Kedatangan Islam ke Tanah Melayu menandakan transformasi besar dalam kepercayaan penduduk tempatan yang sebelumnya mengamalkan animisme. Dalam kepercayaan animisme, setiap benda di bumi seperti gua, pokok, dan batu dipercayai mempunyai semangat yang perlu dihormati agar tidak mengganggu manusia.
Mariasusai Dhavamony (2011) berpendapat bahawa animisme adalah kepercayaan tentang makhluk-makhluk berjiwa yang meliputi dua bentuk, iaitu kepercayaan bahawa manusia mempunyai jiwa yang kekal walaupun setelah kematiannya dan kepercayaan bahawa jiwa juga ada pada makhluk-makhluk lain
Menurut Irving Hexham (2002), John F. Haught (1990), Ed Hindson dan Ergun Caner (2008), roh dalam animisme adalah suatu entiti yang bersifat bebas daripada manusia tetapi mencampuri dan mempengaruhi urusan kehidupan manusia. Sementara manusia yang mempercayai animisme digelar sebagai “animis.”
Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini seperti gua, pokok atau batu besar mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka