejak dari kandungan ibu lagi sehingga lah ke akhir hayat nya.Pendidikan yang diterima oleh seseorang berlaku dimana-mana dan bukan nya hanya berlaku disekolah.Pendidikan ini berlaku secara berterusan secara formal atau pun tidak formal.

Berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri

Manusia memang mahukan kesejehteraan diri bagi mencapai kepuasan diri nya. Kesejahteraan diri adalah penting dalam mengharungi kehidupan yang aman dan damai.

Rakyat yang berketerampilan

Keterampilan bermaksud menonjol kan diri.Kerajaan mengharapkan rakyat nya dapat melaksanakan tugas-tugas nya dengan cekap.