Catégories : Tous - islam

par Qistina Amani Il y a 4 années

436

Sejarah Kedatangan Islam ke Tanah Melayu

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan teori sejarah. Salah satu teori menyatakan bahawa pedagang Islam dari China berhijrah ke Kedah akibat pemberontakan di Canton pada tahun 877M.

Sejarah Kedatangan Islam ke Tanah Melayu

Sejarah Kedatangan Islam ke Tanah Melayu

Main topic

FAKTOR FAKTOR KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU

INDIA
CHINA
Teori Kedatangan Islam Dari China. • Syed Naquib al - Atas menyebut tentang pemberontakan di Canton pada tahun 877M yang mengorbankan kira kira 120,000 hingga 200,000 pedagang yang kebanyakannya beragama Islam (Arab dan Parsi). Manakala yang selebihnya terpaksa menyelamatkan diri mereka dengan berhijrah ke Kalah (Kedah). • SQ Fatimi: Kewujudan kerajaan Bani Champa (1000-1471M) yang dianggap didirikan oleh pelarian Syiah Alawiyah, Damsyik tetapi serangan kerajaan Annam, mereka berpindah ke Mekah dan Acheh. • Batu Bersurat di Terengganu yang sebenarnya bertarikh 1301M mempunyai persamaan dengan batu nisan yang ada di Champa Selatan. Juga ada persamaan pada batu nisan Fatimah Bt. Maimon (1082M di Leran, Jawa Timur dengan batu nisan di Phan rany, Champa Selatan 1039 & 1035M). • Dr. Abdul Jalil Hj. Hassan: Dalam catatan sejarah Chau-Ju-Kua (1225M) terdapat negeri Islam yang disebut sebagai 'Fo-Lo-An' ialah Kuala Berang, Terengganu yang menjalankan perniagaan dengan orang Arab di samping Srivijaya. Batu bersurat 1303M di Kuala Berang, nyatalah Terengganu sebagai negeri yang mempunyai pengaruh Islam pada ketika itu. • Batu supersurat terbaru telah ditemui di Teluk Cik Munah, di Pahang yang bertarikh 702M (1303M) itu. Ini menunjukkan bahawa kemungkinan Islam masuk melalui Pantai Timur iaitu bererti dari China dan Indochona.
ARAB

DINAMISME

Subtopic
Contoh lain adalah masyarakat Jepun yang menyembah matahari, mereka percaya bahwa mataharilah yang layak disembah kerana kekuatan sinarnya dapat memancar ke seluruh dunia.
Contohnya, upacara pemujaan semangat tanaman dilakukan agar mendapat hasil tanaman yang subur dan banyak.
Setiap benda dan makhluk dianggap mempunyai mana yang boleh mempengaruhi kehidupan seseorang
kepercayaan terhadap kekuatan yang juga dikenali sebagai mana atau semangat

ANIMISME

animisme

Animisme
KEPERCAYAAN ANIMISME
Animism: The First Religion?
Mariasusai Dhavamony (2011) berpendapat bahawa animisme adalah kepercayaan tentang makhluk-makhluk berjiwa yang meliputi dua bentuk, iaitu kepercayaan bahawa manusia mempunyai jiwa yang kekal walaupun setelah kematiannya dan kepercayaan bahawa jiwa juga ada pada makhluk-makhluk lain
Menurut Irving Hexham (2002), John F. Haught (1990), Ed Hindson dan Ergun Caner (2008), roh dalam animisme adalah suatu entiti yang bersifat bebas daripada manusia tetapi mencampuri dan mempengaruhi urusan kehidupan manusia. Sementara manusia yang mempercayai animisme digelar sebagai “animis.”
Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini seperti gua, pokok atau batu besar mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka