Kategóriák: Minden - bahasa

a Nana Azaldin 5 éve

1771

Group 6 (Wakanda) Orang Asli Temuan

Komuniti Orang Asli Temuan mempunyai beberapa permainan tradisional yang unik dan penting dalam budaya mereka. Permainan "Lumba Tempurung Kelapa" melibatkan tempurung kelapa yang telah dibelah dua dengan lubang di tengahnya.

Group 6 (Wakanda)
Orang Asli Temuan

Group 6 (Wakanda) Orang Asli Temuan

Permainan Tradisional

2. LUMBA TEMPURUNG KELAPA : Permainan ini berasaskan tempurung kelapa yang dibelah dua dan ditebuk lubang di tengahnya. Pemain perlu meletakkan kedua belah kaki di atas tempurung dengan menyelitkan tali pada ibu jari dan telunjuk kaki. Permainan ini mempunyai persamaan dengan Terompah Gergasi, tetapi berbeza dari segi alat yang digunakan. Ia dimainkan secara berkumpulan dan jumlah minimum bagi setiap kumpulan ialah dua orang dan tiada had maksimum bergantung kepada keluasan tempat atau ruang permainan.
1. KERCANG : Alat permainan ini diperbuat daripada rotan yang disusun secara berlapis-lapis mengikut peringkat kesukarannya. Peringkat pertama adalah yang paling mudah diikuti peringkat kedua, ketiga dan seterusnya. Falsafah permainan ini ialah mencari jalan keluar dari tersesat di hutan: Tali yang boleh digerakkan di antara lapisan-lapisan rotan diumpamakan seperti pengembara yang kesesatan di hutan menyusup dan melangkah halangan untuk keluar dari kesesatan itu. Lapisan-lapisan rotan itu pula disimbolkan sebagai keadaan mukabumi yang terdapat di hutan seperti lurah, gaung, permatang dan sebagainya. Pemain yang paling dulu berjaya membebaskan tali yang terperangkap ditengah-tengah lapisan kercang dianggap memenangi pertandingan dalam permainan ini.

Makanan

Makanan bagi masyarakat Orang Asli Temuan khasnya adalah sama seperti orang asli dari suku-suku yang lain. Hal ini demikian kerana kedudukan topografi mereka yang tinggal di kawasan hutan dan persekitaran semulajadi di muka bumi ini. Antara makanan tersebut ialah, ubi-ubi liar (ubi kapur, ubi tanjung), binatang buruan dan ikan, juga sayuran herba. Kesemuanya ini dapat meningkatkan kecergasan dan membantu meningkatkan kadar vitamin dalam tubuh. Justeru, sumber makanan yang diperoleh semuanya bersumberkan dari hasil hutan yang begitu banyak, sama ada untuk kegunaan harian, perubatan, juga dikomersialkan sebagaimana sekarang. Selain menikmati makanan dari sumber hutan untuk meneruskan kelangsungan hidup, makanan perubatan dari sumber hutan turut juga dimanfaatkan oleh orang asli suku Temuan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Pokok Gajah Beranak, Pisang Hutan dan pelbagai lagi. Makanan mereka juga dimasak dengan cara yang unik sekali, antaranya dengan menggabungkan nasi dan hasil buruan seperti ikan di dalam buluh yang sama dan dibakar. Hal ini akan menambahkan lagi keenakan dan kelazatan makanan dari perisa asli yang digabungkan. Malah resepi dan cara masakan mereka yang unik ini disebarluaskan, antaranya seperti Ayam dalam Buluh, Ikan Pais dan Pulut dalam Periuk Kera.
1. Tempoyak Ikan Keli dimasak dengan daun semomok 2. Ubi dan buah Perah 3. Lemang 4. Lepat Daun Pisang 5. Ulam dan sambal

Peralatan Senjata

Sumpit : Senjata yang digunakan untuk memburu, pertempuran terbuka atau sebagai senjata rahsia untuk pembunuhan rahsia. Penggunaan penyepit adalah dengan meniup. Dari segi penggunaannya, sumpit mempunyai kelebihan sendiri kerana ianya boleh digunakan sebagai senjata jarak jauh dan tidak merosakkan alam semulajadi kerana bahan pembuatan semulajadi mereka. Dan salah satu kelebihan penyepit atau slug mempunyai ketepatan menembak yang dapat mencapai 200 meter. Struktur : Senjata sumpit berupa buluh dari batang kayu bulat sepanjang 1.9 meter hingga 2.1 meter. Sumpit harus terbuat dari kayu keras seperti kayu ulin, tampang, lanan, berangbungkan, rasak, atau kayu plepek. Diameter sumpit dua hingga tiga sentimeter yang berlubang di bagian tengahnya, dengan diameter lubang sekitar satu sentimeter. Lubang ini untuk memasukkan anak sumpit atau damek. Secara tradisional, kalau ingin tepat sasaran dan kuat bernapas, panjang sumpit harus sesuai dengan tinggi badan orang yang menggunakannya, Bagian yang paling penting dari sumpitan, selain batang sumpit, yaitu pelurunya atau anak sumpitnya yang disebut damek. Ujung anak sumpit runcing, sedang bagian pangkal belakang ada semacam gabus dan sejenis dahan pohon agar anak sumpit melayang saat menuju sasaran. Racun damek oleh etnik Dayak Lundayeh disebut parir. Racun yang sangat mematikan ini merupakan campuran dari berbagai getah pohon, ramuan tumbuhan serta bisa binatang seperti ular dan kalajengking. Selain beracun, kelebihan yang dimiliki senjata ini dibandingkan dengan senjata khas Dayak lainnya, yakni kemampuan mengenai sasaran dalam jarak yang relatif jauh. Jarak efektif bisa mencapai puluhan meter, tergantung kemampuan si penyumpit. Selain itu, senjata ini juga tidak menimbulkan bunyi. Unsur senyap ini sangat penting saat mengincar musuh mahupun binatang buruan yang sedang lengah.

Bahasa

Temuan mempunyai bahasa mereka sendiri yang dipanggil bahasa Temuan atau Bahasa Temuan. Ia berbeza tetapi berkait rapat dengan bahasa Melayu yang dituturkan oleh jiran Melayu mereka. Bahasa Temuan adalah bahasa Malaya yang dituturkan oleh majoriti orang Temuan. Ia pada dasarnya merupakan bahasa yang digunakan dengan beberapa variasi dialektal. Temuan dibahagikan kepada dua dialek utama iaitu Belandas dan Mantra yang kebanyakannya dari segi fonologi dan juga beberapa perbendaharaan kata tetapi masih saling difahami antara satu sama lain. Temuan kebanyakannya ditulis dalam abjad Latin walaupun tiada orthografi standard telah dibuat. Perbandingan antara dialek Belandas dan Mantra: Contoh dialek Temuan Belandas: diak (he / she), hajak (hanya), kitak (kami), tai (akhir zarah ayat). Contoh Temuan Dialog Mantra: dien (dia / dia), hajen (hanya), kiten (kami), teh (akhir zarah ayat). Contoh Bahasa Orang Asli Suku Kaum Temuan : Saya = Akuk Kau = Ajih/Ong Kalian = Higun Makcik = Inak Pakcik = Mamak Buruk = Barak / Nyap Elok / Nyahat Tak = Nyap Tiada = Hap Arak = Engkem/Aii/Sukuk Mee Jalung = Hokieen Mee Pantim = Daging kera salai Hari = Haik Orang = Uwang/Eang

Video Orang Asli Temuan

Nama Pensyarah

Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff

Nama Ahli Kumpulan

Wan Izzat Iskandar Wan Razainul Aman (52215219021)
Nur Alia Husnina Mohd Fathil (52218219095)
Fatin Nabila Jalil (52218219011)
Tengku Mohamad Fazreen Tengku Baharum @ Pakhruddin (52211219088)
Nurain Farah Farzana Sumantri (52211219108)
Suhaida Salleh (52211219084)
Nur Ain Samad (52211219030)
Ratna Noor Azah Azaldin (52211219018)

Seni Bina

Berada di dalam hutan, tidak terurus dan ketinggalan dalam pelbagai aspek, adalah gambaran biasa yang berada dalam fikiran umum mengenai perkampungan Orang Asli. Bagaimanapun, keadaan berbeza dengan Kampung Orang Asli Bukit Kepong di Pasir Panjang, di Negeri Sembilan. Perkampungannya tersusun dan cantik, malah kebanyakan penduduknya kreatif menghias laman rumah dengan pokok dan pondok kecil. Dengan populasi 156 penduduk, termasuk kanak-kanak, perkampungan suku Temuan terletak dalam kawasan ladang sawit dan getah yang dihubungkan jalan berturap sepanjang enam kilometer dari jalan utama ini, kelihatan mendamaikan. Jalan masuk ke kampung ini dihiasi gerbang besar dan setiap kediaman mempunyai papan tanda menunjukkan nama pemiliknya. Penempatan itu dibuka nenek moyang mereka lebih 100 tahun lalu, namun menjadi lebih tersusun apabila kerajaan memberi bantuan dengan membina rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin pada tahun 1969. Selepas hampir 50 tahun, kebanyakan rumah terbabit masih dalam keadaan baik serta kukuh kerana penduduk mengamalkan budaya menyelenggara dan memperbaiki setiap kerosakan dengan segera bagi mengelakkan ia menjadi melarat. Seorang penduduk, Razali Tan So Tok, 58, berkata kebanyakan penduduk suka menghias rumah masing-masing dengan bunga orkid yang ditanam dalam bekas khas diperbuat daripada teras kayu hutan. Ramai juga penduduk membina pondok kecil di halaman rumah menggunakan kayu hutan sebagai tempat berehat.

Pakaian

Upacara Sewang atau lebih dikenali sebagai tarian Kong-Kong yang dipersembahkan kepada para tetamu sebagai tanda alu-aluan Namun kini, sejajar dengan peredaran zaman dan kemodenan, suku Orang Asli Temuan juga telah mengubah suai sedikit pakaian yang dipakai. Namun, ciri-ciri tradisi dan identiti masih tetap dikekalkan. Pakaian mereka kini lebih kepada mengekalkan tradisi yang disesuaikan dengan arus perdana dan bukannya sebagai pakaian seharian.
Pakaian semasa perayaan dan seni Tarian Kong Kong atau lebih dikenali sebagai Tarian Sewang Kulit Kayu Terap menjadi bahan utama pembuatan pakaian kaum lelaki dan Daun Nipah atau Mengkuang dijadikan pakaian kaum wanita. Malah turut diserikan lagi dengan kraftangan yang menjadi perhiasan bagi persalinan ini iaitu Anyaman Subang. Anyaman Subang ini mempunyai nama-namanya yang unik iaitu Naga Bujang, Selempang dan Jari Lipan. Nama-nama ini dikhaskan mengikut kedudukannya pada tubuh penari tarian.
Suku kaum Temuan : Umumnya, pakaian orang Asli diperbuat daripada sumber hutan. Sumber buatan pakaian : Pakaian sehari-harian menunjukkan secara jelas penggunaan kulit Kayu Terap dan Pokok Akar Baru Pakaian Kaum Lelaki & Wanita Orang Asli Temuan Kain cawat yang digunakan oleh kaum lelaki orang Asli Temuan dan skirt pendek untuk kaum wanita. Mereka juga mengenakan hiasan seperti butiran manik yang dijadikan rantai, gelang dan juga gelang kaki.

Kepercayaan & Adat Resam

Adat Resam :
Pantang Larang : Sama seperti masyarakat-masyarakat lain, Orang Asli Temuan juga yang mempunyai adat resam tersendiri terhadap kelahiran anak mereka. Dari titik permulaan lagi, semasa isteri mengandung, suami juga dikehendaki berpantang. Mereka dilarang melakukan perkara-perkara yang boleh memberi kesan kepada bayi yang akan dilahirkan. Antaranya, mereka dilarang menggali tiang rumah, mengempang sungai, menyimen dan memaku kerana dikhuatiri menyukarkan kelahiran bayi. Mereka juga dilarang membunuh binatang, memelihara binatang liar dan tidak boleh memegang atau memakan kura-kura kerana boleh menyebabkan bayi terkena seman atau sawan. Bayi juga akan berkudis jika suami membakar ladang. Nampak pelik bukan? Tetapi inilah hakikat kepercayaan dan adat resam masyarakat ini. Kita teruskan lagi tradisi semasa proses bersalin dan menyambut kelahiran bayi. Seorang bidan akan bertindak sebgai pembantu sewaktu proses bersalin berlalu. Selepas proses kelahiran selesai, tali pusat bayi akan dipotong dan bayi akan diberi gelaran ‘nama pusat’ iaitu nama timangan. Menurut kepercayaan mereka, darah ibu yang jatuh ke bumi semasa bersalin akan ditimbus dengan tanah dan diletakkan mengkuang di atasnya bertujuan untuk melindungi ibu daripada diganggu oleh hantu. Lumrah kehidupan, setiap yang bernyawa pasti merasakan mati. Mengikut adat Orang Asli Temuan, apabila berlaku sesebuah kematian, penduduk sekitar akan menziarahi si mati dan memberi derma ikhlas mengikut kemampuan masing-masing. Penduduk kampung akan berkabung untuk menghormati si mati dan menangguhkan aktiviti harian sehingga selesai upacara pengkebumian untuk mengelakkan bencana seperti mendapat luka dan sebagainya. Sebelum mayat dikebumikan, mayat tersebut akan dimandikan dan dikapankan dengan cara mereka. Menurut kepercayaan mereka lagi, semasa menunggu mayat, orang yang berada di sekitar tidak boleh bercakap besar. Mereka tidak boleh menyebut perkataan ‘bangun’ kerana ditakuti mayat akan bangun dan mengganggu orang ramai. Mayat juga akan dijaga untuk mengelakkan daripada dilangkah oleh binatang seperti kucing dan ayam. Jika mayat tersebut masih belum dikebumikan, makanan yang dimakan tidak boleh diambil semula kerana dipercayai roh dan semangat orang mati tadi hendak juga makan apa yang orang lain makan. Penduduk juga tidak boleh bersuka ria sebagai tanda untuk menghormati si mati. Pada dahi atau telinga kanak-kanak akan dicalit dengan kapur sirih atau abu kain hitam yang dibakar untuk mengelakkan gangguan roh si mati. Semasa proses pengkebumian pula, mayat akan dikandar dengan diiringi oleh sanak-saudara dan penduduk kampung ke kubur. Sebelum mayat dikebumikan, di dalam liang lahad akan dibakar kemenyan dan diperasapkan sekelilingnya sebanyak tujuh kali sambil menjampi serapah serta menyeru agar roh si mati akan aman bahagia di tempat yang istimewa dipanggil ‘Pulau Buah’. Tanah yang digunakan untuk menimbus kubur mesti bersih daripada akar. Kemudian, cangkul yang digunakan diketuk sebanyak tujuh kali di atas kubur dan kemenyan akan dibakar di atas kubur tersebut. Sebelum balik, pelita akan dinyalakan dan diletakkan di atas kubur dan dipasang selama tiga hari berturut-turut pada sebelah petang. Apabila balik dari kubur, mereka akan ditabur dengan serai wangi dan ramuan daun-daun hutan yang dipilih. Orang yang menaburnya akan bersembunyi untuk membuang sial dan menghalau hantu yang mengikut mereka pulang ke rumah. Mereka akan membasuh tangan dengan menggunakan beras yang direndam untuk membuang sial. Roh si mati akan diberi makan pada hari ketiga di atas para yang disediakan di luar rumah. Pinggan makanan itu adalah daripada daun. Keluarga si mati akan menyeru memberitahu bahawa makanan telah disediakan. Maka pada hari ketujuh, keluarga si mati akan pergi ke kubur dengan membawa hidangan untuk si mati. Makanan tersebut akan diletakkan di atas kubur dan diperasapkan sebanyak tujuh kali. Pada hari keseratus, akan diadakan kenduri yang dinamakan ‘Hari Nauk Tanah’ yang dikenali sebagai kenduri arwah.
Perkahwinan : Berbeza dengan Sewang, Joget Lambak dijalankan semasa majlis perkahwinan. Tarian tradisi ini memberi peluang kepada keluraga pengantin untuk bersuka ria dan bermesra setelah berpenat lelah pada sian harinya.Semua orang tidak kira dara, teruna, janda dan duda diberikan kebebasan untuk memilih pasangan untuk menari.Susana dimeriahkan lagi dengan gesekan biola serta pukulan gong dan kompang. Pesta ini berlarutan sehingga lewat malam sehingga mereka letih dan puas. Secara amnya, menurut orang sumber Tok Batin Mengek Acai yang telah ditemubual, beliau mengatakan bahawa adat istiadat perkahwinan Orang Asli Temuan adalah lebih kurang sama dengan Orang Melayu. Mari kita selami persamaan yang terdapat dalam upacara perkahwinan masyarakat Asli Temuan dengan masyarakat Melayu. Apabila si teruna memberitahu keluarganya bahawa dia berkenan pada seorang gadis, maka bapa saudara si teruna akan pergi merisik melalui bapa saudara si gadis untuk mendapatkan persetujuan. Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju, hari pertunangan akan ditetapkan. Apabila tibanya hari pertunangan, pihak lelaki akan menghantar tanda kepada pihak si gadis berupa sebentuk cincin, sepasang persalinan dan juga alat solek. Si teruna akan menyarungkan cincin kepda si gadis. Jika berlaku langkah bendul iaitu adik yang dipinang dahulu, maka sepersalinan dan pemberian yang sama juga perlu diberi kepada kakaknya. Kemudian, tarikh perkahwinan akan ditetapkan. Hantaran dan belanja hangus pula akan ditentukan oleh pihak si gadis mengikut darjat sesuatu keturunan. Bagi anak-anak yang terdiri daripada pemegang Lembaga Adat, nilai hantarannya adalah yang paling tinggi. Jadi di sini, dapatlah kita lihat bahawa adat perkahwinan mereka lebih kurang sama dengan masyrakat Melayu, tidak jauh bezanya. Seterusnya, semasa bersanding, Juru Kerah akan melaksanakan akad nikah. Setelah itu, pangantin akan makan sehidangan. Pengantin lelaki akan menyuapkan nasi kepal ke mulut pengantin perempuan dan juga sebaliknya. Kemudian, barulah mereka makan nasi bersama-sama. Apa yang menarik perhatian kami adalah upacara unik ‘Makan Sirih’ dan ‘merokok’ yang akan dilakukan di mana pengantin lelaki menyuapkan ke mulut pengantin perempuan sambil tangannya merangkul bahu pengantin perempuan. Seterusnya mereka akan diberi nasihat tentang hidup berumahtangga sebelum melayari bahtera perkahwinan yang penuh dengan cabaran. Kemudian, pihak pengantin akan bersalaman dengan semua sanak saudara dan para hadirin yang hadir sebagai tanda penghargaan kerana sudi memeriahkan majlis mereka.
Kepercayaan : kami mendapati bahawa majoriti daripada mereka mengamalkan animisme ataupun tidak percaya Tuhan. Mereka lebih mempercayai kepada benda-benda alam seperti pokok, kubur, hantu hutan dan sebagainya. Mereka mengamalkan agama nenek moyang yang mana mereka mengikut dan percaya sahaja apa yang nenek moyang mereka lakukan dan percaya. Namun tidak dinafikan bahawa ada beberapa orang yang menganuti agama Islam dalam kalangan masyarakat Orang Asli Temuan. Contohnya, di Kampung Air Tawas, Ledang Johor terdapat dua keluarga sahaja yang menganuti agama Islam. Sesungguhnya, dalam era modenisasi kini usaha penyebaran dakwah Islam dalam kalangan masyarakat Orang Asli wajar dipertingkatkan agar mereka dapat menemui sinar Allah yang sebenar, membina cinta sempurna.

