Kategóriák: Minden - pendidikan - teknologi - kesenian - keagamaan

a umirah syafiqah 7 éve

620

tamadun melayu - sub topik 1

Tamadun Melayu telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang persuratan, sains dan teknologi, pendidikan, serta kesenian. Bahasa Melayu dijadikan lingua franca di wilayah kepulauan Melayu, digunakan oleh pedagang dan pengembara asing dari China, Eropah, dan India.

tamadun melayu - sub topik 1

Tamadun Melayu - Sub topik 1

Pencapaian Tamadun Melayu Dalam Pelbagai Bidang

Bidang Pendidikan
Diawal perkembangan tamadun, masyarakat Melayu hanya menerima pendidikan tradisional sahaja seperti kelas mengaji Al-Quran dan bahasa Arab.
Bidang sains & teknologi
Antara contoh kemajuan sains dan teknologi yang diwarisi dari orang Melayu dahulu ialah dalam bidang pertanian seperti teknologi pembajakan dan juga sistem saliran air yang digunakan dalam proses pengairan pertanian seperti penanaman padi dan sebagainya.
Bidang kesenian
Kehidupan orang Melayu sangat dipengaruhi oleh kesenian yang bersumberkan alam semula jadi dan seni yang mempunyai hubungan yang berkait rapat dengan kehidupan manusia
Bidang Persuratan
Perkembangan bidang persuratan Melayu ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti sastera rakyat, sastera pengaruh Hindu dan juga sastera pengaruh Islam .
Penggunaannya dalam bidang penulisan bermula dengan bahasa Sanskrit , seterusnya bertukar kepada penulisan dalam bahasa Arab (jawi), dan akhirnya kepada penulisan dalam bahasa Roman (rumi).
Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa lingua franca bagi wilayah kepulauan Melayu dan digunakan oleh golongan peniaga serta pengembara asing dari China, Eropah dan juga India

Asas-Asas Pembentukan Melayu

Masyarakat melayu boleh menyesuaikan diri bagi penyerapan nilai-nilai luar dan nilai tempatan
Nilai-nilai luar seperti nilai keagamaan turut mempengaruhi masyarakat Melayu seperti buddha , hindu , islam dan pengaruh barat
Penerapan amalan mesyuarah diterapkan dalam kalangan masyarakat Melayu
Kemunculan tamadun dan masyarakat melayu ini berasakan pertanian
Masyarakat Melayu dikatakan mula bertapak semenjak 5,000 tahun yang lalu

Pandangan Semester Dalam Tamadun Melayu

Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din; mengandungi segala peraturan bagi segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi kejayaan hakiki mereka, oleh itu wajib dipelajari semua sebagai fardu ain supaya terbentuk insan muslim, Mukmin dan Muhsin; Islam mencakupi akidah, ibadah, mu’asyarat, akhlak dan ihsan.
Alam ini hasil ciptaan dan tadbiran Allah s.w.t yang mancakupi alam primordial, alam dunia dan alam akhirat; alam akhirat ialah destinasi dan natijah muktamad daripada kehidupan di alam syurga, dan kejayaan di dunia ialah ketaatan kepada Allah; alam dunia ini adalah amanah untuk kemanfaatan kehidupan manusia.
Aspek Tauhid
kedatangan agama islam ke tamadun Melayu sebenarnya memantapkan keseluruhan pandangan semesta. Ayat-ayat suci yang terdapat dalam kitab Al-Quran bukan sahaja menjadi panduan masyarakat islam malah boleh digunakan bagi mentadbir sesuatu kerajaan dengan baik. Malah turut dijelaskan segala rahsia tersembunyi dalam kejadian alam semesta, bahkan turut mengukuhkan keyakinan, ketakwaan dan ketauhidan mereka kepada Allah S.W.T.