Kesenian & Perayaan

Perayaan : Musim buah-buahan juga dianggap sebagai sebuah pesta dan perayaan bagi kaum Temuan kerana semakin banyak buah-buahan diperolehi, semakin tinggi darjat mereka di dalam masyarakat kerana dianggap kaya dan hidup mewah. Musim buah-buahan disambut setelah selesai musimnya. Antara perayaan kaum Temuan yang lain juga ialah sambutan untuk tetamu kehormat. Kehadiran tetamu kehormat biasanya disambut dengan permainan alat muzik dan bunyi-bunyian seperti Kong-kong, Tung-tung dan Geng-gong diikuti dengan pelbagai acara persembahan yang menarik seperti tarian tradisi masyarakat kaum ini.
Kesenian : Tarian tradisi yang sering dipersembahkan ialah Tarian Seaman Tunggal, Kapal Terbang, Mengutip Buah, Tarian Limau Manis. Ditarikan oleh anak gadis Temuan yang lengkap dengan pakaian tradisi, perhiasan daun kelapa yang dianyam untuk dijadikan selempang yang dililit di pinggang, kepala dan dada. Tarian Sewang atau Tarian Kong Kong turut dipersembahkan dengan dikendalikan oleh tujuh pemain muzik dengan memainkan alatan muzik yang diperbuat daripada kayu mahang dan buluh betong. Dahulunya Sewang merupakan satu jenis tarian untuk menyembuhkan sebarang penyakit berkaitan roh dan dipercayai digunakan untuk memuja roh-roh si mati. Namun kini tujuannya lebih kepada bersuka ria bagi menyambut tetamu yang hadir. Joget Lambak dijalankan semasa majlis perkahwinan. Tarian tradisi ini memberi peluang kepada keluarga pengantin untuk bersuka ria dan bermesra setelah berpenat lelah pada sian harinya. Alat muzik utama yang menjadi kegemaran Orang Asli Temuan adalah biola. Gesekan biola biasanya didendangkan di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, perayaan tahun baru dan lain-lain. Selain itu, alat muzik yang biasanya dimainkan oleh masyarakat Asli Temuan adalah seperti Kong-Kong, seruling buluh dan Keranting iaitu sejenis gitar buluh.